Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 13, 2023 @ 2:18pm

Kesal Mak Di Maki Hamun & Ditolak, Amir Syafiq Ada Bukti Shila Amzah Kurang Ajar Pada Fauziah Sarman – “Kami Marah Bukan Sebab Isu Jual Rumah, Tapi…”

Konflik keluarga penyanyi, Shila Amzah sehingga kini masih belum menemui tanda noktah, malah pelbagai isu telah dibangkitkan oleh adik-beradiknya iaitu Syada dan Syafiq gara-gara tidak berpuas hati kepada kakaknya itu.

Isu pertelingkahan keluarga mereka mula tercetus selepas Syada mendedahkan mereka seolah-olah akan di halau keluar seperti haiwan liar dari kediaman yang diduduki bersama ibu, Fauziah Sarman dan dua adik-beradiknya yang lain.

Terkini, menerusi perkongsian di TikTok Amir Syafiq, dia tampil memberi penjelasan disebalik rasa amarahnya terhadap Shila yang dikatakan telah bersikap kurang ajar terhadap ibu mereka.

Jelas Syafiq, mereka kecewa terhadap tindakan Shila yang sanggup melemparkan kata-kata hinaan dan kesat kepada ibunya ketika datang ke kediaman tersebut bersama suami, Ubaidillah Mz serta beberapa orang lain untuk meneliti penjualan rumah tersebut.

Lebih parah, Syafiq turut mendakwa Shila tidak mempunyai rasa simpati berkaitan masalah rumah tangga ibu bapanya sehingga perkahwinan mereka terlerai.

“Mak, Syada dan saya bukan marah sebab Shila nak jual rumah, jangan salah faham. Kami marah sebab dia tolak dan maki hamun mak, depan suami dia si Ubai, depan adik aku Syahir, depan balaci dia si Aini dan depan kawan-kawan diaorang yang nak value rumah ni.

“Yang kau maki hamun, hina, ni mak kau sendiri. Lepastu buat live hina-hina adik-adik kau cakap tak kerja bagai, bela biawak hidup. Aku tak cakap aku baik, antara aku dengan adik-beradik, aku paling teruk.

“Shila kata dia jaga mak? Tahun ni je 2 kali dia jejak kaki kat rumah ni.. Tahun lepas pun sama. Masa mak abah dalam keadaan kritikal, mana kau masa mak sangat-sangat perlukan kau?

“Kau sikit pun tak ada rasa simpati dan kisah pasal apa yang jadi kat mak abah. Aku dengan Syada korbankan kerja, sampai aku empat bulan tak kerja sebab nak jaga mak abah, bawa pergi berubat,” tulisnya.

Shila Amzah

Shila Amzah

Shila Amzah

Dalam pada itu, Syafiq menegaskan dia mempunyai bukti atas segala perbuatan Shila terhadap ibunya itu serta menasihati pelantun lagu Jauh Hati itu untuk segera memohon keampunan Fauziah sebelum terlambat.

“Tak perlu nak sembang… mana bukti kau jaga mak? Tak ada kan sebab kau fake! Aku ada simpan bukti kau makin hamun kami. Rezeki kau belum putus lagi mungkin berkat mak yang tak pernah putus doakan kau. Jangan bongkak, angkuk dan sombong Shila.

“Minta maaf dengan mak sebelum terlambat,” tulisnya.

Shila Amzah

Shila Amzah

Kemelut ahli keluarga Shila dan adik-beradiknya meraih perhatian ramai pihak yang menganggap aib keluarga mereka perlu disimpan rapi meskipun penuh toksik.

Isu ini mula berbangkit selepas Syada berkata mereka bakal di halau keluar rumah, lantarna itu Shila berkata dia terpaksa menggunakan kuasa veto untuk meneruskan penjualan rumah tersebut demi memberi keselesaan kepada keluarga.

Isu menjadi lebih rumit apabila ibunya, Fauziah Sarman memberi kenyataan pada pagi Jumaat seolah-olah mengatakan hatinya kini hancur atas perbuatan Shila.

Artikel Berkaitan: Dah Guna Kuasa Veto, Shila Amzah Nafi Halau Keluarga… Dedah Tujuan Sebenar Mahu Jual Rumah – “Bila Ibu Bapa Cerai, Rumah Tu Banyak Kisah Silam Yang Kita Tak Nak Ingat”

Artikel Berkaitan: Fauziah Sarman Perli Ubai MZ? Anggap ‘Orang Luar’ Tumpang Kemewahan Anak – “Kita Tiada Beza, Awak Juga Cuci Kaki Masuk Rumah”

Artikel Berkaitan: “Emak Tak Reda Dengan Apa Yang Shila Buat, Stop Menipu!” – Terguris Kata-Kata Kesat, Fauziah Sarman ‘Tawar Hati’ Dengan Shila Amzah?

Artikel Berkaitan: Netizen Serang Adik Lelaki Isu Jual Rumah, Amir Syahir Mohon Jangan Tersalah ‘Adik Lelaki’ – “Ni Bawang Putih, Satu Lagi Bawang Merah”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 20 May 2025

Hina Siargao Akan Musnah Dilanda Taufan, Ben Amir Naik Angin – “Manusia Memang Suka Cakap Benda B*doh”

Ben Amir tempelak individu tak sensitif dakwa Pulau Siargao, Filipina kena taufan

Hiburan Thu, 12 Dec 2024
Featured Tue, 30 Jan 2024

“Saya Tak merajuk, Saya Dah Penat” – Hattan Nekad Bersara Dalam Bidang Nyanyian 

Respek Datuk! Moga sentiasa sihat dan terus menghiburkan ramai orang🫰

Trending Fri, 3 Jul 2020
Hiburan Fri, 22 Dec 2017

Peminat Tak Sabar Nak Tengok Anak Ramona Zamzam

Peminat Tak Sabar Nak Tengok Anak Ramona Zamzam

Featured Thu, 13 Oct 2022

Prekuel Filem Mat Kilau Tiada Syamsul Yusof, Adi Putra, & Beto Kusyairi… Ini Penjelasan Penerbit Studio Kembara

Filem Prekuel Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan katanya akan lebih gempak. Tapi agak-agak kenapa tiada Adi Putra & Beto ek? 🤭

Trending Thu, 20 Jun 2019

Isteri Sultan Kelantan Buka Akaun Instagram, Kongsi Detik Manis Perkenalan

Rihana Oksana kini membuka akaun rasmi Instagramnya dan dilihat aktif berkongsi beberapa foto peribadi bersama suami dan puteranya. 

Featured Thu, 27 Nov 2025

Remy Ishak Tegur Peminat Jual Nama Saudara Mara Minta Izin Nak Ambil Gambar – “Kalau Minat Biar Mereka Datang Jumpa Saya”

Remy Ishak menegur segelintir peminatnya apabila ramai yang ‘menjual’ nama saudara-mara mereka setiap kali mahu mengambil gambar bersamanya.

Featured Tue, 26 Oct 2021

Gadis Teruja Pertama Kali Bertemu Teman Lelaki Selepas 11 Bulan Bercinta Dalam PUBG

Permainan video nampaknya semakin popular dalam kalangan anak muda masa kini. Malah, ada yang menjadikan platform permainan video sebagai tempat berkenalan dan bertemu jodoh. Siapa sangka, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @raden.girin ini telah […]

error: Content is protected !!