Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 24, 2024 @ 11:43am

Alami Sakit Perut, Bayi Sulung Marissa Dania Hakim Meninggal Dunia Ketika Dilahirkan 

Pempengaruh sensasi yang juga anak kepada pasangan pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu, Marissa Dania dikhabarkan kehilangan anak sulungnya ketika dilahirkan.

Menurut sumber Harian Metro, Marissa sedang hamil enam bulan dan dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut.

“Difahamkan pada hari kejadian Marissa dan suami (Aslam) pergi menghadiri sebuah acara pelancaran produk dan dibawa ke hospital selepas mengadu sakit perut.

“Bagaimanapun, bayi itu meninggal dunia ketika dilahirkan dalam keadaan pra matang,” katanya.

Menurut sumber lagi, berita mengenai kejadian itu hanya diketahui oleh Norman dan orang terdekat sahaja.

Difahamkan, bayi itu selamat dikebumikan pada keesokan harinya.

“Perkara ini diketahui oleh bapa Marissa dan orang terdekat sahaja,”‘katanya.

Dalam pada itu, menerusi hantaran di Instagram Story, Marissa memuat naik gambar makanan yang kebiasaannya disediakan untuk wanita yang sedang berpantang termasuklah gambar suaminya.

Terdahulu, Marissa enggan kekal mengunci mulut mengenai dakwaan yang mengatakan dirinya sedang berbadan dua seperti yang tular di media sosial.

Malah,  ketika ditemui media pada pelancaran produk kecantikan, dia bagaimanapun hanya meminta doa orang ramai agar segala dakwaan yang timbul dipermudahkan.

Terdahulu spekulasi mengenai kehamilan Marissa timbul selepas netizen ternampak ‘baby bump’ ketika dia meraikan ulang tahun adiknya pada 16 Julai lalu termasuklah beberapa video yang tular di platform TikToK.

ARTIKEL BERKAITAN:“Doakan Yang Baik-Baik” – Didakwa Berbadan Dua, Marissa Dania Kunci Mulut

ARTIKEL BERKAITAN:“Macam Ada Isi Je…” – Penampakan Baby Bump, Netizen Dakwa Marissa Dania Kini Hamil?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Yoo Jae Suk Becomes a Detective in New Show on Netflix

It seems like this will be another amazing show to follow. Lee Kwang Soo will be in it too!

Trending Thu, 8 Sep 2022
Featured Wed, 26 Feb 2020

Ibu paksa ustazah merangkak di depan murid diserang Bawang Rangers

Pemilik akaun Ajakati Ajakatin tutup akaun

Cahaya Mata Thu, 20 Jul 2023

Isteri Yonnyboi Selamat Melahirkan Cahaya Mata Pertama, Diberi Nama Panggilan Kairo

Alhamdulillah congrats Yonny & Nik Nazira! Sempat tengok Barbie lagi tu

Trending Wed, 6 Nov 2019

After 11 Years of Painting Her Footwear, A Black Ballerina Finally Gets A Pointe Shoes That Matches Her Skin

For over a decade, she has only hand-dyed her pointe shoes with foundation just so that they’re the same colour as her legs.

Featured Fri, 12 May 2023
Hiburan Thu, 16 Jan 2020

Ozlynn Pening Bila Johan Minta Tambah…?

Tambah apa pulak…ada apa-apa ke ni??

error: Content is protected !!