Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie November 14, 2023 @ 2:14pm

Berjaya Jampi Penonton DFP, Khai Bahar Terpaksa Lupakan Sakit Demi Peminat, Siap Bergelek Lagi!

Penyanyi Khai Bahar menarik nafas lega apabila konsert solonya baru-baru ini berlangsung dengan lancar.

Akui masih tidak berapa sihat sepenuhnya, Khai atau pemilik nama sebenar Muhammad Khairul Baharuddin tetap memberikan persembahan terbaik demi menghiburkan 900 penonton yang hadir.

“Saya tidak dapat memberikan komitmen yang penuh terhadap jadual latihan yang ditetapkan kerana ditahan di wad. Segala persiapan untuk konsert soli ini dilakukan di hospital sahaja. Saya melihat rakaman dan berlatih secara sendiri-sendiri,” jelasnya kepada XTRA.

Bimbang dengan pelbagai dugaan semasa persediaan konsert, pelakon drama Kisah Cinta Rumi itu bagaimanapun berpuas hati kerana persembahannya berjalan seperti apa yang diharapkan.

“Saya minta doktor untuk benarkan saya dikeluarkan dari wad. Saya cuma ada sehari sahaja untuk adakan latihan dan persiapan secara fizikal di DFP ini. Syukur segalanya dipermudahkan ketika konsert berlangsung,” katanya.

Dia ditemui XTRA seusai tamat konsert solo Khai Bahar di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada Sabtu.

Pada malam tersebut, pelantun lagu Damba itu kelihatan memukau penonton kerana berjaya menonjolkan sisi lain dan versatiliti sebagai seorang penghibur.

Mempertaruhkan beberapa buah lagu irama Malaysia, seperti Lemak Manis, Ikan Dalam Kolam, Fatwa Pujangga, Bimbang Serumpun Kasih Terbuang dan Umpan Jinak Di Air Tenang, Khai kelihatan sangat bagus dalam menjiwai liriknya dan melakukan lenggok ‘air lagu’ tanpa ada canggung.

Bahkan, detik yang paling tidak dapat dilupakan apabila Khai sakan bergelek menerusi lagu Asyik dan Ikan Dalam Kolam sehingga membuatkan penonton turut sama berjoget.

Nyanyian lagu bahasa Mandarin bertajuk Xiang Ni De Ye membuktikan kemampuan Khai untuk membawakan lagu bahasa asing dengan baik.

Meskipun penonton tidak memahami bait-bait liriknya, tetapi penghayatan Khai tembus ke hati pendengar.

Di penghujung konsert, lagu Bayang yang melonjakkan nama Khai menjadi penutup yang sempurna.

Antara lagu lain yang dibawakan oleh Khai termasuklah #123, Madah Berhelah, Lat Tali Lat, Luluh, Santai, Kemelut Di Muara Kasih dan beberapa lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 1 Nov 2024
Hiburan Wed, 11 Sep 2019

Sharnaaz Tolak Cerai, Air Mata Nabila Jatuh Di Mahkamah

Pelakon Cinta Bukan Kristal ini mahu mengikut prosedur mahkamah yang ditetapkan.

Hiburan Thu, 6 Dec 2018

Awie Janggal Pertama Kali Berimej Botak

Alhamdulillah… seronok dengar pengalaman idola kesayangan ramai ni.

Filem Wed, 12 Apr 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Seindah Kasih’

Dunia media ni mencabar juga ya!

Hiburan Thu, 21 May 2026

Digelar ‘Artis Try Hard’, Fizikal & Bakat Dikritik Sepanjang 9 Tahun Dalam Industri, Aisha Retno Kini Lebih Matang Hadap Kecaman – “Saya Dah Lali”

Aisha berkata apa yang lebih penting ketika ini adalah memberi sepenuh fokus terhadap minat, impian dan hala tuju yang ingin dicapai dalam bidang seni.

Hiburan Wed, 13 Aug 2025
Featured Mon, 10 Apr 2023
error: Content is protected !!