Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 31, 2025 @ 2:21am

“Tiada Rahsia Antara Kami” – Ikmal Amry Tak Halang Isteri Periksa Telefon 

Pelakon popular, Ikmal Amry mengakui tidak pernah menghalang isterinya, Najla Samshul untuk memeriksa telefon pintar atau akaun media sosialnya pada bila-bila masa, demi memastikan keharmonian rumah tangga terus terpelihara.

Mengamalkan prinsip keterbukaan sejak dari awal perkenalan, Ikmal, 31, atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali berkata, sikap saling mempercayai menjadi tunjang utama dalam perkahwinan mereka.

“Secara jujur, saya berpegang pada satu perkara, beri sahaja apa yang isteri mahu. Kalau dia nak tengok telefon, WhatsApp, e-mel, saya beri saja. Tiada apa perlu disorokkan.

“Bila kita jujur dan tak beri ruang untuk dia fikir bukan-bukan, automatik kepercayaan itu wujud dan rumah tangga pun jadi lebih harmoni,” katanya.

Ikmal berkata demikian ketika ditemui pada malam gala dan tayangan perdana filem Gantung: Musketeer Code pada Rabu.

Mengulas lebih lanjut, Ikmal menegaskan dia sudah mengamalkan prinsip terbuka itu sejak zaman bercinta lagi.

“Dari awal bercinta pun, saya benarkan dia tengok telefon saya. Kalau kita takut orang periksa telefon, maksudnya mungkin ada yang cuba disembunyikan,” ujarnya.

Dalam pada itu, bintang filem Gantung: Musketeer Code itu turut meluahkan rasa syukur apabila isterinya memahami dan mempercayai dirinya walaupun kerjayanya menuntut banyak interaksi bersama pelbagai pihak.

“Kita sebagai pelakon memang berurusan dengan ramai orang, termasuk menerusi mesej peribadi (DM). Ada juga yang cuba mengacau, tapi saya biar isteri tahu semuanya. Yang penting, dia tahu saya tak layan,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Ikmal tidak menafikan rasa cemburu dan curiga pernah wujud dalam perkahwinan mereka, terutama pada awal perkahwinan.

“Biasalah… Dia kahwin dengan pelakon. Perasaan was-was dan cemburu itu pasti ada. Tapi lama-kelamaan, bila dah kenal saya, semua itu hilang,” katanya.

Sekadar info, Ikmal dan Najla mendirikan rumah tangga pada 19 Disember 2020 dan dikurniakan dua cahaya mata Cailie, 4, dan Gibran, 2 tahun.

Sementara itu, filem Gantung: Musketeer Code yang turut dibintangi Ben Amir, Hafreez Adam, Shazia Rozaini, Taufiq Hanafi, Nelissa Nizam dan Bront Palarae bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 5 Jun ini.

Filem itu mengisahkan empat sahabat baik yang dituduh menjadi punca kematian seorang pelajar perempuan yang menggantung diri di auditorium sekolah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 17 Aug 2019

相隔10年李幸倪再推华语专辑!生日愿望:想拿金曲奖

相隔10年Gin李幸倪再推华语专辑《浮世绘》日前特返马出席宣传活动,并直呼今年的生日愿望是有机会夺得明年的《金曲奖》。

Featured Fri, 27 Jan 2023
Trending Wed, 23 Oct 2019

Lagu Terbaru Selena Gomez Sindir Justin Bieber?

Selena Gomez akhirnya ‘move on’?

Featured Fri, 2 Dec 2022

Netizen Kata Lelaki Meroyan Is Real! Adam Shahz Dedah Sudah Hilang Sabar, Dakwa Fatin Afeefa Menipu

Isu rumah tangga diantara pelakon Adam Shahz dan Fatin Afeefa nampaknya masih tidak menemui titik noktah apabila baru-baru ini Adam mendedahkan dia sudah hilang sabar dan tegas dalam mempertahankan haknya. Menurut Adam Shahz, dia tidak […]

Trending Mon, 11 Jan 2021

“Masing-Masing Ada Cara Sendiri” – Aina Abdul Komen Isu Dibandingkan Dengan Ernie Zakri

Siapa kat sini tak sabar nak tunggu performance Ernie dan Aina di AJL 35 nanti?

Featured Tue, 2 Mar 2021

Pergerakan Rentas Daerah Kecuali Di Sabah Dibenarkan Mulai…

Dalam sidang media Majlis Keselamtan Negeri hari ini, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan pergerakan rentas daerah  dibenarkan mulai 5 Mac ini kecuali di Sabah. Manakala bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di 4 […]

Hiburan Mon, 17 Jun 2019

Nabila Huda Bengang Disindir Ibu Tiri?

Nabila turut mendakwa wanita tersebut adalah punca dia berjauhan dengan bapanya selama ini.

error: Content is protected !!