Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari May 26, 2022 @ 5:50pm

“Janda Yang Paling…” – Bekas Kekasih Mahu Kahwini Sera

Isu rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan Sera masih belum reda malah semakin menjadi perhatian wargamaya apabila sebuah video di aplikasi TikTok yang tular baru-baru ini.

Menerusi sebuah video yang telah dimuat naik oleh @aidi.qusairy memaparkan pemilik akaun tersebut keluar bersama Sera.

Apa yang menjadi bualan hangat netizen ialah kapsyen yang ditulis oleh jejaka tersebut menunjukkan dia sudah lama menunggu cinta Sera dan bersedia untuk menjadi pengganti Shuk.
“Janda yang paling aku nantikan. Ex paling gila, walaupun ex tetap aku sayang.

“Kita kawan balik sampai kahwin ok?” tulisnya dalam video tersebut.

@aidi.qusairy Kalau kenal jangan tag dia tau😌 #fyp ♬ DJ Sudah Tak Cinta – 𝕽𝖎𝖆𝖓..𝓐

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya menyokong tindakan jejaka tersebut dan ada yang mencadangkan supaya rampas semula kerana Sera berhak mendapat kebahagiaan dengan lelaki yang betul. Sera juga turut meninggalkan komen di video tersebut.

Jejaka itu juga menjawab soalan salah seorang wargamaya dengan memaklumkan bahawa ramai lelaki yang meminati Sera namun ke semuanya ditolak.

“Aku pun kena reject dari darjah 1 sampai hari ini,” ujarnya

 

Sehingga hari ini, video tersebut telah menjadi tular dan meraih tontonan lebih 520,000 dan dibanjiri 300 komen di aplikasi itu.

Untuk rekod, Sera hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta pada 18 Mac lalu sekaligus mengundang pelbagai persoalan dan persepsi tentang status rumah tangganya.

Keretakan rumah tangga pasangan tersebut adalah berpunca daripada orang ketiga iaitu seorang wanita yang dikenali sebagai Farah Salleh. Shuk juga didakwa berlaku curang terhadap isterinya berkali-kali.

Shuk dan Sera telah mendirikan rumah tangga bersama sejak 2015 lagi. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan dua orang permata hati perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 15 Nov 2024
Featured Thu, 12 Jun 2025
Featured Wed, 19 Mar 2025

“Bukan Niat Saya Untuk Hina Budaya & Agama” – Potong Babak Berkemban, Mimi Fly Lancar Semula MV ‘Serumpun’

Mimi Fly mengaku khilaf dan sedia menerima teguran apabila muzik video terbaharunya berjudul ‘Serumpun’ yang dilancarkan sebelum ini disalah erti.

Featured Mon, 17 Feb 2020
Trending Thu, 2 Jun 2022

Noh Hujan Terkesan Dengan Pemergian Remaja Yang Dijumpai Mati Dalam MPV

Noh Salleh turut berduka cita dengan kematian dua remaja yang dijumpai di dalam sebuah MPV.

Trending Sat, 5 Jan 2019

Anda Bakal Didenda Mulai 2 Januari 2019 Jika Hilang Passport

Kerajaan Umum Denda Untuk Kehilangan Passport, Berkuatkuasa 2 Januari 2019

Hiburan Thu, 7 Nov 2019

张智成认「我本来就难搞」不怕被贴标签

睽违两年,张智成将推出专辑「你是不是张智成」,首支新曲《我本来就难搞》全球大首播!

error: Content is protected !!