Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin June 19, 2025 @ 10:53pm

Penyanyi Dangdut Popular, Zaleha Hamid Meninggal Dunia

Penyanyi dangdut era 1980-an, Zaleha Hamid, 65, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu, pada jam 8.30 malam tadi.

Berita pemergian penyanyi lagu Dangdut Reggae itu disahkan suaminya, Ungku Sulaiman Ungku Aziz.

Katanya, Allahyarham sudah seminggu berada di hospital akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

“Arwah sudah seminggu dimasukkan ke hospital. Awal pagi, keadaan arwah masih okay, tetapi mula mengalami sesak nafas pada sebelah petang.

“Keadaannya mula nazak dan arwah menghembuskan nafas terakhir malam ini.

“Saya sempat mengajar arwah mengucap,” katanya.

Ungku Sulaiman bagaimanapun belum dapat memastikan di mana jenazah akan dikebumikan.

Jenazah masih dalam proses urusan di unit forensik hospital berkenaan.

“Kami belum putuskan sama ada nak bawa pulang jenazah ke kediaman kami atau ibu saya,” tambahnya.

Awal bulan ini, Ungku Sulaiman memberitahu keadaan arwah kembali terjejas berikutan kandungan kalsium berlebihan dalam otak sehingga mengalami kekejangan.

Keadaannya kembali seperti mana kali pertama mengalami serangan angin ahmar pada 2019.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 27 Dec 2019

陈慧恬自爆好事近!笑言「确定了一定会通知」

首要媒体2020年新春活动《鼠来宝 笑笑力量大》首个任务就派出了两位「微笑大使」Rickman谢承伟和Orange陈慧恬化身一日店长,散播正能量。

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

Akibat Terlalu Emosi, Aaron Aziz Mohon Maaf…

Arron juga meminta agar pihak yang sudah membuat sumbangan kepada akaun berkenaan membuat laporan polis secepat mungkin.

Hiburan Tue, 24 Sep 2019

Hael Husaini Jadi Pengganti?

Apakah kesudahannya?

Hiburan Tue, 11 Sep 2018

‘ Izinkan Mak Dapat Bertemu Abah Di Pintu Syurga Mu…’, Ibu Ellie Suriaty Meninggal Dunia

Sebelum ini, arwah yang berusia 76 tahun disahkan lumpuh separuh badan sejak hujung tahun lalu. Sejak itu, arwah hilang upaya makan, bercakap dan berjalan.

Trending Wed, 3 Feb 2021

Todak Music Jalin Kerjasama Dengan Warner Music Malaysia

Todak Music dan Warner Music Malaysia melakar dua sejarah penting baru-baru ini. Kejayaan pertama dilakar menerusi penganjuran majlis menandatangani memorandum persefahaman secara atas talian atau virtual/maya yang mengetengahkan format hibrid baharu. Penganjuran majlis menandatangani memorandum […]

Hiburan Wed, 14 Nov 2018

‘Menyanyi Boleh Tapi Dengan Syarat’, Ali XPDC Ingat Pesan Ustaz

Doakan saya terus istiqamah dalam perjalanan ini. Yang penting, jangan sesekali megadili orang lain. Insya Allah…

Featured Mon, 3 Jan 2022

Emily In Paris Gambarkan Rakyat Mereka Suka Mencuri, Kementerian Ukraine Buat Aduan

Drama bersiri Emily In Paris yang telah memasuki musim kedua mula ditayangkan pada pertengahan Disember lalu. Dalam musim terbaru siri terbabit, jalan ceritanya menampilkan karakter bernama Petra yang berasal dari Kyiv, Ukraine dan wanita itu […]

Hiburan Fri, 20 Jun 2025
error: Content is protected !!