Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 29, 2025 @ 12:59pm

Siti Nurhaliza Dedah Datuk K Fobia Lihat Dirinya Bertarung Nyawa Melahirkan Cahaya Mata

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyorot perhatian ramai apabila memaklumkan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa merupakan individu yang paling takut melihatnya bertarung nyawa melahirkan dua orang cahaya mata, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.

Menerusi perkongsian video berdurasi 46 saat yang di kongsikan di TikTok, Siti berkata, suaminya yang lebih mesra dengan panggilan Datuk K tidak menghalang sekiranya penyanyi nombor satu negara itu kembali berbadan dua, namun dia tidak sanggup untuk melihat isterinya itu bersalin gara-gara mengalami fobia.

“Dia okay saya pregnant, tapi dia tak okay bila tengok time saya bersalin. Sebab dia dah fobia,” katanya.

Menurut pelantun lagu Bukan Cinta Biasa ini, Datuk K mengalami perasaan fobia itu ketika dia melahirkan anak sulung mereka, Siti Aafiyah.

“Fobia masa saya lahirkan Aafiyah haritu. Tapi masa Afwa pun Datuk K dah berpeluh-peluh dah saya tengok dekat sebelah saya, Berzikir, pasang ayat al-Quran, baca dekat telinga saya memang dia orang yang cuak. Dia dah fobia sangat.

“So, Datuk K kata kalau saya pregnant dia okay, masa bersalin sahaja dia tak boleh. Tapi okay dah, Allah dah beri saya yang terbaik dah,” jelasnya.

Sebelum ini, Siti menerusi kenyataannya kepada media pada perasmian Pembukaan Alhaya Fertility Centre di Damansara Specialist Hospital 2 berkongsi, dia  pernah berdepan komplikasi hingga hampir meragut nyawanya ketika melahirkan Siti Aafiyah.

Sekadar info, Siti mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa pada 21 Ogos 2006.

Selepas lebih sedekad, Siti disahkan hamil anak sulung Siti Aafiyah pada Jun 2017 dan anak kedua, Muhammad Afwa, pada Ogos 2020 menggunakan kaedah rawatan IVF.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 14 Jul 2022

[VIDEO] “Ujian Untuk Dia Juga..” – Berpelukan Dengan Intan Najuwa, Netizen Mohon Aliff Aziz Jaga Hati Isteri

Kisah lama jangan dikenang. Katanya, Bella sendiri pun tak kisah dan faham kerjaya Alif sebagai seorang pelakon ☺️ Sweet je Alif bawa anak isteri sekali pergi shooting 🥹

Hiburan Fri, 15 Feb 2019

1800 Tiket Habis Dijual, Peminat Blue Jangan Berlengah Lagi!

Whoah, the boys are coming back. Siapa kat sini excited? Jumpa di Dewan Wawasan, Menara PGRM pada 3 Mac nanti okay!

Hiburan Mon, 6 Jan 2025

CSOIAM: Marygrace Peserta Terpaling Fizz… Dayangku Iffah & Hafiz Zainal Tersingkir Minggu Ketiga

Minggu ketiga CSOIAM menyaksikan Marygrace diangkat sebagai peserta Terpaling Fizz manakala HafizZainal dan Dayangku Iffah tersingkir.

Hiburan Mon, 16 Jul 2018

Sufian Suhaimi Akui Beliau Kini Tidak Lagi Mengejar Cinta

“Tidak mengejar cinta, hidup menjadi lebih tenang.” Jelas Sufian Suhaimi…..

Hiburan Sat, 8 Jun 2019

Sibuk Jual Kek, Nadiyah Shahab Tangguh Bulan Madu

Hebat penangan kek Absolut Chocolat pasangan selebriti ini!

Hiburan Sun, 29 Jul 2018

Rita Rudaini Terima Ajakan Keluar Dengan Lelaki Muda

Ramai lelaki muda yang menghantar mesej ajak keluar dan ada yang ingin melamar saya sebagai pasangan hidup

Hiburan Thu, 9 Jan 2025
Hiburan Mon, 5 Jan 2026
error: Content is protected !!