Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal April 21, 2019 @ 11:21am

Video Pergaduhan Dua Pelajar Kolej Vokasional Tular

Seorang pelajar vokasional di sini menjadikan tasik rekreasi kolejnya sebagai gelanggang tinju manakala rakan-rakannya yang lain hanya mampu melihat menyebabkan seorang lagi pelajar dipukul hingga tidak berdaya.

Pergaduhan pada Khamis lepas itu dirakam oleh seorang pelajar menggunakan telefon pintarnya yang kemudian dipaparkan dalam talian sehingga menjadi tular.

Punca pergaduhan dua pelajar lelaki yang kedua-duanya berumur 16 tahun itu masih tidak dapat dipastikan.

Rakaman video itu menunjukkan seorang pelajar yang memakai seragam kolej hanya melihat pergaduhan itu tanpa cuba untuk meleraikan keadaan. Dia hanya menjadi pihak pendamai selepas serangan terakhir pada lutut pelajar terbabit.

Berikutan pergaduhan yang tular dalam talian itu, ibu bapa mangsa membuat laporan polis hari ini.

Ketua Polis Labuan Supt Muhamad Farid Ahmad memberitahu Bernama bahawa siasatan kejadian itu sedang dilakukan.

Beliau berkata mangsa berada di balai polis semasa laporan dibuat dan kenyataannya diambil untuk siasatan lanjut.

“Kami masih belum mendapat butiran lengkap kejadian itu daripada pihak berkuasa kolej dan kami ingin menasihati orang ramai supaya tidak berkongsi rakaman video itu di mana-mana platform media sosial.

“Mangsa telah memberikan kerjasama, kami akan mendapatkan suspek untuk soal siasat,” katanya.- BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 13 Sep 2025

Leona Puji Andy Teh Jejaka ‘Hot’

Leona secara terbuka puji Andy Teh ‘hot’, good looking

Hiburan Sun, 31 Aug 2025

Hariz Hamdan Simpan Dendam Terhadap Abang Ipar

Menyimpan dendam terhadap abang ipar menjadi cabaran Hariz Hamdan dalam drama bersiri Seindah Hujan Cinta.

Trending Fri, 4 Oct 2019

Taking Digital To The Next Level, Huawei Launches 13 Products With Huawei Mobile Services (HMS)

These 13 new coolest and hi tech products from Huawei will blow your mind away!

Featured Wed, 29 Aug 2018

Kini Ada Seorang Lagi Putera Kacak Yang Digilai Wanita, William & Harry Boleh Ke Tepi!

Nampaknya ada potensi untuk mencuri hati gadis-gadis dunia!

Featured Fri, 12 Aug 2022

Alif Hadi Nafi Jadi Punca Yasmin Hani Bercerai

Tiada istilah isu ‘penyondol’ dalam hubungan Alif Hadi & Yasmin Hani

error: Content is protected !!