Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin March 17, 2021 @ 12:42pm

“Pergi Berguru Sampai Khatam, Kalau Tak Bersedia Jangan Cuba-Cuba…” Hattan Tampil Beri Komen ‘Pedas’ Kepada…

Masih belum habis kontroversi melibatkan persembahan artis pada Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35) apabila penyanyi, Datuk Hattan tampil meminta penerbit AJL agar mengambil serius terhadap kualiti dan kredibiliti pertandingan tersebut memandangkan ianya turut ditonton oleh  negara luar seperti Indonesia.

 

Memetik laporan Harian Metro, Datuk Hattan mengambil serius hal ini memandangkan AJL bukanlah pentas untuk bermain kerana maruah industri seni kita terletak pada tangan barisan finalis yang dipilih.

 

“AJL bukan pentas untuk main-main kerana maruah industri seni kita terletak pada tangan barisan finalis dipilih, meski kita sudah jauh ditinggalkan oleh negara jiran.
“Cuba fikir dan hadamkan betul-betul. Kalau tak bersedia, jangan cuba-cuba. Lihat saja Indonesian Idol dan The Voice, mereka melahirkan bakat yang berkualiti tinggi,”

 

“Pergi berguru, sampai khatam…”

Sumber : Instagram @nabila.razali

Penyanyi yang popular menerusi lagu Memburu Rindu ini juga menasihatkan mana-mana peserta pertandingan terutamanya peserta yang bertanding di pentas berprestij ini bersikap terbuka dan mengakui kelemahan mereka.

“Rakaman studio dan persembahan ‘live’ adalah dua perkara berbeza. Kita ada guru-guru vokal yang hebat seperti Datuk Syafinaz, Cikgu Siti Hajar dan Cikgu Shafi, pergilah belajar.
“Pergi berguru sampai khatam dan selepas itu, baru betul- betul melangkah. Belajar vokal kena sekurang-kurangnya tiga tahun dan bukan tiga bulan.”

 

Tambahnya lagi, memandangkan sekarang ini semua orang pun boleh jadi penyanyi jadi adalah tanggungjawab penerbit dan syarikat rakaman mencari mereka yang berbakat untuk diketengahkan dan bukan hanya memandang artis ini pada pengaruh mereka di media sosial.

 

Beliau juga mengakui malu apabila nyanyian artis tersebut dinilai oleh Youtuber Indonesia.

 

“Ibaratnya kalau nak pergi berperang, kena buat persediaan betul-betul. Kena ada ilmu dan keberanian.
“Kalau perasaan takut datang mengganggu, carilah jalan untuk atasi. Jumpalah orang lama, dapatkan tip. Ini tidak, jumpa orang lama tak bertegur.
“Inilah beza buat single dengan album. Buat album, kita kena praktis sampai khatam barulah boleh masuk studio rakaman,” jelasnya.

 

Terdahulu, ramai yang mempertikaikan kualiti vokal Nabila Razali apabila beliau dilihat ‘tergelincir’ dibeberapa bahagian ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua ketika AJL35 berlangsung pada 14 Mac lalu sehingga menerima kritikan dari pelbagai pihak.

 

Malah, semalam sahaja viral pula mengenai perbandingan semasa beliau menyanyikan lagu tersebut ketika sesi rehearsal dan juga siaran langsung dijalankan.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Jan 2025
Featured Mon, 21 Mar 2022

Mengaku Bersalah Kongsi Video Aksi Dukung Dengan Siti Hariesa, Zul Ariffin Mohon Maaf

Pelakon utama dah minta maaf, semoga isu sensitif seperti ini dapat menjadi pengajaran buat semua

Featured Wed, 20 Mar 2024

“Ya Allah, Berikan Takdir Dan Nasib Terbaik Untuk Anak-Anakku” – Abby Abadi

Begitulah seorang ibu, sakit mana pun hatinya bab anak mesti nak yang terbaik😥🤧

Featured Tue, 22 Nov 2022

Tak Sabar Menunggu, DSV Buntu Siapa Perdana Menteri Baharu – “Lama-Lama Dah Keras Macam…”

Usahawan kontroversi Datuk Seri Vida tular di media sosial kerana berang akan Pilihan Raya Umum 15 yang baru sahaja tamat pada 19 November 2022 yang lalu. Vida sudah tidak dapat menahan sabar menunggu siapa bakal […]

error: Content is protected !!