Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 31, 2021 @ 11:04pm

“Saya Terima Segala Kecaman, Tapi..” – Ganti Noraniza Idris Nyanyi Lagu Intan Payung, Amsyar Leee Dikritik Netizen

Teka-teki pengganti penyanyi Noraniza Idris untuk menyampaikan lagu Intan Payung bersama Bunga di persaingan Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36) akhirnya terjawab.

Penyanyi baharu, Amsyar Leee dipilih untuk menggantikan Ratu Pop Tradisional yang kini sedang mengerjakan ibadah umrah.

Mengakui gementar menggantikan Noraniza, Amsyar mencuba sehabis baik untuk menyampaikan lagu Intan Payung.

“Saya dapat tahu saya kena gantikan Kak Ani dua minggu lalu. Pada awalnya saya rasa sangat takut nak ganti Kak Ani, saya dah beritahu pihak label, Warner Music yang saya rasa sangat gementar, mungkin saya tak dapat buat yang terbaik.

“Tapi Alhamdulillah, saya rasa berpuas hati dengan persembahan saya biarpun ada kesalahan-kesalahan yang dilakukan pada persembahan sebentar tadi. Saya pun mahu kekalkan rasa enjoy atas pentas sebab saya tak mahu stress. Jadi saya enjoy dan banyak tersenyum,” katanya.

Menerima kecaman netizen yang mengkritik persembahannya, Amsyar ingin terus optimis dan enggan memandang perkara negatif.

“Saya terima segala kecaman terhadap saya, tapi saya tak ambil serius dengan perkara terbabit kerana sebelum ini saya pernah kena lebih teruk lagi.

“Sebenarnya, lagi banyak perkara positif yang datang, jadi saya tak harus memandang kepada yang negatif sahaja. Perkara yang positif lebih banyak dan saya sangat terharu dengan semua yang memberi sokongan kepada saya,” katanya.

Persaingan 18 lagu di SFMM36 berlangsung sebentar tadi dan baki 12 lagu akan bertanding esok, 1 Januari 2022.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sissy Imann, 12 lagu akan mara ke pentas Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Sat, 22 Oct 2022

Gelagat Jebat Jayden Berzikir Celah Helmet Curi Perhatian, Netizen Doakan Jadi Anak Soleh

Gelagat Jebat Jayden Berzikir Celah Helmet Curi Perhatian, Netizen Doakan Jadi Anak Soleh Aksi anak kepada aktor Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Jayden yang sedang berzikir mencuri tumpuan warganet. @noornabila00 Celah helmet pun boleh […]

Hiburan Wed, 21 Jan 2026
Featured Thu, 11 Nov 2021

“Tak Tahulah Pula Ada Sampai Termuntah Darah…” – Terima Pujian & Kritikan, Kekasih Hati Mr Bodyguard Akan Ada Sambungan?

Drama bersiri popular Kekasih Hati Mr Bodyguard lakonan Redza Rosli dan Sharifah Rose yang telah berakhir pada minggu lalu mendapat sambutan hangat orang ramai. Namun, terdapat ramai juga netizen yang memberikan komen negatif berhubung drama […]

Featured Thu, 16 Jan 2025

Ameera Khan, Jefri Nichol Hangat Bercinta, Netizen ‘Bitter’ Tinggal Komen Sarkastik – “Touch And Go Je lah”

rata-rata dalam kalangan netizen memberikan pelbagai respons terhadap hantaran mesra pasangan itu.

error: Content is protected !!