Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 28, 2025 @ 4:04pm

Kehilangan 2 Rakan, Tam Spider Akui Masih Ralat… Bangkit Dengan Konsert Berskala Besar

Vokalis Kumpulan Spider, Tam menganggap kehilangan dua orang rakannya iaitu  Allahyarham Tony Iskandar dan Napie membuatkan dia masih merasa ralat.

Kata Tam, ini kerana selepas dua dekad, barulah kumpulan Spider dapat melakukan konsert berskala besar.

“Rasa ralat juga dengan kehilangan mereka sebab selepas dua 20 tahun barulah Spider dapat buat konsert pertama kami.

“Namun, soal ajal bukan ditangan kita. Tapi kalau mereka masiha da tentu lagi best,” katanya.

Semangat teruskan perjuangan

Meskipun reda, Tam memaklumkan, pemergian kedua sahabatnya itu tetap memberikan semangat perjuangan dalam kumpulan Spider.

“Insya-Allah, semangat mereka (Tony dan Napie) sampai sekarang tetap dengan Spider,” jelasnya.

Tam berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Spider Unplugged yang akan diadakan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 25 Oktober 2025.

Konsert berskala besar Spider kali ini bakal menyajikan persembahan dalam format unplugged, dengan susunan muzik akustik yang diserikan elemen string, brass dan perkusi untuk pengalaman bunyi yang lebih segar dan intim.

Kumpulan Spider yang diketuai vokalis utamanya, Tam, turut dibarisi tiga lagi anggota iaitu Aie (dram), Is (bass), dan Pown (gitar utama), menjanjikan persembahan mantap dan penuh emosi buat para peminat.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 2 Jan 2025
Hiburan Fri, 30 May 2025
Hiburan Sat, 22 Feb 2025
Hiburan Mon, 11 Feb 2019

“I Feel the Emptiness from Every So Often…” – Taemin on Jonghyun’s Absence

It’s been more than a year but the members still get affected every once in a while.

Hiburan Sat, 11 Jan 2020
Hiburan Wed, 29 May 2019

‘Saya Mengaji Bukan Nak Menunjuk Tapi…’- Lisa Surihani

Lisa Surihani mengakui memiliki alasan tersendiri tidak berkongsi aktiviti mengajinya di media sosial.

LIFESTYLE Wed, 13 Nov 2019
error: Content is protected !!