Euforia Bola 2026
Trending By: Padin June 8, 2024 @ 5:18pm

Penulis Tak Guna Nama Kak KM Lariskan Buku

“Kami terkejut apabila ada yang menuduh kami sengaja menjemput Kak KM kerana mahu menggunakan kisah sensasinya bagi melariskan buku Pesona Kebaya.”

Demikian kata penulis buku, Jonathan Kok dan Farel Mikhail yang didakwa mahu menggunakan nama atau mengeksploitasi populariti usahawan selebriti terkenal, Liana Rosli Kak KM demi melariskan buku Pesona Kebaya tulisan mereka.

Menurut Jonathan, kehadiran Kak KM ke majlis pelancaran buku tersebut adalah sebagai tetamu jemputan dan atas dasar persahabatan yang telah lama terjalin.

“Ada yang cakap, seolah-olah kami mahu menumpang popularitinya dan mempunyai niat tertentu.

“Sejujurnya kami tiada niat nak menggunakan nama Kak KM atau selebriti-selebriti lain yang hadir. Kami sudah anggap dia seperti kakak dan tiada langsung niat mahu mempergunakan mereka untuk menjual buku ini.

“Kami menjemput Kak KM atas dasar persahabatan memandangkan pernah bekerjasama dengan beliau sebelum ini. Lagi pun, inilah masanya untuk berkongsi hari bermakna kami setelah lama impian mahu muncul dengan Pesona Kebaya akhirnya menjadi kenyataan,” katanya.

Jonathan berkata demikian ketika majlis pelancaran buku Pesona Kebaya terbitan FM Group di Pavilion Damansara Heights.

Lebih istimewa, Kak KM turut menggayakan baju kebaya rekaan Jonathan dan Farel Mikhail.

Sementara itu, Jonathan juga meluahkan rasa syukurnya apabila pengusaha jamu itu sudi menyatakan persetujuan untuk hadir ke majlis pelancaran buku tersebut.

“Apabila saya buka saja mulut menjemput ke majlis ini, Kak KM terus menyatakan persetujuan kerana menyokong usaha kami untuk memartabatkan baju kebaya.

“Iyalah, mungkin tidak ramai orang muda seperti kami yang mahu memartabatkan baju kebaya yang menjadi warisan budaya Malaysia.

“Bagi kami, anak-anak muda memainkan peranan penting dalam meneruskan budaya turun temurun nenek moyang kita.

“Saya harap buku Pesona Kebaya ini mendapat sambutan ramai kerana ia berkenaan budaya kita. Siapa lagi mahu berbangga dengan budaya kita kalau bukan kita sendiri,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SyaZara Aisha (@syazara_aisha)

Selain itu, selebriti lain yang turut hadir memeriahkan majlis pelancaran buku Pesona Kebaya ini ialah duo Aisha Hanim (Puan Seri Syazara Aisha & Hanim Fariza) dan Datuk Rozzana Rahmat.

Bukan itu sahaja, FM Group juga ‘menghidangkan’ persembahan istimewa dari warga emas (U3A Petaling Jaya) sebagai salah satu sumbangan mereka kepada masyarakat.

Pesona Kebaya ke arah memperkasakan budaya Malaysia

Malaysia bersama dengan Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand telah menyerahkan pencalonan bersama bagi pakaian tradisional kebaya ke Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage (ICH) of Humanity bagi tahun 2023.

Ini kerana, kebaya merupakan pakaian yang mewakili warisan budaya dan identiti penting bagi kaum wanita Melayu, Peranakan (Baba Nyonya, Chetti & Jawi) dan lain-lain masyarakat di Malaysia serta negara-negara lain di Asia Tenggara.

Disebabkan faktor ini, ia menjadi pilihan buat Jonathan dan Farel untuk menghasilkan buku Pesona Kebaya yang didaftarkan dengan nombor ISBN ini.

“Ada yang bertanya, kenapa memilih kebaya sedangkan banyak lagi pakaian tradisional lain yang boleh dijadikan buku.

“Ini kerana, kebaya mempunyai tarikan dan keunikannya yang tersendiri selain merupakan warisan budaya kita yang harus kita hargai.

“Dalam buku ini, apa yang kami buat adalah untuk memperkasakan baju kebaya yang menjadi budaya Malaysia.

“Kami nak masyarakat tahu kebaya di Malaysia bukan hanya Kebaya Nyonya dan Kebaya pramugari, sebenarnya ada sepuluh lagi jenis kebaya yang kita patut tahu dan perlu diketengahkan.

“Antara kebaya yang saya maksudkan adalah kebaya Perlis, Pahang, Johor-Riau, Kota Bharu dan banyak lagi. Semuanya kebaya tetapi ada perbezaan dan kelebihan tersendiri yang kita semua harus tahu.

“Selain itu, buku ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan kepada pelajar yang mengambil bidang fesyen atau sesiapa sahaja yang meminati fesyen. Mereka boleh melihat perbezaan seperti pola dan cara jahitannya,” ujarnya.

Jonathan juga mengaku rasa bertuah apabila dapat bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) untuk mempromosi baju kebaya dalam dan luar negara. Mereka juga mendapat sokongan daripada Jabatan Warisan Negara & Kolej Komuniti Selayang.

“Jika sebelum ini ada yang mendakwa kebaya berasal dari Indonesia atau Thailand sahaja. Sebenarnya ada perbezaan.

“Menerusi buku ini, masyarakat dapat tahu dan membezakan kebaya Malaysia dengan negara-negara lain. Kebaya Malaysia sudah tentu ada keunikannya tersendiri.

“Sementara itu, kami berharap kerjasama antara FM Group dengan MOTAC ini dapat memperkenalkan lagi kebaya Malaysia di peringkat antarabangsa,” tambahnya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Mar 2026

Erysha Emyra Akui Selesa Berkawan Dengan Ariel Fesol, Tak Kisah ‘Dikenenkan’ Peminat – “Dia Sangat Baik, Hormat Orang”

Tidak mengiyakan atau menafikan hubungan tersebut, Erysha bagaimanapun mengakui dia selesa berkawan dengan Ariel

Featured Thu, 1 Dec 2022

[VIDEO] Imej Berambut Pendek Cetus Pertikaian, Daiyan Trisha Mohon Netizen Bertenang – “Itu Wig, Jangan Marah Saya”

Fuhhhhh, smart wooo! Cantiklah Daiyan rambut pendek 🤩🤩🤩 Korang rasa macam mana? Ada yang kata macam Kris Jenner 🤩

Hiburan Mon, 9 Feb 2026

“Ayah Dah Janji Nak Ambil Keputusan SPM Bersama, Tapi Allah Lagi Sayang Dia…” – Anak Along Eyzendy

Eyman mendedahkan Along pernah berjanji untuk mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bersama

Featured Fri, 8 Oct 2021
Hiburan Mon, 15 Jan 2024
Featured Thu, 22 Dec 2022

[VIDEO] Anak Staff Hafiz Mahamad Kena Gangguan Seksual Di Taska, Doktor Sahkan Ada Kesan Di Kemaluan – “Cikgu Masuk Dalam B****t”

Astarghfirullahalazim! Ya allah, kejamnya manusia perangai macam ni 😭😭 Kesian budak kecil lagi dah trauma 😭😭

Featured Thu, 12 Jan 2023
Featured Thu, 15 Sep 2022

Uyaina Arshad Nikmati Proses Selepas Bersalin – “I Just Love Lauk Pantang”

Walaupun tengah berpantang, Uyaina tetap berseri!🤩🥰

error: Content is protected !!