Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain November 6, 2023 @ 3:31pm

Adik Didakwa Pinjam Duit Kawan Untuk Bayar Sewa Rumah, Ini Respons Shila Amzah & Syahir – “Kami Memang Tak Ambil Tahu”

Pasangan adik-beradik Shila Amzah dan Syahir tampil memberikan respons berkenaan Syafiq yang menjaja kisah keluarganya untuk raih simpati ramai demi meminjam wang.

Terkedu dengan pendedahan bekas isteri adiknya, Nurul Anis Waheeda, Shila dan Syahir menyatakan mereka sudah tidak mahu ambil tahu tentang perbuatan adik lelakinya itu.

Menurut Syahir, sebagai adik dia berpendapat Syafiq sudah berada ditahap usia yang mampu menguruskan segala perihal kewangan serta bijak dalam membuat sebarang keputusan.

“Kami sebenarnya memang tak ambil tahu pun, apa-apa yang dia buat saya memang tak ambil tahu.

“Dia lelaki dan berada diperingkat umur yang dia boleh buat keputusan sendiri jadi itu adalah haknya. Apa pun kesan adalah kepada dirinya sendiri,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Shila dan Syahir ketika ditemui seusai program Famili Duo Musim Ketiga, malam tadi.

Dalam pada itu, Shila turut menyatakan dia lebih percayakan Syahir berbanding Syafiq untuk mengendalikan segala perihal keluarga dengan baik

“Apa-apa kemelut yang berlaku, tidak pernah saya melibatkan dia di dalam apa-apa keputusan penting untuk urusan keluarga walaupun dia anak lelaki sulung. Pada saya lebih baik Syahir,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Isteri Dedah Bukti Adik Shila Amzah ‘Menagih’ Pinjam Duit Rakan Lepas Keluar Dari Banglo – “Jangan Guna Nama Kakak Kau Nak Raih Simpati!”

Dalam perkembangan lain, Shila dan Syahir kini terlibat dalam program TV3 Famili Duo Musim Ketiga yang dikendalikan oleh Janna Nick dan Izzue Islam.

Selain Shila dan Syahir, program nyanyian itu juga turut disertai oleh Tom dan Fuad, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran, Adira dan Emma, Ryan dan Adam, Syaiful dan Sharif.

Orang ramai boleh menonton Famili Duo Musim Ketiga itu setiap hari Ahad, jam 9 malam, di TV3 dan secara strim menerusi platform Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Oct 2018

Afgan Sertai 99 Penyanyi Indonesia Untuk Konsert Amal Bantu Mangsa Palu

Meskipun sibuk dengan jadual padat, Afgan tidak lupa tanggungjawabnya sebagai penghibur terkenal bagi membantu mangsa tsunami di Palu, Sulawesi.

Hiburan Mon, 29 Aug 2022

“Era Itu Sudah Berlalu…” – Ayda Jebat Tak Mahu Babak Bersentuhan

Min pun setuju dengan Ayda tak perlu pun rasanya…

Hiburan Sat, 6 Apr 2019

’Ramai Orang Ingat Saya Melayu’- Neeta Kongsi Pengalaman Lucu Dimarah Tokey Kedai

Saya tidak menganggap hal ini sebagai satu masalah besar malah melihat ada kelebihannya tersendiri.

Featured Fri, 15 Apr 2022
Featured Thu, 12 Sep 2024
Hiburan Tue, 25 Dec 2018

Tiket ‘Laku Keras’, Konsert BLACKPINK Tambah Sehari Lagi

Jangan lepaskan peluang lagi tau! Jom dapatkan tiket segera di www.mccpiepro.com.

Hiburan Mon, 29 Oct 2018

Alami Pendarahan Otak, Seniwati Sharifah Aminah Sudah Sebulan Terlantar Di ICU

Sama- sama kita doakan agar seniwati Sharifah Aminah diberikan kesihatan yang baik seperti sedia-kala. Insya Allah…

error: Content is protected !!