Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin October 13, 2023 @ 1:30pm

“Emak Tak Reda Dengan Apa Yang Shila Buat, Stop Menipu!” – Terguris Kata-Kata Kesat, Fauziah Sarman ‘Tawar Hati’ Dengan Shila Amzah?

Ibu kepada penyanyi popular Shila Amzah, Fauziah Sarman kesal dengan tindakan anak sulungnya yang didakwa melemparkan kata-kata kesat sebelum ini.

Menurut Fauziah menerusi kenyataannya di Instagram, dia mengaku sudah tidak mengenali anaknya itu dek kerana kenyataan yang pernah dikeluarkan Shila baru-baru ini menerusi sesi siaran langsung di Instagram miliknya.

“Untuk anakku Nurshahila yang telah emak kandung di rahim pinjaman Allah ini selama sembilan bulan, yang telah emak lahirkan, susukan dan besarkan selama ini.

“Emak dah hilang kata-kata. Satu demi satu dugaan menimpa diri mak di usia yang tinggal sisa ini. Sungguh hanya Allah lebih mengetahui segala apa yang terjadi sekarang.

“Jujur, mak sudah tidak kenal siapa Nurshahila lagi. Tulisan ini bukan untuk mengusik nama besar kamu dan bukan juga petanda emak ‘menangkan’ adik-adik.

“Tidak pernah ada sikap melebihkan anak yang mana biar ada yang terlebih terkurang itu ini. Allah tahu kasih sayang seorang ibu itu sama sahaja kepada setiap anak-anaknya biar mereka hebat, kaya, degil, nakal atau sebagainya,” katanya.

Bagaimanapun, hantaran tersebut telahpun dipadam Fauziah selepas beberapa minit ia dimuat naik.

Dalam pada itu, Fauziah juga menafikan dakwaan kononnya pihak keluarga memaksa Shila untuk bekerja sejak berumur 10 tahun lagi.

Malah, bekas isteri kepada penyanyi popular sekitar tahun 80-an ND Lala itu turut menolak dakwaan bahawa dia bukanlah punca duit hasil titik peluh anaknya itu habis.

“Nurshahila memang sudah bernyanyi sejak usia kanak-kanak tapi semua atas rela jiwanya sendiri tiada paksaan. Mungkin, apa yang mak korbankan ke sana sini menemani Nurshahila hanya ‘kewajipan’ emak sebagai ibu. mungkin tiada budi dan pengorbanan emak di situ.

“Mak bahagia dan bangga melihat kejayaan cita-cita anak yang diinginkan sejak kecil, mungkin segala sukses itu bukan doa dari mak.

“Apakah lupa emak hanyalah isteri yang taat dan menurut apa sahaja yang diatur oleh bapa Nurshahila? Apakah emak yang selama ini mengatur ekonomi keluarga?

“Hingga duit tu dikatakan habis sampai kita sendiri tak tahu berapa keseluruhan jumlahnya. Kita berdua hanya di hantar ke China untuk berkerja. Tanyalah diri dan kamu tahu siapa yang menghabiskannya!” jelasnya.

Mengulas lanjut, Fauziah juga menegaskan bahawa dia menulis kenyataan panjang lebar tersebut bukanlah mahu merosakkan reputasi anaknya sebaliknya demi mempertahankan maruahnya.

Bahkan, dia juga kecewa dengan sikap Shila yang sanggup mengeluarkan kata kesat terhadapnya.

“Disebabkan rumah pusaka ini juga tergamak Shila mengelaurkan kata-kata kesat pada mak, tak tergamak mak nak tulis kata-kata itu. Allahuakbar!

“Benar Shila tak halau mak tapi kata-kata Shila mak faham. Hati mak memang sudah dikisar halus. Emak bersuara demi maruah mak.

“Banyak rahsia yang emak simpan sorok selama ini demi namamu sebagai bintang popular. Terima kasih Nurshahila kerana beri ruang untuk orang lain hina dan keji mak sendiri dalam video live. Allah tahu apa kebenarannya.

“Buat masa ni mak belum dapat maafkan dan emak tak redha dengan apa yang Shila buat.Stop menipu!,” ujarnya.

