Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi November 6, 2022 @ 3:22pm

Ustaz Kazim Dedah Punca Tarik Diri Di Parlimen Larut – “Ia Amanat Arwah Ibu”

Pendakwah bebas, Datuk Mohammad Kazim Elias memohon maaf kepada pengundi di Parlimen Larut kerana membatalkan hasrat bertanding di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Memetik laporan Berita Harian, Mohammad Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim memberitahu dia tidak mahu bertanding di kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) yang turut meletakkan adik-beradiknya sebagai calon susulan abangnya, Datuk Mohd Najmuddin Elias bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kurau mewakili Perikatan Nasional (PN-Bersatu).

“Saya berpegang kepada prinsip tidak bertanding dalam bidang politik jika digandingkan bersama ahli keluarga, selain ia juga amanat arwah ibu,” katanya.

Menurut Kazim lagi, pada mulanya dia tidak mengetahui bahawa Najmuddin akan bertanding untuk mewakili parti lain ketika dia mengambil keputusan untuk menandatangani watikah sebagai calon BN Parlimen Larut.

“Selepas beberapa rundingan dan perbincangan dengan keluarga, saya ambil keputusan untuk tandatangan watikah sebagai wakil BN tetapi abang saya pun tandatangan satu lagi watikah parti lain tanpa kami ketahui.

“Saya hormati dia dan beri laluan kepadanya,” jelasnya.

Memetik laporan Utusan Malaysia pula, Ustaz Kazim memohon maaf kepada pengundi di parlimen Larut atas penarikan dirinya sebagai calon malah bertekad akan sentiasa turun ke Larut sebagai pendakwah.

“Pengundi-pengundi di Larut, saya minta maaf. Walaupun (bukan sebagai calon), saya berjanji turun ke Larut sebagai pendakwah. Saya akan bantu apa yang boleh untuk sahabat dan saudara-mara saya di Larut, Kubu Gajah, Selama dan Batu Kurau. Insya-Allah, Larut dan seluruh kawasannya tetap di hati saya,” ujarnya.

Ustaz Kazim sebelum ini dinamakan calon Barisan Nasional (BN) untuk mewakili parti itu di Parlimen Larut pada PRU15 menentang calon Perikatan Nasional (PN) yang juga penyandang kerusi, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Bagaimanapun, tidak sampai 24 jam selepas pengumuman dibuat Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada satu majlis di Kuala Lumpur, Ustaz Kazim memaklumkan menarik diri.

Sumber: Berita Harian Utusan Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 19 Aug 2019

Kes kehilangan Nora mengimbau kembali kes-kes jenayah lampau

Walaupun tiada persamaan di dalam kes-kes tersebut, akan tetapi ia telah memotivasi seorang Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, saudara Ikhwan untuk berkongsi kes-kes jenayah yang telah mendapat liputan media yang menyeluruh yang […]

Hiburan Tue, 23 Jan 2018

Haqiem Rusli Menangis Depan Peminat

Penyanyi ini dikatakan menangis sewaktu mendendangkan salah sebuah lagu dari albumnya di majlis showcase baru-baru ini

Hiburan Fri, 20 Aug 2021

Selepas Lagu Cinta Kita 2, Ahmad Adly Tampil Dengan Nota Hasratku

Finalis program Lagu Cinta Kita 2 (LCK2), Ahmad Adly kini tampil dengan single terbaru berjudul Nota Hasratku. Mengorak langkah tampil dengan lagu ciptaannya sendiri bersama komposer Nuriman, Adly mengakui LCK2 memperkenalkan namanya kepada peminat seni […]

Hiburan Sun, 14 Sep 2025
Trending Mon, 16 Aug 2021
Hiburan Sat, 9 Dec 2023
Featured Wed, 11 Mar 2026

“Disebabkan Saya Bersama Pal*st*n Semuanya Telah Disekat”- Nonny Nadirah

Pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah menyorot perhatian ramai selepas memuat naik sepotong video pendek di platform TikTok miliknya yang memaparkan luahan mengenai situasi kehidupanya kini.

Featured Mon, 15 Mar 2021
error: Content is protected !!