Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin July 15, 2022 @ 3:15pm

Maut Dihempap Besi, Ibu Tunggal Tak Sempat Jamah Lauk Masak Lemak Permintaan Terakhir!

Kemalangan membabitkan 29 buah kenderaan yang berlaku pada Khamis betul-betul menyayat hati ramai pihak apatah lagi ia melibatkan kelalaian pemandu pacuan empat roda berkenaan.

Insiden yang dipercayai berlaku di simpang empat berhampiran lampu isyarat di Kampung Dalam Kemunting, Pasir Puteh, Kelantan itu dipercayai berpunca daripada pemandu kenderaan berat jenis treler yang didakwa gagal mengawal kenderaanya sehingga terbalik.

Malah, ia juga turut menyebabkan kemalangan jiwa seorang wanita yang juga dipercayai ibu tunggal.

Mangsa yang dikenali sebagai Yusni Abdul Hamid meninggal di tempat kejadian selepas motorsikal yang dipandu anaknya dirempuh kenderaan tersebut. Bahkan, kemalangan itu juga turut menyebabkan kaki anak kepada mangsa, Mohammad Sharul Rizal putus.

Memetik laporan Harian Metro, kakak ipar kepada Yusni Hamid iaitu Noraini Tadilin, tidak menyangka arwah yang kelihatan sangat gembira untuk pulang ke kampung rupa-rupanya merupakan petanda yang adik iparnya itu bakal meninggalkan mereka sekeluarga.

Namun, apa yang paling menyayat hati adalah, Allahyarham sempat memintanya untuk masak pelbagai juadah termasuklah sayur lemak petola kegemarannya.

“Ketika mendapat berita mengenai kemalangan tersebut, saya sedang menyiapkan sayur petola masak lemak permintaan arwah, namun dia tidak sempat untuk makan.

“Saya tak sangka ini sebab dia pergi untuk selama-lamanya,” katanya.

Tambhanya lagi, arwah Yusni merupakan ibu tunggal dan bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang dan mangsa pulang bercuti di kampung untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.

Sementara itu, ketika kejadian arwah dan anaknya dalam perjalanan untuk membuat pendaftraan kad pengenalan anak sulungnya itu.

 

 

Sumber: Harian Metro, Kosmo, Wan Mohd Fahmi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 18 Oct 2018
Hiburan Wed, 22 Jan 2020
Trending Wed, 9 May 2018

#PRU14 : Takziah Buat Petugas SPR

Kes ketiga untuk PRU 14 kali ini , petugas SPR meninggal dunia ketika bertugas sewaktu menjaga proses pengundian

Trending Fri, 12 Feb 2021

Lagu #BaikSemula Versi Abang & Kakak Askar Ni Memang Terbaik!

Memang terbaik! Lagu #BaikSemula dendangan Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju K-Clique menarik perhatian Badan Kesenian Tentera Darat Malaysia. Anggota unit beruniform terbabit menyampaikan semula lagu hasil karya Faizal Tahir, Mage, Mike Chan, […]

error: Content is protected !!