Sebelum ini, Shafiq mendakwa kakaknya itu bertindak menghina dan menengking ibu mereka termasuklah menendang pintu rumah.

Artikel Berkaitan: Fauziah Sarman Perli Ubai MZ? Anggap ‘Orang Luar’ Tumpang Kemewahan Anak – “Kita Tiada Beza, Awak Juga Cuci Kaki Masuk Rumah”

Artikel Berkaitan: Adik Lelaki Dakwa Shila Amzah Tendang Pintu Rumah & Gelar Ibu Tak Ada Otak?

Artikel Berkaitan: “Rasa Macam Kita Ni Haiwan Strays… Dah Kena Buang, Kena Halau Lagi” – Syada Amzah Bagi Hint Rumah Nak Kena Jual?

Artikel Berkaitan: Dah Guna Kuasa Veto, Shila Amzah Nafi Halau Keluarga… Dedah Tujuan Sebenar Mahu Jual Rumah – “Bila Ibu Bapa Cerai, Rumah Tu Banyak Kisah Silam Yang Kita Tak Nak Ingat”

Artikel Berkaitan: Ubai MZ Dedah Derita Shila Amzah – “Tanggung Bekas Suami, Bekerja Di Awal Usia 10 Tahun, Tak Pernah Pegang Duit, Kad Bank & IC Sendiri Sehingga…”

Artikel Berkaitan: Adik Lelaki Dakwa Shila Amzah Tendang Pintu Rumah & Gelar Ibu Tak Ada Otak?

Artikel Berkaitan: Bekas Adik Ipar Tampil Pertahan Shila Amzah, Dakwa Bekas Suami Tiada Kerja Tetap & Culas Bayar Nafkah Anak… Amir Syafiq Bertindak Kunci Mulut?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 29 Jun 2025

Siti Nurhaliza Dedah Datuk K Fobia Lihat Dirinya Bertarung Nyawa Melahirkan Cahaya Mata

Datuk K mengalami perasaan fobia itu ketika dia melahirkan anak sulung mereka, Siti Aafiyah.

Trending Wed, 8 May 2019

‘ Cukuplah Menabur Fitnah Pada Saya’- PU Abu Nafi Nikah Diam-Diam

PU Abu turut menyertakan hantaran screen shot menunjukkan IG sebenarnya telah diceroboh individu tidak dikenali.

Hiburan Wed, 11 Jul 2018

陈思颐代言养生美容馆 自嘲变性成功有伴侣

本地网路电台主持人Cindy 陈思颐和新晋男演员Sampson 周力文签约代言养生美容馆;陈思颐自嘲在开始了护理后,让她「变性成功」更有女人味,脱离单身狗的生活。

Hiburan Wed, 2 Jul 2025
Featured Thu, 15 Apr 2021

Syabas! Ejen Ali The Movie Terpilih Mewakili Malaysia Ke Brazil

Filem animasi tempatan, Ejen Ali The Movie berjaya mencipta sejarah skali lagi apabila terpilih mewakili Malaysia dalam Pertandingan Filem Animasi di Festival Fantaspoa 2021, di Brazil. Pengarahnya, Usamah Zaid Yasin berkata, pencalonan itu semestinya cukup […]

Hiburan Wed, 11 Mar 2026

Sibuk Nak Pegang Tangan? Peminat Dakwa Hannah Delisha Diganggu Lelaki Ketika Acara Moreh

Hannah Delisha berdepan situasi kurang selesa apabila didakwa diganggu seorang lelaki

Trending Mon, 30 Dec 2019
Hiburan Tue, 25 Jul 2023
Featured Sun, 20 Jun 2021

“Better Stop Kalau Tak Nak Saya Keluarkan Kata-Kata Kesat” – Jadi Mangsa Body Shaming, Nabila Huda Bagi Warning! 

Budaya ” body shaming”  di kalangan kita kini menjadi kebiasaan ramai orang tidak kira melalui media sosial atau di luar . Ramai yang tertekan apabila terpaksa berdepan dengan kritikan seperti dikritik  akibat berat badan, dediskriminasi […]

error: Content is protected !!