Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie April 20, 2020 @ 5:34pm

Artritis menyerang tidak kenal usia

Rasa ngilu pada bahagian sendi di jari tidak boleh dipandang remeh kerana kesakitan itu mungkin tanda awal artritis, iaitu radang sendi.

Artritis adalah satu keadaan apabila jari mengalami bengkak, sakit, kemerah-merahan dan kejang . Jika tidak dirawat, jari boleh berubah bentuk dan timbul seakan bonggol pada bahagian sendi dan herot.

Gout adalah antara penyakit sendi yang sering dihadapi golongan berusia – gambar hiasan. Foto: NSTP.

Perunding Reumatologi, Dr Heselynn Hussein dalam perkongsiannya di portal myhealth.gov, berkata terdapat empat jenis artritis yang kerap dialami individu dewasa iaitu osteoartritis, artritis rheumatoid (RA) , artritis jangkitan kuman dan gout.

“Artritis yang paling kerap dihidapi wanita ialah RA yang disebabkan oleh penyakit autoimun atau tindak balas ketahanan badan yang bercelaru.

“Keadaan ini berlaku kerana badan sendiri menghasilkan antibodi untuk menyerang sendi-sendi sendiri,” katanya.

Tulang sendi yang haus juga boleh menyebabkan kesakitan apabila berjalan atau bergerak – gambar hiasan. Foto: NSTP.

Dianggarkan lima daripada 1,000 individu di Malaysia dan 23.7 juta individu di seluruh dunia menghidap RA, malah artritis seperti RA boleh menyerang sesiapa saja, tidak kira peringkat usia termasuk kanak-kanak dan bayi.

Antara gejala awal artritis adalah rasa sakit di sendi pada waktu pagi, sendi kelihatan bengkak akibat radang serta sakit tulang belakang.

Kebanyakan pesakit menganggap rasa ngilu itu perkara biasa dan hanya datang untuk mendapatkan rawatan di klinik apabila kesakitan semakin teruk.

Malangnya, artritis boleh menyerang semua sendi termasuk kaki dan lutut jika langkah intervensi tidak dilakukan lebih awal.

Rawatan artritis membabitkan pengambilan ubat secara berkala sepanjang hayat, selain sesi kaunseling dengan doktor.

Usah bertangguh untuk berjumpa doktor jika mengalami masalah kesakitan pada sendi kaki – gambar hiasan. Foto: NSTP.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dilakukan pesakit artritis bagi memastikan keselesaan hidup:

– Pastikan pengambilan ubat mengikut waktu ditetapkan bagi mengelakkan rasa sakit.

– Bersenam bagi mengurangkan rasa sakit pada sendi dan kekejangan. Senaman itu juga dapat mengurangkan berat badan dan secara tidak langsung mengurangkan tekanan pada sendi.

– Lakukan terapi sejuk dan panas bagi mengurangkan kesakitan dan bengkak pada sendi.

– Elakkan memberi tekanan pada sendi khususnya sendi jari kaki dan lutut. Sebaiknya, berbincang dengan doktor jika anda perlu menggunakan tongkat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 24 Jun 2022

“Bakat Luar Biasa!” – Mubarak Majid Rangkul Gelaran Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Di India

Selalu berlakon watak jahat, orang tua miang dan bapak yg panas baran. Sangat menjadi setiap pembawaan wataknya.

Featured Sun, 5 Apr 2020
Featured Mon, 26 Jul 2021

“Saya Jadi Peminat Program Ini Semenjak Kecil…” – Ganti Daiyan Trisha, Sissy Imann Jadi Hos Baru Muzik Muzik 36

Penyanyi Sissy Imann membuat kejutan apabila bakal menggantikan Daiyan Trisha sebagai  hos baru rancangan Muzik Muzik 36 yang akan disiarkan di TV3 bermula 1 Ogos ini. Walaupun baru menapak dalam bidang pengacaraan, Sissy yakin tanggungjawab […]

Featured Mon, 14 Oct 2024

“Sekufu Atau Tidak, Itu Nombor 2… Kita Lebih Kaya, Suami Tetap Atas Kita” – Fasha Sandha

Ingat, selalu fikir positif dan doa yang baik-baik untuk semua❤️❤️❤️

Featured Tue, 17 Dec 2024

Kes Amang S*ksual, PU Azman Mengaku Bersalah… Terima Hukuman Penjara 7 Tahun & 2 Sebatan

PU Azman diperintah menjalani kaunseling pemulihan & pengawasan polis selama 2 tahun.

Featured Fri, 31 Mar 2023
Sihat Wed, 12 Dec 2018
error: Content is protected !!