Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin July 23, 2018 @ 6:00pm

Awas! Asap Rokok Punca Utama Anak Tidur Berdengkur

Ya, kita semua sudah tahu bahawa merokok memang membahayakan kesihatan. Bukan sahaja diri sendiri malah ia membahayakan kesihatan orang sekeliling kita juga.

Namun, walaupun dah tahu merokok itu merbahaya, masih ramai saja kaum lelaki yang merokok. Ada juga kaum wanita yang join sekaki! 

Tapi, tahukah anda? Terdapat satu kajian yang mendapati bahawa punca tidur berdengkur dalam kalangan kanak-kanak adalah disebabkan asap rokok yang dihidunya. Yalah, ada saja bapa yang menghisap rokok depan anak-anak tanpa memikirkan tentang kesan bahaya kepada anak mereka.

Hasil penelitian daripada kajian tersebut, peningkatan punca tidur berdengkur pada anak adalah sebanyak 87% sekiranya mereka menghidu asap rokok yang sedang menyala.

Penelitian dari kajian tersebut telah membabitkan seramai 88,000 anak dan mereka mendapati asap dari rokok telah menyebabkan tidur berdengkur, sleep apnea (kerap berhenti bernafas ketika tidur) dan masalah kesihatan yang lain. Selain itu, punca tidur berdengkur juga sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, strok dan penyakit jantung. 

Foto: Brilio net

Situasi ini adalah lebih membahayakan untuk ibu mengandung yang terhidu asap rokok. Anaknya nanti setelah dilahirkan akan menghadapi risiko berdengkur dua kali ganda lebih tinggi daripada bayi biasa.

Bukan itu sahaja, jika ibu sendiri yang merokok ketika hamil, punca tidur berdengkur akan meningkat sebanyak 87%. Manakala, ayah yang merokok pula mengundang risiko sebanyak 45%. 

Apa pun, kepada ibu bapa yang merokok, anda disarankan untuk berhenti ataupun kurangkan tabiat ini ketika di dalam rumah. Kasihanilah anak-anak anda, kesihatan mereka amat penting!

Foto: Essential Baby

Simptom dengkuran anak yang perlu anda tahu:

1. Semasa anak sedang tidur, periksa tahap dengkuran anak, sama ada ia berbunyi kuat atau tidak.

2. Perlu tahu corak dengkur itu jika ia sama seperti pernafasan atau sebaliknya.

3. Bila dengkuran itu tersangkut-sangkut, ia menunjukkan nafas anak tersekat-sekat.

Punca tidur berdengkur yang lain dalam kalangan kanak-kanak:

1. Masalah kegemukan

2. Lubang hidung sempit

3. Alahan hidung.

4. Tonsil membengkak.

Kesan berdengkur pada anak anda:

 1. Lambat bercakap kerana pertumbuhan otak terganggu.

2. Lemah dari segi pembelajaran.

3. Kecergasan terganggu.

4. Kurang fokus dan cepat letih.

5. Kerap mengantuk di sekolah.

Jika anak anda mengalami tahap dengkuran yang amat ketara, bawalah segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan sebelum ia membahayakan kesihatannya. Semoga bermanfaat!

Sumber: TheAsianparent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 14 Apr 2020

Mahu buat jeruk seperti McD, ini caranya

Buat sendiri, pasti puas hati

Featured Fri, 9 Feb 2024
Featured Sun, 13 Feb 2022
Featured Tue, 10 Apr 2018

7 Kawasan Di Dunia Yang Sesiapa Pun Tak Boleh Lawat, No. 3 Paling Ngeri

Kebanyakan tempat di dunia ini memang terbuka untuk pelancong, tapi ada beberapa kawasan larangan yang memang dikawal ketat.

Featured Thu, 26 May 2022

“Janda Yang Paling…” – Bekas Kekasih Mahu Kahwini Sera

Haa ada yang dah bagi hint tu… agak-agak Shuk jealous tak? 😂

Featured Thu, 19 May 2022

Taylor Swift Kini Bergelar Doktor, Terima Ijazah Kehormat Dari NYU

“I’m now… on paper at least, a doctor!” – Taylor Swift

Sihat Wed, 8 Jan 2020

Rawatan estetik penuhi impian ‘cantik’ wanita

Xeoul Global bantu wanita tampil sempurna

Featured Thu, 6 May 2021

Program Jaringan Prihatin Diperkenalkan, RM300 Bagi Penerima Yang Layak

Bagi memastikan lebih ramai rakyat Malaysia menerima akses internet, Program Jaringan Pirihatin diperkenalkan untik merapatkan jurang digital dan menyokong agenda pendigitalan negara. Justeru, golongan yang layak berhak menerima bantuan RM180 untuk pembelian telefon atau kredit […]

error: Content is protected !!