Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 13, 2023 @ 5:09pm

Bongkar Bukti Lebam Dipukul, Bekas Isteri Dakwa Adik Shila Amzah Palsukan Tanda Tangan Curi Duit ND Lala.. Kongsi Perbualan WhatsApp Dengan Fauziah Sarman

Nama adik penyanyi Shila Amzah iaitu Amir Syafiq Hamzah hangat menjadi perbualan ramai di media sosial lebih-lebih lagi selepas bekas isterinya, Nurul Anis Waheeda mendedahkan Syafiq merupakan biawak hidup.

Perkara ini mula tercetus selepas berlaku konflik keluarga dalam kalangan Shila dan adik-beradiknya, sehingga keadaan menjadi lebih parah.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG) Reels, bekas adik ipar Shila Amzah ini memuat naik bukti-bukti badannya lebam, kaki patah gara-gara di pukul oleh Amir Syafiq.

Shila Amzah

Shila Amzah

Bukan itu sahaja, Anis turut memuat naik perbualan bersama bekas kekasih Amir Syafiq yang juga pernah dipukul ketika dia mempunyai masalah kewangan.

“Aku kena cekik, kena tumbuk, penampar.. Mengandung 8 bulan kena tendang dekat punggung sebab ajak solat sesama saja, tapi dia tak nak.

“Makan pakai kau, kerja aku semua untuk kau.. Tapi kau tak menjalankan tugas sebagai suami pun. Kau hanya biawak hidup. Tak ada duit meminta lepastu jual barang yang ada.

“Laptop abah kau jual dulu masa dengan aku, gelang kahwin aku yang beli sendiri pun kau gadaikan,” tulisnya.

Terkini, menerusi hantaran di IGs, Anis berkongsi perbualan WhatsApp bersama ibu mentua, Fauziah Sarman ketika meminta semula gelang yang telah digadaikan oleh Syafiq.

Tidak habis disitu, Anis turut membongkar Syafiq pernah mencuri wang bapanya, Datuk ND Lala dengan membuat tandangan palsu.

“Tak habis-habis eh nak tegakkan benang yang basah.. Ni bukti kau gadaikan aku hasil titik peluh aku. Dulu sebab bodoh ikutkan saja apa kehendak kau.

“Belum lagi aku buka cerita kau curi duit dalam akaun bapa kau siap tiru sign check minta tolong kawan.

“Masa ni aku terpaksa minta kat mak kau pasal gelang aku. Kau nak aku buktikan lagi yang kau kerja on off. Berbakul-bakul alasan tentang nafkah anak? Hutang aku? Nak pinjam duit dan kereta aku?.” katanya.

Shila Amzah

Bagaimanapun, Syafiq dalam satu siaran langsung di TikTok memilih untuk berdiam diri berkaitan isu rumah tangganya.

Sebelum ini, konflik keluarga Shila Amzah mula menjadi sebutan selepas adiknya, Syada Amzah memaklumkan dia dan ahli keluarga yang lain bakal di halau keluar rumah.

Susulan itu, Syafiq pula tampil bersuara dengan mengatakan Shila bersikap kurang ajar kepada ibunya, Fauziah Sarman.

Susulan itu, Shila menerusi siaran langsung di Instagram baru-baru ini tidak dapat menahan amarahnya dan terpaksa menggunakan kuasa veto untuk meneruskan penjualan rumah tersebut.

Ibunya, Fauziah Sarman bagaimanapun seakan memerli menantunya, pempengaruh Ubaidillah serta meluahkan rasa kesal terhdap Shila atas perbuatannya selama ini.

Artikel Berkaitan: Dah Guna Kuasa Veto, Shila Amzah Nafi Halau Keluarga… Dedah Tujuan Sebenar Mahu Jual Rumah – “Bila Ibu Bapa Cerai, Rumah Tu Banyak Kisah Silam Yang Kita Tak Nak Ingat”

Artikel Berkaitan: Fauziah Sarman Perli Ubai MZ? Anggap ‘Orang Luar’ Tumpang Kemewahan Anak – “Kita Tiada Beza, Awak Juga Cuci Kaki Masuk Rumah”

Artikel Berkaitan: “Emak Tak Reda Dengan Apa Yang Shila Buat, Stop Menipu!” – Terguris Kata-Kata Kesat, Fauziah Sarman ‘Tawar Hati’ Dengan Shila Amzah?

Artikel Berkaitan: Kesal Mak Di Maki Hamun & Ditolak, Amir Syafiq Ada Bukti Shila Amzah Kurang Ajar Pada Fauziah Sarman – “Kami Marah Bukan Sebab Isu Jual Rumah, Tapi…”

Artikel Berkaitan: Netizen Serang Adik Lelaki Isu Jual Rumah, Amir Syahir Mohon Jangan Tersalah ‘Adik Lelaki’ – “Ni Bawang Putih, Satu Lagi Bawang Merah”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 11 Mar 2019

大马荣誉头衔你知道几个?原来Dato和Datuk是有区别的!

许多人经常听到Dato和Datuk等的头衔,甚至有很多人还搞不懂,经常会将两者混淆;其实一点都不难分……

Hiburan Fri, 5 Apr 2019

Thalia Mentor Bengang Facebook Kena Godam

Erk, siapa punya kerja pulak ni?

Hiburan Wed, 24 May 2023
Hiburan Thu, 25 Jul 2019
Hiburan Sat, 6 Apr 2019

Nelydia Senrose Sah Bergelar Isteri Hafez

Pelakon Lafazkan Kalimah Cintamu ini menyifatkan suaminya seorang yang melengkapi dan menenangkan hati.

Featured Wed, 8 Jun 2022
Trending Fri, 7 Aug 2020