Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 21, 2026 @ 10:14am

Noh Salleh Selesai Jalani Pembedahan Tulang Belakang, Berisiko Jejaskan ‘Vocal Cords’ – “Sakit Sampai Ganggu Nak Dukung Anak”

Penyanyi, Noh Salleh, berdepan detik mencemaskan apabila terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang yang berisiko tinggi, bukan sahaja terhadap kesihatannya malah terhadap sumber rezeki utamanya sebagai penyanyi.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Noh mendedahkan dia selamat menjalani pembedahan pada Isnin lalu di Hospital Canselor Tuanku Muhriz selepas mengalami masalah tulang belakang pada bahagian tengkuk C6 dan C7.

Pemilik nama lengkap, Mohammad Noh Salleh, ini berkata, masalah tersebut menyebabkan nerve impingement hingga mengakibatkan tangan kebas serta sakit belakang kronik yang semakin serius sehingga menjejaskan aktiviti harian, termasuk mengangkat anaknya, Tara.

“Selesai pembedahan semalam (19 haribulan). Masalah tulang belakang bahagian tengkuk C6 dan C7 yang menyebabkan nerve impingement, tangan kebas dan sakit belakang kronik sampai ganggu nak angkat baby Tara,” katanya.

Namun apa yang lebih merisaukan penyanyi berusia 41 tahun itu adalah lokasi pembedahan yang dilakukan terlalu hampir dengan vocal cords, iaitu organ paling penting dalam kerjayanya sebagai anak seni.

“Yang buat tak best adalah lokasi pembedahan betul-betul di belakang vocal cords aku. Risiko besar pada organ yang jadi punca rezeki aku. Tapi Allah jaga. Alhamdulillah,” luahnya jujur.

Dalam pada itu, Noh yang juga vokalis bagi kumpulan Hujan ini turut memohon doa daripada rakan-rakan serta peminat agar proses pemulihannya dipermudahkan dan kembali pulih sepenuhnya dalam tempoh terdekat.

“Mohon kawan-kawan doakan semua agar proses sembuh dipermudahkan dan kembali normal secepat mungkin,” katanya.

Mengakui tidak dapat lari daripada perasaan bimbang, Noh berkata dia tetap berdepan tekanan kerana masih mempunyai komitmen persembahan yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini.

“Risau? Ya. Sebab ada show Sabtu ni,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai rakan selebriti terkejut dengan pendedahan tersebut, sekali gus menzahirkan kata-kata doa agar Noh segera sembuh seperti sedia kala

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 11 Dec 2020
Trending Wed, 8 Jun 2022

Isu Duit RM15,000 Kena Songlap, PA Fify Azmi Tampil Beri Penjelasan – “Dia Tak Tahu Buat Invois…”

PA Fify jelaskan perkara sebenar tentang dakwaan bawa lari duit RM15,000.

Featured Fri, 13 Mar 2026

Syatilla Melvin Kongsi Pengalaman Ibu Bertemu ‘Mimpi Paling Indah’ – “Pokok-Pokok Seolah Bersujud”

Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin berkongsi kisah menyentuh hati mengenai pengalaman mimpi yang dilalui ibunya sekali gus disifatkan sebagai antara kenangan paling indah pernah diceritakan susuk itu dalam keluarga mereka.

Hiburan Sat, 31 May 2025

“Tiada Rahsia Antara Kami” – Ikmal Amry Tak Halang Isteri Periksa Telefon 

Ikmal Amry dah amalkan sikap terbuka dan jujur dengan isteri sejak awal bercinta

Trending Tue, 31 Dec 2019
error: Content is protected !!