Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 8, 2022 @ 4:10pm

Banyak Menang Anugerah, Aina Abdul Didakwa Semakin Demand? – “Kalau Lagu Tu Tinggi, Takkan Nak..”

Penyanyi terkenal, Aina Abdul menepis dakwaan mengenai dirinya yang dikatakan mengenakan bayaran tinggi.

Umum mengetahui, pelantun lagu Sumpah itu banyak meraih kejayaan semenjak akhir-akhir ini dan perkara terbabit menjadikan segelintir pihak mendakwa Aina bersikap ‘demand’.

Menurut Aina, segalanya perkara berkaitan bisnes diserahkan kepada pengurus dan Aina percaya jumlah bayaran yang ditetapkan adalah setanding dengan hasil kerjaya sebagai seorang penggiat seni.

“Saya tak tahu bayaran artis lain, jadi saya tak tahu nak cakap bayaran saya berapa sebab saya pun tak tahu.

“Saya tak pandai bercakap bisnes, yang deal semua manager saya. Dia meletakkan jumlah tertentu untuk saya, mungkin sebab dia tahu saya sepenuhnya.

“Dia tahu apa yang saya kena buat, lagu seperti mana saya perlu menyanyi, jadi kalau nak kata mahal, saya tak nak kata mahal.

“I would say harga yang ditetapkan oleh manager saya adalah harga yang bersesuaian dengan apa yang saya perlu lakukan untuk event tu,” ujarnya semasa ditemubual oleh Melodi TV3 Ahad lalu.

Menurut pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu 36 itu, Aina menjelaskan bayaran tersebut juga perlu diberi kepada pasukannya yang merangkumi jurusolek, penata pakaian, penata bunyi dan semua yang terlibat.

“Kita tengok dengan kerja kita, kalau lagu tu tinggi sangat, takkan nak minta bayaran murah.

“Sebab saya juga perlu bersiap. Setiap kali event saya akan bawa satu team yang besar jadi saya bukan nak bayar untuk diri saya saja, saya nak bayar semua orang.

“Saya nak semua happy bukan sebab bayaran tapi sebab bekerja dengan seorang Aina Abdul,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 21 Jul 2022
Hiburan Thu, 19 Jun 2025

Penyanyi Dangdut Popular, Zaleha Hamid Meninggal Dunia

Salam takziah diucapkan buat seluruh seisinya.

Trending Fri, 31 Dec 2021

“Saya Terima Segala Kecaman, Tapi..” – Ganti Noraniza Idris Nyanyi Lagu Intan Payung, Amsyar Leee Dikritik Netizen

Teka-teki pengganti penyanyi Noraniza Idris untuk menyampaikan lagu Intan Payung bersama Bunga di persaingan Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36) akhirnya terjawab. Penyanyi baharu, Amsyar Leee dipilih untuk menggantikan Ratu Pop Tradisional yang kini sedang […]

Featured Fri, 10 Apr 2020
Hiburan Fri, 24 Oct 2025

JAIP Sahkan Kamal Adli, Uqasha Senrose Bernikah 4 November 2021 Mengikut Hukum Syarak

Bapa pengantin perempuan telah mewakilkan (wakalah wali) kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan

error: Content is protected !!