Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 12, 2023 @ 12:03pm

Nama Kena Petik, Teman Wanita Anak Label ND Lala Narsisistik – “Better Diam! Tak Pasal Buka Pekung Sendiri”

Susulan kenyataan rasmi dan pendedahan yang dibuat oleh Datuk ND Lala berhubung impak sabitan jenayah, ghibah dan fitnah menerusi Instagram miliknya baru-baru ini, seorang individu wanita dipercayai teman wanita anaknya, Amir Syafiq iaitu Eiza Idanie tampil menjelaskan beberapa tuduhan yang dianggap tidak masuk akal.

Menurut Eiza, kenyataan yang dibuat penyanyi popular sekitar 80-an itu adalah tidak benar dan mengarut, apatah lagi berkenaan tuduhan mencuri kereta miliknya seperti yang tular baru-baru ini.

“Eh, Uncle dah petik nama saya ni baik tarik balik. Apa uncle merapu ni. 

“Sanggup uncle menipu kata kami mencuri? Jangan uncle, nanti lagi terbuka pekung uncle.

“Orang narsistik memang macam ni. Saya tak boleh lah bila tengok suami membelakangi isteri. Nak merajuk keluar dari rumah konon nak bini sedar. Tapi rupanya keluar tidur rumah bini baru. Penat kami pujuk supaya balik rumah dan berbincang,” katanya.

Eiza membalas kenyataan terbabit menerusi ruangan balas pada video berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Kereta Dicuri, Dakwaan Disihir Isteri Muda… ND Lala Jelas Spekulasi – “Jangan Label Siti Munirah Penyondol, Saya Yang Approach”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Anak Didakwa Curi Kereta Isteri Baharu ND Lala, Fauziah Dedah Bukti! Netizen Komen: “Layan Anak Macam Orang Luar”

Uncle betul-betul narsisistik!

Tidak habis disitu, Eiza juga memaklumkan bahawa rakaman video yang dilakukan olehnya pada malam kejadian adalah atas kebenaran penyanyi itu.

Malah, surat penyerahan berkaitan kereta itu juga ditulis atas kehendak ND Lala.

“Uncle, jadi uncle je boleh rakam video? Kami tak boleh? Sedangkan masa tu uncle sendiri cakap dekat kami ‘uncle rekod video, Eiza pun boleh rekod video’. Jadi, Eiza rekod lah, baru fair. Masa tu Syafiq ikut je cakap uncle sebab dia  masih hormat uncle sebagai bapaknya.

“Masa tu kami belum dapat sahkan uncle sudah berkahwin sorok dengan Siti Munirah. Walaupun masa tu baju-baju uncle dengan Munirah bercampur seluar dalam, bra kat luggage dalam kereta.

“Lagipun masa serahkan kereta tu pun Munirah masih panggil uncle dengan panggilan ‘boss’ kan? Jadi, uncle better diam. Tak habis lagi ke nak tulis point 1 dan point 2 sampai malas orang nak dengar. Semua uncle je betul, orang lain semua salah. Uncle betul-betul narsisistik!

“By the way, dalam surat penyerahan tu uncle yang suruh shafiq tulis seperti apa yang uncle sebut. Kami siap perli uncle masa tu kata ‘bila nak kena sign?’. Sekarang nak kata kami suspek ye? Uncle nak orang-orang Kedah buka cerita pula ke?,” jelasnya.

Terdahulu,  ND Lala atau nama penuhnya, Amir Amzah Salleh, 62,  menjelaskan dalam tiga video berlainan mengenai status perkahwinan bersama bekas isterinya, Fauziah Sarman.

Manakala dalam video yang lain pula, ND Lala ada menyebut bahawa anak lelaki bersama teman wanitanya telah mengambil kereta milik isteri barunya, Siti Munirah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ndlalaofficial (@ndlalaofficial)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut ND Lala berasa berang dengan tindakan yang diambil terutamanya apabila menjadikan anak lelakinya itu seperti orang asing.

“Wajarkah tindakan family yang berpuluh tahun hidup menyayangi  dan mengasihi dirimu sepenuh hati tapi dibalas dengan kehancuran jiwa yang paling dalam !

“Risaukan kereta dari family sendiri. Dan utamakan perasaan Munirah dari anak sendiri?

“Tengoklah  kata-kata seorang ayah yang berumur 62 tahun pada familynya sendri seakan musuh terbesar dalam hidupnya sedangkan anak-anak saja yang akan mendoakan dia semasa di alam abadi nanti.

“Anak pun istilah mencuri eh sejak ada bini baru ni, pelik la pak cik ni.

“Wow! Sanggup nak tengok anak kena tangkap polis sebab kereta je? Mahal sangat ke kereta pakcik? Lagi  sayangkan bini muda dari anak sendiri?,” komen netizen.

Terdahulu, pada 5 September lalu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengesahkan lafaz cerai yang dibuat penyanyi itu menerusi kiriman WhatsApp terhadap Fauziah.

Untuk rekod, ND Lala mendirikan rumah tangga bersama Fauziah sekitar tahun 1989 dan hasil perkahwinan pasangan ini dikurniakan dengan empat cahaya mata iaitu, Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28 dan Nur Syuhada, 25.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 28 Jul 2025

Hisyam Hamid Tak Suka Bazir Masa Bercinta – “Kalau Serius, Ikhlas, Just Kahwin”

Hisyam Hamid mengaku dia bukanlah seorang yang suka membazir masa terutamanya mengenai soal jodoh.

Hiburan Thu, 28 Nov 2019

After What Had Happened In South Korea, Ailee Plans To Mark Her Name In The States

Not only she’s planning on marking her name in the States, she reassures fans with nation-wide tour!

Featured Fri, 16 Dec 2022

[VIDEO] Neelofa Kongsi Tips Mata Segar Untuk Bangun Solat Tahajjud

Haa siapa yang liat nak buka mata tu boleh try tips ni

Trending Wed, 24 Jul 2019

研究证明!情绪聪明人不做这9件事,人生会更快乐

人的正面、负面情绪,除了外在环境条件下的影响与牵制外,实际上真正左右情感的,往往都出自于心底。

Hiburan Thu, 22 Jan 2026

“Jangan Salah Faham, Video Itu Hanya Content” – Zairi Aziz

Zairi Aziz berkata video yang memaparkan dirinya bersama rakan selebriti, Farihin Arnia, hanyalah kandungan hiburan

Hiburan Fri, 14 Feb 2025

Hasil Tungkus Lumus Perah Idea, Luqman Podolski Muncul Dengan EP ‘Kau Apa Sebenarnya?’

EP perdana Luqman Podolski berjudul Kau Apa Sebenarnya? menemui peminat sejak 24 Januari lalu.

Hiburan Tue, 1 Jul 2025

[VIDEO] “Biar Tak Popular, Asal Dikenang Sebagai Manusia Baik” – Fimie Don

Fimie Don rela mati meninggalkan nama baik daripada buruk

Hiburan Wed, 13 May 2026

Himpunkan Lebih 100 Pempengaruh Dari Lebih 20 Negara, All Star Influencers Award 2026 Kembali Dengan Lebih Mega!

Penganjuran kali ini dijangka menjadi antara platform promosi digital terbesar di Asia dengan gabungan lebih 500 juta pengikut di media sosial termasuk Instagram dan TikTok.

error: Content is protected !!