Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 10, 2026 @ 5:42am

Dedah Pernah Minta Bantuan Rakan Artis Nak Beli Susu & Lampin Anak, Azar Azmi Kongsi Kisah Sebenar 6 Tahun Menyepi

Pelakon Azar Azmi, 37, akhirnya tampil berkongsi kisah sebenar kehidupannya yang selama ini menjadi persoalan ramai sejak lebih enam tahun tidak aktif dalam dunia hiburan.

Menerusi temu bual eksklusif dalam program Melodi TV3 malam tadi, Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi, menjelaskan dia tidak pernah menghilangkan diri seperti didakwa sebelum ini.

Sebaliknya, dia memilih menjalani kehidupan sebagai suri rumah dan memberi fokus sepenuhnya kepada keluarga tanpa tampil di khalayak.

Pelakon drama bersiri Nur 2 ini menjelaskan keputusan untuk tidak aktif dalam bidang lakonan bukan datang daripada dirinya sendiri, sebaliknya sebagai menghormati permintaan keluarga mentua walaupun dia tidak pernah mengumumkan berhenti berlakon secara rasmi.

Berkongsi mengenai kehidupan rumah tangga, Azar mengakui emosinya sering bercampur dan ada kalanya berasa cemburu melihat kebahagiaan pasangan lain.

“Saya banyak habiskan masa dengan anak-anak dan itu yang buat saya terus kuat. Saya impikan keluarga yang kekal sampai bila-bila, tapi saya tak jangka perkara jadi seperti ini,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MELODI TV3 OFFICIAL (@meloditv3)

Nama Azar kembali menjadi perhatian apabila dia dan suami ditahan polis baru-baru ini berkaitan kes penipuan melibatkan penjualan tanah kurnia serta urusan darjah kebesaran pada Mac lalu.

Mengimbas detik tersebut, Azar mengakui terkejut apabila ditahan tanpa memahami sepenuhnya apa yang berlaku, lebih-lebih lagi ketika itu dia sudah lama tidak mempunyai telefon dan terputus hubungan dengan dunia luar.

“Saya ikut semua prosedur siasatan seperti orang lain. Tapi bila dah keluar, ada pula yang persoalkan macam mana saya boleh bebas. Itu semua saya tak boleh kawal, orang memang akan bercakap,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jiwa Hampir ‘Kosong’, Azar Azmi Akui Cemburu Lihat Pasangan Lain Bahagia – “Saya Hanya Bertahan Demi Anak-Anak”

Dalam masa sama, Azar menafikan dakwaan bahawa dia menjalani kehidupan mewah seperti yang digambarkan.

Dia mendedahkan pernah berniaga kecil-kecilan termasuk menjual durian dan cempedak untuk menyara keluarga, malah pernah meminta bantuan rakan artis bagi keperluan anak-anak.

“Orang mungkin tak percaya bila saya cakap saya tak hidup mewah seperti yang ditulis. Kalau betul saya ada semua itu, tentu saya sendiri akan rasa senang. Tapi realitinya sangat berbeza,” katanya.

Tambahnya, dalam keadaan yang dihadapinya kini, fokus utamanya hanyalah untuk membesarkan anak-anak dan meneruskan kehidupan.

“Bila semua ini berlaku, saya tak boleh fikir apa orang nak kata. Apa yang penting sekarang, saya kena jaga anak-anak,” jelasnya dalam nada sebak.

Azar turut berkongsi detik paling sukar apabila dirinya ditahan di lokap, yang disifatkan sebagai pengalaman paling gelap dalam hidupnya.

“Masa itu saya rasa sangat keseorangan. Tiada tempat untuk mengadu, hanya ada diri sendiri dan doa. Saya cuma harap kebenaran akan terbukti dan anak-anak saya di luar sentiasa dilindungi,” katanya.

Dia juga mengakui pernah terlalu mempercayai orang sehingga memberi kesan besar terhadap kehidupannya.

Walaupun berdepan pelbagai ujian termasuk kehilangan tempat bergantung dan kegagalan rumah tangga yang diimpikan, Azar bersyukur masih mempunyai adik-beradik yang sentiasa memberi sokongan.

Selain itu, dia turut menghargai sokongan segelintir masyarakat yang tidak dikenali tetapi tetap memberikan kata-kata semangat.

“Doakan saya terus kuat. Terima kasih kepada semua yang masih menyokong. Saya sedang cuba bangkit semula walaupun terpaksa bermula dari bawah,” katanya.

Untuk rekod, Azar sebelum ini tidak pernah berkongsi kisah peribadi termasuk perkahwinannya dan jarang aktif di media sosial sehingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Difahamkan, dia mendirikan rumah tangga bersama Mohd Apri Hazreen Mohd Sapri dan dikurniakan dua cahaya mata.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 25 Jul 2025

Whulandary Jaga Adab, Siap Minta Izin Zahirah Macwilson Berlakon Dengan Aiman Hakim

Bagi Whulandary, iminta izin bukanlah sesuatu perkara yang taboo untuknya.

Events Wed, 20 Feb 2019

DFKL2019 Kini Lebih Positif

Drama Festival Kuala Lumpur DFKL (2019) pada tahun ini tampil lebih menarik dengan tema ‘Positif Selalu’ dengan memperkenalkan duta DFKL 2019 iaitu Janna Nick dan Izzue Islam. 

Trending Tue, 5 Jan 2021

Kaedah Pembayaran i-Sinar Dan Tarikh Rasmi Pembayaran

Buat pemohon i-Sinar, korang wajib baca info ni!

Trending Tue, 16 Jan 2018

Pesawat Tergelincir Daripada Landasan, Hampir Menjunam di Laut Hitam

Pesawat Tergelincir Daripada Landasan, Hampir Menjunam di Laut Hitam

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

Achey Berpadu Suara Dengan Baby Feaaa & Tantari, Lagu ‘Ragam Raya’ Meriahkan Syawal!

lagu Ragam Raya Achey membawa kisah tentang keterujaan menyambut syawal

Featured Tue, 4 Jun 2024
Trending Thu, 28 Jun 2018

3 Teknik Pembedahan Miss V Yang Sudah Lama Wujud Tapi Kini Mendapat Demand Tinggi

Terdapat 3 jenis embedahan miss v yang mana salah satunya berupaya mengembalikan kedaraan wanita.

error: Content is protected !!