Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 21, 2026 @ 5:07pm

Digelar ‘Artis Try Hard’, Fizikal & Bakat Dikritik Sepanjang 9 Tahun Dalam Industri, Aisha Retno Kini Lebih Matang Hadap Kecaman – “Saya Dah Lali”

Penyanyi, Aisha Retno mengakui sudah terbiasa berdepan pelbagai kecaman dan kritikan sepanjang hampir sembilan tahun bergelar anak seni.

Aisha atau nama sebenarnya, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 25, berkata, pelbagai tohmahan termasuk bakat nyanyian dipertikai, dikritik mengenai penampilan fizikal serta dilabel sebagai artis yang terlalu mencuba, sudah menjadi asam garam dalam perjalanan seninya.

“Sepanjang hampir sembilan tahun berada dalam industri, saya sudah melalui pelbagai perkara termasuk dipertikai bakat dalam nyanyian, penciptaan muzik, tarian dan persembahan pentas.

“Malah, saya juga pernah berdepan kecaman membabitkan rupa paras, bentuk badan dan dilabel sebagai artis yang terlalu mencuba. Namun semua itu sudah menjadi perkara biasa buat saya,” katanya.

Menurut pelantun lagu Sutera itu, dia tidak terlalu melatah dengan komen negatif kerana sudah lama terdedah dengan kritikan netizen.

“Jangan risau, ini bukan kali pertama saya menerima kritikan dan komen yang kurang menyenangkan. Saya sudah belajar untuk menerima semua itu dengan hati yang terbuka,” katanya.

Tambah Aisha, apa yang lebih penting ketika ini adalah memberi sepenuh fokus terhadap minat, impian dan hala tuju yang ingin dicapai dalam bidang seni.

“Bagi saya, paling penting adalah kekal fokus dengan tujuan yang ingin dicapai. Kita sendiri tahu sejauh mana minat, kemampuan dan usaha yang sudah dicurahkan terhadap apa yang dilakukan,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat tampil memberikan kata-kata semangat selain memuji ketabahan Aisha dalam menghadapi cabaran industri hiburan.

Dalam perkembangan lain, Aisha bakal menggalas watak Puteri Gunung Ledang menerusi pementasan teater legenda ikonik tersebut.

Artikel Berkaitan: “Tiada Keistimewaan, Kami Dilayan Sama Rata” – Aisha Retno Nafi Guna ‘Cable’ Dalam Pemilihan Puteri Gunung Ledang 

Artikel Berkaita : “Proses Ujibakat PGL Memang Susah, Pemilihan Aisha Retno & Mila Mohsin Memang Selayaknya” – Mimi Lana

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 17 Nov 2018

Genting’s Arena of Stars Has Brand New World Class Sound System!

Now you can enjoy concerts in the Arena of Stars at a whole new level of awesome.

Hiburan Thu, 1 Aug 2019

Dapatkan Klu #ICSYVMY Bermula 4 Ogos Ini!

Dengar jangan tak dengar!

Hiburan Wed, 6 Sep 2023
Hiburan Wed, 7 Jun 2023
Hiburan Sun, 17 Aug 2025

Lagu Tentang Detik Pertama Jatuh Cinta, ‘Siapakah Namamu’ Jadi Taruhan Andi Bernadee

Siapakah Namamu karya baharu Andi Bernadee menceritakan keindahan pertemuan cinta tanpa diduga.

Featured Mon, 1 Nov 2021

Bomba Temui Bayi Lelaki Berusia Setahun Rentung Dalam Kebakaran

Satu kebakaran berlaku membabitkan seorang bayi lelaki berusia setahun rentung di sebuah unit di flat Jalan Dua, Pusat Bandar Sandakan, pada Jumaat. Dalam kejadian kira-kira jam 11.05 malam itu, pihak bomba menemui seorang bayi yang […]

Hiburan Fri, 31 Aug 2018

Dituduh Penipu, Ini Jawapan Win Daiyan Trisha

Menggunakan konsep perkahwinan dalam single terbaharunya, Langit telah mencetus pelbagai kontroversi. Ini jawapan Daiyan Trisha kepada netizen……

Trending Sun, 30 May 2021

Didakwa Pertikai Sistem Raja Berpelembagaan, Ibu Neelofa Buat Laporan Polis

Ibu kepada selebriti dan usahawan popular Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed menjelaskan bahawa hantaran Instagram Story miliknya yang tersebar berkenaan sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia berlaku kerana kecuaian salah seorang pekerjanya. Menurut Kartini, pekerja […]

Hiburan Mon, 11 Mar 2024
error: Content is protected !!