Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari October 25, 2022 @ 10:39pm

[VIDEO] Posing ‘Manja’ Di TikTok, Kapsyen Zara Zya Curi Tumpuan Netizen – “Syarat Nak Jadi BF Kena…”

Baru-baru ini, pelakon Zara Zya memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya sedang melakukan ‘trend’ di TikTok.

Namun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah kapsyen yang ditulis Zara Zya yang meletakkan syarat jika sesiapa ingin menjadi kekasihnya.

“Syarat BF, rajin record video,” tulisnya di ruangan kapsyen video.

@zarazyaofficial Syarat bf, rajin record video 😊 #ZaraZyaOfficial ♬ suara asli – Mix Syakur Comedy

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecantikan Zara Zya dan memiliki senyuman yang manis.

Dalam pada itu, sempat lagi segelintir warganet cuba menjodohkan Zara Zya dengan usahawan kosmetik, Alha Alfa.

Tidak kurang juga yang tertanya-tanya siapa bakal menjadi jodoh pelakon jelita itu.

Terdahulu, pelakon Risik Pada Hati itu pernah menjalinkan ikatan pertunangan dengan pelakon Hafreez Adam namun terputus ditengah jalan.

Selepas itu, Zara juga pernah terpalit dengan kontroversi yang dikatakan hangat bercinta bersama pelawak dan usahawan, Shuib.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 4 Dec 2018

Cara Membuat Foto 360 Darjah Pada Semua Androids

foto-foto ini boleh dikongsi di pelbagai media sosial, terutama Facebook, yang sememangnya menyokong foto 360 darjah

Featured Thu, 25 May 2023
Featured Sun, 20 Feb 2022
Hiburan Tue, 9 Jul 2019
Featured Wed, 21 Dec 2022

Berat Badan Sukar Turun Lepas Bersalin, Ernie Zakri Menangis Depan Syamel

Sebab tu sokongan suami dan orang sekeliling tu penting!

error: Content is protected !!