Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie January 21, 2024 @ 5:41pm

Pernah Ajar Kanak-Kanak Mengaji, Fadhilah Intan Tak Sangka Kini Rezeki Menjadi Penyanyi Makin Melimpah-Ruah

Penyanyi dari Indonesia yang mencipta fenomena luar biasa menerusi lagu Dawai, Fadhilah Intan akui terkejut dengan sambutan yang hangat daripada orang ramai, terutamanya peminat dari Malaysia.

Pada awalnya, dia tak pernah menyangka runut bunyi filem Air Mata Di Ujung Sajadah itu bakal mengubah laluan kerjayanya namun tetap bersyukur dengan rezeki tersebut.

Sebagai penghargaan buat semua peminat, Fadhilah akan terus berkarya agar dirinya kekal relevan.

Menurut Fadhilah atau nama sebenarnya, Fadhilah Intan Pramita Sari mengaku dirinya lebih dikenali dan mendapat perhatian peminat yang amat memberangsangkan di Malaysia berbanding negara kelahirannya.

“Saya bersetuju kerana lagu Dawai, saya boleh berada di Malaysia. Sebenarnya selepas lagu Dawai menjadi popular, perubahan ketara banyak berlaku di Malaysia.

“Kalau di Indonesia, sebelum lagu ini naik (popular) ramai orang minta bergambar dengan pelakon filem Air Mata Di Ujung Sajadah sahaja.

“Saya sebagai penyanyi runut bunyi filem tiada yang sudi bergambar. Tapi, orang selalu sokong saya di Malaysia.

“Walaupun kadang-kadang ada yang terlupa nama, tapi mereka akan panggil saya ‘Dawai’, jadi saya gembira. Alhamdulillah, sekarang sudah lebih ramai mengenali saya,” jelasnya.

Dalam pada itu, memetik laporan Berita Harian, Fadilah yang turut popular dengan nyanyian ‘cover’ lagu Denting mendedahkan bahawa dia pernah menjadi guru mengajar Al-Quran ketika dahulu.

“Semasa sekolah menengah, saya berpeluang mengajar kanak-kanak mengaji, tapi itu sebenarnya bukan kerjaya utama saya.

“Ketika itu juga saya berpeluang mendapatkan kelulusan menjadi tenaga pengajar. Jadi, ia satu pengalaman sangat baik.

“Mungkin itu juga membantu memberi kelebihan kepada vokal saya. Kalau dulu, saya bukan penyanyi genre pop, tapi klasik.

“Memang banyak lagu klasik saya nyanyikan sejak menceburi bidang ini ketika masih kecil. Saya belajar menyanyi dari kecil sebab Mama dan adik-beradik lain juga melakukan perkara sama,” katanya.

Fadhilah berkata, sesudah filem Air Mata di Ujung Sejadah mendapat perhatian yang amat dahsyat, dirinya sebagai penyanyi runut bunyi turut menerima tempiasnya.

Dia bersyukur kerana undangan ke program televisyen makin bertambah.

“Sebelum muncul dengan lagu Dawai, undangan persembahan hanya dua atau tiga kali sahaja dalam tempoh tiga bulan.

“Disebabkan lagu Dawai saya terima sepuluh undangan dalam sebulan. Saya juga boleh masuk ke program televisyen (TV) termasuk diundang ke Malaysia,” ujarnya.

Sumber : BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Feb 2024
Hiburan Wed, 3 Jan 2024

Isteri Selamat Melahirkan Anak Lelaki, Ryan Bakery Bergelar Bapa

Alhamdulillah congrats Ryan & Elyia! 🤲🏼 Lepas ni ada content Ryan junior 😍

Events Sat, 12 Aug 2023

PRN: Afdlin Shauki Pilih Altimet Teraju Kawasan Lembah Jaya

Wah, agak-agak siapa yang menang PRN malam ni??

Hiburan Mon, 15 Jan 2024
Trending Fri, 14 Jan 2022

“Bukan Kontroversi Jadi Ukuran” – Penerbit & Pengarah Muda Selesa Jalin Kerjasama Dengan Alicia Amin

Biarpun pernah terpalit dengan beberapa kontroversi, nama pelakon Alicia Amin semakin mendapat perhatian ramai. Walaupun bersikap lantang dan terbuka, Alicia tetap disenangi ramai kerana sikapnya yang mudah didekati dan komitmen kerja yang diberikan. Penerbit dan […]

Trending Wed, 19 Aug 2020

Guru Dan Murid Positif Covid-19, KKM Arah Sekolah Ditutup

Covid-19 masih aktif. Terus patuhi SOP!

error: Content is protected !!