Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 13, 2025 @ 4:30pm

PU Rahmat Kongsi Pengorbanan Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Mahu Sertai GSF – “Duit Tabungan Mereka Mampu Tampung 1 Orang Sahaja”

Pendakwah bebas yang juga aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), PU Rahmat berkongsi mengenai pengorbanan rakannya yang juga penyanyi Zizi Kirana dan suaminya, Yusuf Bahrin.

Menerusi perkongsian sebuah video pendek, PU Rahmat atau nama sebenarnya Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan mendedahkan, Zizi dan Yusuf sebenarnya berhasrat untuk menyertai misi kemanusiaan tersebut.

Namun, tabungan yang dikumpul mereka tidak mencukupi dan hanya mampu menampung kos untuk seorang sahaja bagi menyertai misi berkenaan.

“Saya nak ceritalah satu benda sebenarnya Zizi dan Yusuf. Dua-dua nak pergi.

“Biar saya cerita dekat sini, mereka berdua memang nak pergi tapi duit tabungan mereka hanya mampu menampung satu orang sahaja. Jadi Yusuf terpaksa berundur. Katanya ‘Tak apa biar Zizi  dulu sebab tiket flight nak beli haritu’. Bila kami dapat tahu kami kena beli tiket flight dalam masa 24 jam.

“Tiket hampir RM8,000, kami tidak bayar pakai duit sponsor tapi pakai duit sendiri. Ramai orang tanya kenapa Yusuf tak pergi? Dah RM8,000 kalau dua tiket RM16,000. Jadi mereka korbankan dan mereka sanggup,” katanya.

Dalam pada itu, PU Rahmat menegaskan tindakan mengkritik dan mengecam para sukarelawan yang terlibat adalah tidak masuk akal memandangkan kesemua mereka yang terlibat bukan sahaja sanggup berkorban harta tetapi juga meninggalkan insan tersayang.

“Tuan Musa Nuwayri, kalau dia ni anda semua cakap tak ikhlas, saya kenal dia, dia dah masuk penjara Jordan dah. Kalau dia nak famous dengan masuk penjara Isra**l. Jordan dia dah masuk pada waktu tu orang tak kenal pun siapa Musa Nuwayri. Balqis, Muaz, Haikal Zulkifli, Haikal Abdullah semua.

“Balqis, Muaz, Haikal Zulkifli, Haikal Abdullah saya kenal mereka masa pergi Mesir masuk Syria. Daripada Syria terjajah sampai  Syria merdeka sekarang.

“Mereka pergi misi dalam keadaan mereka dihantar dengan sebiji kereta. Dan bila balik, mereka dijemput dengan kereta yang sama. Kereta kawan-kawan, kereta keleuarga dan harini bila satu Malaysia datang jemput mereka dekat Airport kamu semua cemburu. Kamu kata mereka ni tak ikhlas? Sedangkan kamu tengok 10 tahun lepas. Lima tahun lepas mereka satu orang pun tak ada orang peduli.

“Dan mereka balik, tak ada satu orang pun sambut dekat Airport. Tapi kali ini kamu iri hati terhadap perjuangan mereka yang pada hari ini membuahkan hasil kepada dunia,” jelasnya.

@suriamalaysia PU Rahmat nak kongsi kisah di sebalik tabir para sukarelawan Global Sumud Flotilla 🌊🇵🇸 Bukan mudah nak sertai misi kemanusiaan ni — ada yang tinggalkan keluarga, ada yang kumpul dana sendiri, ada yang redah ketakutan demi satu tujuan: bantu saudara kita di Palestin 🤲🏻 Jom dengarkan cerita PU Rahmat ✨ #suriamalaysia #segalanyahiburan ♬ original sound – Suria Malaysia

Sumber: Instagram Suria

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 21 Apr 2019

Video Pergaduhan Dua Pelajar Kolej Vokasional Tular

Punca pergaduhan dua pelajar lelaki yang kedua-duanya berumur 16 tahun itu masih tidak dapat dipastikan.

Trending Wed, 13 Dec 2017

20张「神巧合瞬间」的完美照片

拍一张完美的照片似乎是一项艰巨的任务,对大多数的人来说几乎是不可能的。但是在正确的时间出现在正确的地点,就能拍出完美无缺的的照片。

Hiburan Thu, 25 Jan 2018

Khatam 15 Kali Masih Lagi Tampil Seksi?

Tampil seksi walaupun sudah berkhatam 15 kali , dengar penjelasan Nana

Trending Thu, 15 Feb 2018

ANAK MERAUNG DUDUK DALAM CAR SEAT? BACA INI…

“ Korang yang ada anak buah ke anak so whatever, letak dorang dalam car seat. Nanti jadi macam my nephew sebab emergency break je,” tulis Farah.

Hiburan Tue, 6 Feb 2024
Trending Fri, 12 Mar 2021
Hiburan Thu, 14 Dec 2017

SAYA BUKAN NAK SOROK ISTERI – ABAM BOCEY

Bukan sorok, tapi itu lebih selesa untuk menjaga

Trending Tue, 22 Jun 2021

“Jika Ada BF, Saya Lalai… Rasa Nak Berkepit Je” – Aina Abdul

Penyanyi Aina Abdul mengakui dirinya masih solo dan tidak menjalin hubungan cinta dengan mana-mana jejaka. Jarang membuka topik mengenai cerita peribadi, Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani, 28, masih belum terbuka untuk mempunyai […]

Trending Fri, 19 Jul 2019

#WakeUpForGaza Terperangkap Di Sempadan Rafah, Heliza Helmi Tak Tahu Bila Akan Pulang!

Semoga segala urusan pasukan misi kemanusian ke Gaza sentiasa dipermudahkan. Aamiin

Hiburan Tue, 15 Oct 2024
error: Content is protected !!