Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 19, 2020 @ 11:14am

Guru Dan Murid Positif Covid-19, KKM Arah Sekolah Ditutup

Ekoran guru dan murid sekolah dilaporkan positif Covid-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengarahkan penutupan sekolah di Kulim, Kedah yang dikaitkan dengan kluster Tawar.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pihaknya juga sudah menjalankan aktiviti nyah cemar dan sanitasi di sekolah berkenaan.

” Kita sudah menutup sekolah berkenaan dan menjalankan saringan Covid-19 ke atas semua pelajar di sekolah terbabit. Kami sudah mengambil segala pendekatan untuk membendung wabak ini

” Saya harap seminggu atau dua minggu kita berjaya membendung penularan di kawasan berkenaan” Katanya.

Berdasarkan infografik yang dikeluarkan KKM pada Selasa, terdapat empat kes baharu di Kulim, Kedah yang membabitkan seorang guru dan tiga murid (Kes 9,204 hingga 9,207) dan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun (Kes 9,163) dijangkiti Covid-19 dan kes 9,163 adalah ahli keluarga kepada kes indeks (Kes 9,113).

Kluster Tawar yang kini telah memasuki generasi ketiga sebelum ini dikaitkan dengan upacara pengebumian yang diadakan pada 31 Julai dan 1 Ogos lalu.

Dan seramai 47 individu dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 iaitu 40 kes dikesan di Kedah manakala tujuh kes lagi di Pulau Pinang.

Sumber : Facebook KKM, Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 30 Mar 2021

“Saya Takkan Berhenti Menyanyi” – Kenal Siapa Kawan & Lawan, Nabila Razali Mengaku Sedih Dikritik Rakan Selebriti

Penyanyi Nabila Razali mengakui sedih apabila dikritik oleh rakan artis rentetan peristiwa terkucil di pentas Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35). Menurut Nabila, insiden terbabit banyak mengajar dirinya untuk memperbaiki diri dan mengenali orang sekeliling. “Saya […]

Events Wed, 26 Feb 2025
Featured Tue, 11 Oct 2022

Azhan Rani Dedah Pernah Alami Nasib Sama Seperti Wafariena – “Siapa Nak Tanggungjawab?”

Hmm siapa tak sayang nyawa kan? Semoga perkara ini ada jalan penyelesaiannya

Hiburan Tue, 29 Jul 2025

“Bukan Beli, Adik Ipar Banyak Buat Pembangunan” – Uqasha Bangga Nelydia Senrose Jadi Datin

Uqasha Senrose perjelas adik ipar ada darah kerabat Terengganu

Featured Thu, 6 Oct 2022

Pelbagai Program Baharu Bakal Dilancarkan, Molek FM Lebar Sayap Ke Kuantan!

Molek FM ada di Kuantan doh! Gu Pantai Timur! Boleh dengar menerusi frekuensi 100.4 FM 🤩🤩

error: Content is protected !!