Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 6, 2023 @ 11:02am

Bekas Isteri Dedah Bukti Adik Shila Amzah ‘Menagih’ Pinjam Duit Rakan Lepas Keluar Dari Banglo – “Jangan Guna Nama Kakak Kau Nak Raih Simpati!”

Adik lelaki penyanyi terkenal, Shila Amzah iaitu Amir Syafiq dikhabarkan kini dalam keadaan sesak dan seolah-olah ‘menagih’ meminjam wang dari rakan selepas keluar daripada kediaman Banglo di Hulu Langat bersama ibu dan adik-beradik.

Perkara tersebut didedahkan oleh bekas isterinya, Nurul Anis Waheeda menerusi tangkapan skrin di Instagram Story (IGs) memaparkan perbualan WhatsApp Syafiq bersama rakan mereka.

Berdasarkan perbualan tersebut, Syafiq menceritakan konflik berlaku antara dia dan Shila yang ‘bertegas’ mahu ‘menghalau’ mereka dari kediaaman tersebut.

Bukan itu sahaja, Syafiq juga menganggap perbuatan Shila itu sebagai satu perkara yang sangat kejam.

Namun begitu, bekas isterinya Anis menyelar tindakan Syafiq itu yang menggunakan nama kakaknya untuk meraih simpati.

“Apa ni bro? Sana sini masih nak meminjam ni… tolong la ada perasaan malu tu, tanya pada diri sendiri kenapa kau jadi macam ni.

“Kat sini point kau jadikan kakak kau pulak tempat kau meraih simpati minta tolong. Kau pergi cari kerja tetap yang boleh dapat gaji bulanan untuk kau.

“Pergi lah buat kerja halal, dapat gaji bagi mak sikit. Nafkah anak jangan lupa baru berkat. Hope orang-orang yang dia nak meminjam tu jangan terpedaya.

“Jangan cakap aku pemfitnah lagi,” tulisnya dalam foto berkenaan.

Shila Amzah

Sebelum ini, konflik keluarga Shila Amzah menjadi buah mulut ramai selepas adiknya, Syada Amzah mendedahkan mereka sekeluarga dihalau daripada kediaman Banglo itu seperti anjing.

Shila bagaimanapun menafikan dakwaan menghalau namun ingin memberi kediaman baharu yang lebih selesa buat ibunya, Fauziah Sarman.

Artikel Berkaitan: Bongkar Bukti Lebam Dipukul, Bekas Isteri Dakwa Adik Shila Amzah Palsukan Tanda Tangan Curi Duit ND Lala.. Kongsi Perbualan WhatsApp Dengan Fauziah Sarman

Artikel Berkaitan: Ubai MZ Dedah Derita Shila Amzah – “Tanggung Bekas Suami, Bekerja Di Awal Usia 10 Tahun, Tak Pernah Pegang Duit, Kad Bank & IC Sendiri Sehingga…”

Artikel Berkaitan: “Itu Hak Saya!” – Terpulang Pada Diri Nak Betulkan Keadaan, Adik Lelaki Shila Amzah Minta Bekas Isteri Berhenti Sebar Aib & Fitnah

Artikel Berkaitan: Nama Dipetik Isu Shila Amzah Mimpi Pelakon Wanita Ganggu Ubai, Ini Respons Sophia Albarakbah – “Hebat Netizen Kita…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 13 Mar 2025

“Mungkin Ada Perbuatan Saya Yang Jijik Atau Meluat” –  Rosyam Nor Syukur Watak Iman Cetus Pelbagai Reaksi Penonton

Rosyam Nor saran penonton tidak menilai drama Keluarga Itu berdasarkan klip pendek

Hiburan Fri, 22 Nov 2019
Hiburan Sun, 28 Jan 2018

Ciri Lelaki Yang Menjadi Idaman Nelydia Senrose

Tidak serik untuk bercinta lagi dengan artis atau sesiapa pun. Namun dia akan lebih berhati-hati.

Hiburan Tue, 16 Oct 2018

Gagal Gugur Tuduhan, Farid Kamil Dibicara Bermula 27 November

Jabatan Peguam Negara menolak representasi pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari, 37, untuk menggugurkan lima pertuduhan jenayah yang dihadapinya. Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Firdaous Mohamed Idris memaklumkan perkara itu semasa sebutan kes di hadapan […]

Featured Mon, 27 Feb 2023

“Tindakan Seorang Lelaki Yang Tidak Bermaruah” – Ceraikan Isteri Menggunakan Telefon, Ini Respons Puteri Sarah

‘Ambil anak dara orang cara baik, pulang pun cara baik’ – Puteri Sarah

error: Content is protected !!