Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 9, 2026 @ 5:50pm

Jiwa Hampir ‘Kosong’, Azar Azmi Akui Cemburu Lihat Pasangan Lain Bahagia – “Saya Hanya Bertahan Demi Anak-Anak”

Pelakon, Azar Azmi tampil membuka kisah peribadi yang disifatkan sebagai detik paling gelap dalam hidupnya selepas melalui pengalaman ditahan dan disoal siasat pihak berkuasa.

Menerusi temu bual bersama program hiburan Melodi TV3, Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi, 35, berkata dia sudah melalui segala prosedur sepanjang siasatan, namun masih berdepan kecaman segelintir pihak.

“Orang akan cakap ‘saya cakap saja ni’. Saya telah direman, disoal siasat dan saya telah mengikut segala prosedur, tak ada yang terkecuali.

“Saya dah di sini pun masih ada individu yang tidak berpuas hati, macam mana saya boleh keluar dan terlepas,” katanya.

Menurut pelakon drama Nur itu, tekanan berpanjangan membuatkan dirinya hilang rasa takut sehingga merasakan hidupnya seakan sudah ‘kosong’.

“Saya penat sebenarnya hidup yang saya rasa macam ‘that’s it lah, hidup saya tak ada dah’. Kalau saya buat benda saya rasa puas hati. Nak tangkap saya ambil, saya dah enjoy semuanya.

“Mungkin kesilapan saya terlalu percayakan orang,” ujarnya.

Mengimbau pengalaman ketika berada dalam tahanan, Azar mengakui ia menjadi memori paling ngeri yang sukar dilupakan.

“Gambar terpampang, tangan dah ada gelang. Itu adalah kejadian paling teruk yang saya pernah lalui dalam hidup saya.

“Saya tak pernah terbayang yang saya akan ke situ. Saya cukup menjaga nama keluarga saya,” katanya.

Tambahnya, situasi ketika berada dalam tahanan membuatkan dirinya berasa sangat terasing tanpa sesiapa untuk bergantung harap.

“Saya tiada sesiapa, tiada tempat nak mengadu. Saya cuma ada dinding, gerigi tiang… Saya hanya mampu berdoa lindungi darah daging saya di luar sebab saya tak boleh buat apa di dalam,” katanya.

Dalam pada itu, Azar turut meluahkan rasa cemburu melihat kebahagiaan rumah tangga pasangan lain, namun tetap bertahan demi anak-anak.

“Saya tak tahu sama ada perkahwinan saya dilindungi atau tidak, tapi kalau nak dibandingkan dengan pasangan lain, saya cemburu.

“Saya lebih kepada menjaga anak-anak dan sebab itu saya bertahan. Saya impikan keluarga yang tak gagal, tapi saya tak sangka jadi macam ini,” katanya.

Terdahulu, Azar bersama suaminya, Mohd Apri Hazreen pernah ditahan bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan urusan penjualan tanah kurnia serta penipuan darjah kebesaran yang mengakibatkan kerugian.

Sumber: Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Sep 2022

Isu Dedah Gangguan Seksual Secara Umum, Puteri Balqis Selar Azhar Sulaiman

Aku lebih rela menjadi anak pengutip sampah yang berilmu, dari menjadi orang kekaya yang dungu – Puteri Balqis

Hiburan Wed, 21 Mar 2018

李幸倪6月首踏红馆开唱「想要周杰伦当嘉宾」

Gin李幸倪自从加入环球唱片后,先后推出《beGin》和《Live In The Moment》,以及凭着多首冠军作品横扫多个奖项,各方面均获得佳绩!日前唱片公司宣布,李幸倪将于今年六月迎来人生首个红馆演唱会,一圆多年梦想!

Hiburan Tue, 21 Jan 2025

“Kami Akan Sentiasa Jadi Sahabat Baik Walau…” – Respons Dakwaan Perkahwinan Bermasalah, Nadiyah Shahab Berharap Jodoh Kekal Dengan Ben Ali

“Kita tak tahu jodoh tu bagaimana, tetapi Insya-Allah, kami berharap jodoh kami pun untuk selamanya” – Nadiyah Shahab

Hiburan Sat, 25 Jan 2025

Didakwa Persenda Agama, Harith Iskander & Keluarga Terima Ugutan Bunuh

Harith Iskander dan keluarga terima ugutan bunuh

Hiburan Wed, 30 Apr 2025

“Hampir Hilang Diri…” – Marissa Yasmin Dedah Pengalaman ‘Gelap’ Hidup Dengan Individu Narsistik

Marissa Yasmin akui sukar untuk bangkit dan bebas dari individu narsistik

Hiburan Sun, 21 Jan 2024
Hiburan Sun, 22 Feb 2026

Enggan Bersaing, Irene Catalina Mahu Kongsi Kegembiraan Syawal Dengan Pendengar… Lancarkan ‘Vibes Hari Raya’

Irene Catalina menghangatkan musim Raya tahun ini dengan single duet berjudul Vibes Hari Raya bersama Nuim.

Hiburan Tue, 1 Aug 2023
Hiburan Fri, 19 Jan 2024
error: Content is protected !!