Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 21, 2024 @ 10:34am

Famili Duo 4: Pengunduran Yazmin Aziz Tak Berkait Dengan Masalah Disiplin, Tapi Lebih Kepada Komitmen Jadual Kerja

Penerbit Eksekutif Famili Duo 4 (FD4), Muhamad Sufian Che Isa menjelaskan pengunduran Yazmin Aziz yang merupakan sepupu kepada Didi Astillah dalam program terbabit adalah disebabkan komitmen kerja yang tidak dapat dielakkan.

Kira-kira dua minggu lalu, Yazmin mengundur diri daripada menyertai program realiti berkonsepkan kekeluargaan itu sebelum tempatnya digantikan oleh anggota kumpulan The Gadys, Thamiera Chan.

Menurut Sufian, penukaran peserta itu berlaku selepas produksi TV3 membuat sesi diskusi bersama Didi.

“Yazmin tak boleh untuk memberi komitmen sepanjang FD4 ini. Jadi, bila kita berbincang dari kedua belah pihak, saya lebih baik untuk menukar dan ini atas persetujuan Didi juga. Jadi, kami terpaksa menukar duo itu untuk kelancaran program.

“Sewaktu sidang media diadakan pada 13 Oktober lalu, perkara ini masih dalam perbincangan, jadi belum ada kata putus.

“Akhirnya kami terpaksa ambil keputusan ini kerana daripada pihak produksi juga ada beberapa perkara sudah dirancang seperti promosi untuk setiap gandingan.

“Atas persetujuan kedua belah pihak, kami rasa lebih baik begini. Perkara itu masih boleh diatasi dan diteruskan dengan konsert minggu pertama walaupun masa agak kurang untuk Didi membuat persiapan,” katanya.

Sufian ditemui XTRA selepas konsert minggu pertama FD4 di Studio TV3, Glenmarie di sini, semalam.

Tambah Sufian, pengunduran Yazmin tidak menyebabkan kerugian kepada produksi atau TV3, malah ia juga tidak berkait dengan masalah disiplin.

“Selepas pengunduran itu kita mencari pasangan baharu untuk Didi. Pasangan ini pula tidak boleh sebarangan, ia mestilah ada pertalian saudara dan sebagainya.

“Selepas kami berbincang, Didi mencadangkan Thamiera. Kemudian kami berbincang pula dengan Thamiera termasuk pihak pengurusannya sebelum masing-masing bersetuju.

“Tiada kerugian kepada pihak produksi dan pengunduran Yazmin juga tidak berkait dengan masalah disiplin, tapi ia lebih kepada komitmen jadual kerjanya,” katanya.

Di minggu pertama, Didi dan Thamiera yang menyampaikan lagu Kalis Rindu dan Makhluk Tuhan Paling Seksi menduduki tangga keenam dengan 31.5 peratus markah.

Famili Duo 4 dikemudikan oleh gandingan selebriti serba boleh iaitu Janna Nick dan Sharif Zero sebagai hos program manakala kerusi juri pula diduduki oleh figura hebat, Mas Idayu dan Datuk Rosyam Nor.

Enam pasangan yang bersaing dalam Famili Duo 4 adalah Shiha Zikir & Ieda Zikir (adik-beradik), Zahid & Anne (adik-beradik), Ayie Elham Floor 88 & Salma Asis (sepupu), Tomok & Sharul Kamal (sepupu), Didi Astillah & Thamiera Chan (sepupu) dan Naqiu & Joey Daud (sepupu).

Mereka bersaing selama lapan minggu bagi merebut gelaran juara yang menawarkan hadiah wang tunai RM100,000.

Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri dengan pemarkahan sebanyak 70 peratus dan undian atas talian melalui Tonton (30 peratus) serta berjaya membawa pulang wang berjumlah RM10,000.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 4 yang bersiaran selama lapan episod bermula 20 Oktober 2024, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan boleh distrim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 12 Oct 2019

16 Termasuk Kanak-Kanak Melecur Belon Helium Meletup

“Sedih tragedi sudah berlaku di tempat yang sepatutnya ada temasya,!

Hiburan Sat, 14 Dec 2024

Dr Ahmad Idham Muncul Dengan Filem Sahak Gangster, Pilih Wajah Baharu Hariz Hamdan & Nelissa Nizam Jadi Teraju Utama

Bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 9 Januari 2025, Sahak Gangster menampilkan dua pelakon yang semakin meningkat naik iaitu Hariz Hamdan dan Nelissa Nizam selaku teraju utama.

Hiburan Mon, 14 Oct 2019

Jerebu Terburuk Di Kota Palembang

Jarak Penglihatan Kurang 150 Meter

Hiburan Tue, 7 Nov 2023

Pakai Loket Huruf ‘Z’, Rantai Emas Fyna Jebat Curi Tumpuan

Huruf Z kat rantai Fyna tu tanda apa ekk… 🤔 Z for Zainal? 👀

Featured Thu, 28 Aug 2025

Sering Pertahan Fazura, DJ Sonic Tak Kisah Dilabel ‘Terpaling Kawan’

DJ Sonic menjelaskan, dia bukanlah mahu menumpang populariti rakan baiknya yang juga selebriti jelita, Nur Fazura

Featured Fri, 27 Aug 2021

“Suara Bagus Tapi Tak Ada Pakej Lengkap” – Hazama Cari Bakat Muda

Penyanyi rock Hazama mengakui ada pelapis baharu yang ingin mewarnai dunia nyanyian mempunyai vokal bagus tetapi tidak mempunyai pakej yang lengkap. Bakal tampil menjadi juri menerusi program pencarian bakat baharu atas talian, COF LOCKSTAR, Hazama […]

Featured Tue, 9 May 2023
error: Content is protected !!