Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 29, 2025 @ 12:50pm

“Bukan Beli, Adik Ipar Banyak Buat Pembangunan” – Uqasha Bangga Nelydia Senrose Jadi Datin

Pelakon, Uqasha Senrose tampil menjawab spekulasi segelintir netizen yang mendakwa gelaran Datuk diterima adik iparnya, Hafez Halimi adalah dibeli.

Ketika ditemui media, Uqasha atau nama lengkapnya, Nik Zaris Nik Sen, 33, menjelaskan suami kepada aktres, Nelydia Senrose itu banyak berjasa kepada masyarakat dari segi pembangunan perumahan.

Dalam masa sama juga, isteri kepada aktor, Kamal Adli ini turut berkata Hafez juga mempunyai darah kerabat Terengganu.

“Pihak yang dapat Datuk itu suami dia, jadi secara tak langsung Nelydia terus ada gelaran Datin.

“Saya ada banyak terbaca netizen dakwa gelaran itu ‘dibeli’ tapi apa yang saya boleh cakap sekarang suami dia adalah seorang usahawan dan memang ada pertalian darah dengan kerabat dari Terengganu.

“Dia juga banyak membuat pembangunan dan perumahan dan mungkin sebab itu Sultan Pahang beri penganugerahan itu,” katanya ketika ditemui di malam gala dan sidang media filem Munajjim: Sekutu Iblis pada Isnin.

Sementara itu, Nelydia mengakui berasa bangga Nelydia kini bergelar Datin.

Sabtu lalu, Nelydia berkongsi berita gembira apabila Hafez dianugerahkan darjah kebesaran dengan membawa gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan Ke-66 Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz di Kuantan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @nelydiasenrose

Dalam perkembangan lain, Uqasha kini tampil dalam filem seram terbaru, Munajjim: Sekutu Iblis membawa penonton menelusuri sebuah keluarga yang sangat mempercayai bomoh dalam amalan hidup mereka.

Selain Uqasha, filem ini turut dibintangi Farid Kamil, Che Puan Juliana Evans, Mustaqim Bahadon Sherrie Merlis serta Daniel Aqil.

Munajjim: Sekutu Iblis dengan kerjasama syarikat gergasi TGV edaran antarabangsa oleh D’Ayu Pictures melalui sokongan promosi Empire SoluEons bakal menemui penonton dan menggegarkan pawagam seluruh negara pada Khamis, 31 Julai 2025 ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 28 Apr 2020
Featured Fri, 20 Jan 2023
Featured Fri, 2 Dec 2022
Hiburan Wed, 2 May 2018

10 Tahun Tunggu, Akhirnya Ruffedge…

Konsert ini sebagai hadiah kepada peminat yang sentiasa berdoa untuk melihat kami kembali bergabung di pentas.

Sponsored Mon, 7 Aug 2023

Meriahkan TikTok Awards MY 2023 Dengan Pilihan panda pick Yang Hanya Ada di foodpanda!

Psst..korang tahu tak, buat julung kalinya, TikTok akan mengadakan TikTok Awards MY 2023 di Kuala Lumpur, Malaysia setelah melakar fenomena di Vietnam, Indonesia, Filipina, Thailand, Jepun dan Brazil! Yang lagi tak sabar, TikTok Awards MY […]

Featured Sun, 6 Nov 2022
Hiburan Fri, 14 Apr 2023

Tanda Penghormatan Karya Malaysia, Charly Setia Band Tampil Dengan Single Bukan Ku Tak Sudi

Best jugak lagu legend Bukan Ku Tak Sudi version charly ni!

Hiburan Tue, 21 Nov 2023

“Saya Akan Nyanyi Lagu Baru Yang Belum Dirilis” – Bunga Bersedia Membuka Tirai Konsert Coldplay Esok!

Wahh, Bunga pun dah ready nak perform opening esok dekat konsert Coldplay!

error: Content is protected !!