Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir September 20, 2023 @ 6:38pm

Caprice Umum Isteri Hamil 5 Bulan, Akui Pernah Tangguh Nak Ada Anak Gara-Gara…

Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice mengumumkan berita gembira bahawa isterinya Farra Inalis disahkan hamil lima bulan dan bakal bergelar seorang bapa.

Menurut Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli, 35, memberitahu dia menangguhkan impian untuk menimang cahaya mata sebelum ini gara-gara cabaran yang dihadapi.

“Alhamdulillah ini adalah pengumuman kali pertama yang bakal dibuat hari ini yang mana isteri saya disahkan hamil lima bulan.

“Selepas saya kahwin ramai tanya kenapa saya tidak cuba untuk mendapatkan zuriat. Bukan saya tidak cuba tapi selepas berkahwin macam-macam perkara yang berlaku dari segi tekanan bisnes dan media sosial.

“Jadi saya pilih untuk tak nak ada anak lagi. Saya rasa belum bersedia, tapi Alhamdulillah saya ingin umumkan hari ini isteri saya sedang hamil lima bulan,” ujarnya semasa ditemui di Majlis Pelancaran Thor-X di Hotel JW Marriot, sebentar tadi.

Menurut Caprice, pengumuman yang dibuat bukan satu rekaan memandangkan dia memperkenalkan produk suplemen lelaki yang turut bertindak sebagai pengasas bersama produk itu.

“Ini bukan rekaan. Bagaimana seseorang itu hamil dan kemudian keluarkan produk. Ini adalah kuasa Tuhan dan rezeki kami.

“Apapun saya terima kasih kepada Thor-X kerana memperkenalkan produk yang mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan halal,” katanya.

Untuk rekod, Caprice dan Farra telah mendirikan rumah tangga pada 15 November 2021.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 9 Apr 2024
Trending Thu, 26 Apr 2018

Bersolat Dalam Kereta. Fathia Lakukan Kerana Allah SWT, Tiada Sangkut Paut Dengan Manusia

Satu demi satu kontroversi melanda pelakon Fathia Latiff sejak penghujung tahun lalu sehinggalah sekarang. bersolat dalam kereta. 

Featured Mon, 21 Feb 2022
Trending Mon, 12 Mar 2018
Hiburan Sun, 24 Dec 2017

Selebriti Media Sosial Maut Dihujani Peluru

Selebriti Media Sosial Maut Dihujani Peluru Selepas Persenda Ketua Kartel Dadah

Featured Wed, 2 Feb 2022
Hiburan Fri, 10 Apr 2026

Dedah Pernah Minta Bantuan Rakan Artis Nak Beli Susu & Lampin Anak, Azar Azmi Kongsi Kisah Sebenar 6 Tahun Menyepi

Azar Azmi tampil berkongsi kisah sebenar kehidupannya yang selama ini menjadi persoalan ramai sejak lebih enam tahun tidak aktif dalam dunia hiburan.

Trending Sun, 25 Feb 2018

7 Tip Asas Penting Penjagaan Kereta Ini Bantu Wanita ‘Terselamat’ Atas Jalan Raya

”Ramai kaum Hawa, Tahu Start Enjin Terus Jalan,” 7 Tip Asas Penting Penjagaan Kereta Ini Bantu Wanita ‘Terselamat’ Atas Jalan Raya

error: Content is protected !!