Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain June 2, 2022 @ 6:56pm

Didakwa Ada Aset Lebih RM21 Juta, Adi Putra Enggan Dipanggil Jutawan – “Saya Hanya Meminjam Daripada Allah”

Pelakon Datuk Adi Putra tidak mahu dipanggil dengan gelaran jutawan selepas sebuah portal mendedahkan aset kekayaannya bernilai sebanyak AS$5 juta (RM21.9 juta).

Menurut Adi, jumlah kekayaan yang didedahkan itu tidak penting berbanding hala tuju dirinya sebagai hamba Allah.

“Angka itu diberikan orang dan boleh jadi lebih dan boleh jadi kurang. Namun, ia hanya angka dan apa yang lebih penting adalah hala tuju kita sebagai manusia dan hamba-Nya.

“Apa yang perlu kita lakukan dengan tanggapan ini adalah perspektif secara keseluruhan adalah lumrah. Kalau nak menjawab ya atau tidak, saya tidak boleh kerana saya hanya meminjam daripada-Nya saja.

“Saya hanya meminjam daripada Allah,” kata Adi.

Namun, Adi turut menjelaskan dirinya lebih selesa bergerak di belakang tabir seperti yang dipamerkan menerusi media sosialnya selama ini.

“Kalau boleh janganlah gelar saya jutawan. Saya lebih selesa bergerak di belakang tabir. Saya rasa semua dapat melihat sendiri di media sosial saya.

“Ada sesetengah pihak yang menunjukkan kemewahan mereka di laman sosial, itu hak mereka. Bagi saya, saya lebih suka di belakang sebab banyak lagi urusan yang harus saya ceburi. Lakonan masih ada dan kalau berhenti, mereka rindu,” jelasnya.

Kini, pelakon itu lebih aktif menguruskan agensi pelancongan umrah dan haji, Hadid Travel & Tours yang ditubuhkannya sejak 2013.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 28 Jan 2026

Mira Filzah Luah Hasrat Berlakon Filem Romcom – “Suka Sangat Filem Istanbul Aku Datang”

Mira Filzah meluahkan hasrat untuk membintangi filem bergenre romantik komedi (romcom)

Trending Tue, 13 Jul 2021
Featured Sat, 24 Aug 2024
Featured Thu, 12 Sep 2024
Hiburan Thu, 19 Jun 2025

Penyanyi Dangdut Popular, Zaleha Hamid Meninggal Dunia

Salam takziah diucapkan buat seluruh seisinya.

Trending Fri, 2 Jul 2021

Peserta Vokal Mania Zareef Sein Kini Tampil Dengan Single Cinta Syurgaku

Muhammad Zareef Hussein Anwar Hussein atau nama pentasnya Zareef Sein merupakan pendatang baru dalam dunia seni suara tanah air. Penyanyi yang berasal dari Kuala Lumpur ini mula mengasah bakat nyanyiannya seawal usia 13 tahun dan […]

Trending Tue, 30 Jan 2018

Isteri Punca Suami Jadi Anak Derhaka?

Isteri cemburu dengan ibu mertua atau ibu mertua cemburu dengan menantu bukanlah satu perkara yang pelik ketika ini.

Hiburan Thu, 13 Jul 2023
error: Content is protected !!