Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 2, 2025 @ 5:56am

Jadi Anak Didik Shiha Zikir, Raes Arifin Lancar Single Debut Jalan Cinta

Penyanyi baharu yang dicungkil bakatnya menerusi sebuah program realiti, Raes Arifin kini tampil dengan single pertama berjudul Jalan Cinta.

Artis naungan Shiha Zikir Empire (SZE) itu meluahkan rasa syukur kerana karya sulung yang cukup dekat dengan dirinya akhirnya dapat diperdengarkan kepada umum.

Raes menyatakan minatnya terhadap muzik dan nyanyian sudah tertanam sejak lama. Baginya, nyanyian berperanan sebagai medium untuk bangkit daripada cabaran hidup.

“Saya benar-benar bersyukur kerana dapat mengikuti minat yang saya cintai sejak dulu. Bagi saya, nyanyian menjadi ruang untuk bangun semula selepas pelbagai pengalaman yang menguji diri,” katanya.

Menurut Raes, lagu terbitan SZE dan Sony Music Malaysia itu mengangkat kisah cinta yang biasa dialami ramai orang.

“Jalan Cinta mengisahkan seseorang yang memberi seluruh jiwa kepada hubungan, namun takdir tiba-tiba memisahkan mereka. Dalam diam, dia tetap berharap dapat bersatu semula. Namun akhirnya dua takdir berbeza terbentuk apabila insan yang dicintai memilih orang lain,” katanya.

Raes menambah bahawa mesej lagu itu boleh dikaitkan dengan banyak perjalanan peribadi.

“Pada saya, cinta saya ialah dunia nyanyian. Ia sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya dan turut menyelamatkan saya daripada pengalaman dibuli, anxiety disorder serta ujian yang hampir melemahkan semangat sebelum ini.

“Ada baris lirik yang berbunyi ‘dan aku merayu, jalan cinta ini tak berakhir dulu’, dan itu menggambarkan harapan saya agar suara ini terus kekal bersama saya, kerana dengan suara inilah saya bangkit semula,” jelasnya.

Raes turut berkongsi kesungguhan Shiha Zikir sebagai pemilik SZE dan gurunya dalam memastikan pelancaran single pertamanya mencapai standard terbaik.

“Saya serahkan sepenuhnya pada Shiha dan pihak label untuk memilih lagu yang serasi dengan suara saya. Saya difahamkan banyak lagu disaring sebelum mereka menjumpai Jalan Cinta. Siapa yang mengenali Shiha tahu dia seorang yang ceria, tetapi apabila masuk soal pemilihan lagu, khususnya lagu pertama saya, sikapnya berubah menjadi sangat fokus dan tegas,” ceritanya.

Selepas pemilihan lagu dimuktamadkan, Raes diberi masa untuk mendengar dan menyesuaikan penyampaian mengikut gaya sendiri dengan bimbingan Shiha.

“Syukur proses rakaman tidak mengambil masa lama. Dalam 40 minit ke satu jam sahaja sudah selesai,” katanya.

Raes mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan kepada seluruh pasukan SZE yang sentiasa menyokong perjalanan kerjayanya.

“Tiada kata yang cukup untuk saya ucapkan kepada SZE, terutama Shiha. Bermula dari pencarian SZ Talent Discover, kemudian pertandingan Gimme The Mic Malaysia dan kini Jalan Cinta pula, semuanya dilakukan dengan penuh usaha untuk membentuk diri saya sebagai penyanyi. Dari perkara kecil sampai yang besar, SZE sentiasa ada,” katanya.

Menutup bicara, Raes berharap Jalan Cinta dapat diterima baik dan menjadi antara lagu yang menemani pendengar ketika berdepan momen galau.

“Saya berharap single ini membuka ruang untuk saya menembusi industri muzik tanah air, sekali gus mendekatkan saya dengan kelab peminat saya, sunRaes, yang sentiasa bersama sejak awal,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 4 Oct 2019

1,111 Metres Water Slide in Penang is So Crazy that It Set a New Guinness World Record

Even on the shortest of water slide we’ve already wet our pants, imagine how insane it would be sliding down a 1.1km one!

Hiburan Wed, 12 Jul 2023
Hiburan Fri, 11 Oct 2019

Kamal Cilok Terbabit Kemalangan, Kini Bergantung Pada Life Support Machine

Semoga yang terbaik buat Kamal dan Keluarga. Aaminn!

Hiburan Tue, 30 Jun 2026

“Dulu Saya Terlalu Naif, Banyak Buat Silap” – Fathia Latiff

Fathia turut meluahkan harapan agar kehidupannya akan terus berubah ke arah yang lebih baik.

Featured Thu, 2 Apr 2026

“Memanglah 2 Insan Bercinta Bunyinya Indah Belaka, Realitinya Macam Makan Jering” – Fazley Yaakob

Datuk Fazley Yaakob meluahkan pandangan peribadinya berkaitan realiti hubungan melibatkan ibu atau bapa tunggal yang disifatkan bukanlah semudah yang disangka.

Hiburan Sat, 23 May 2026

Pernah Lalui Pengalaman Pahit Rugi Hampir RM90,000… Aaron Aziz Kini Tubuh Agensi Pelancongan Sendiri

Selepas pernah berdepan kerugian hampir RM90,000 membabitkan sebuah agensi pelancongan sebelum ini, pelakon popular Datuk Aaron Aziz kini memilih untuk bangkit dengan menubuhkan agensi pelancongan miliknya sendiri. Aaron berkata, pengalaman pahit yang pernah dilalui itu […]

Hiburan Sun, 19 Jan 2020

郭晶丽顺利外销日本!新歌MV走拍20小时妆溶累瘫

适逢郭晶丽距离发行首张专辑的第35个年头,为了纪念「35」这特殊数字,她最近特别启动「S Special Project」并以《没有一个地方叫远方》作为揭幕单曲。

Featured Tue, 14 Jan 2025

Nurul Zahid Dilantik Ahli Lembaga Pengarah UPM

Nurul Hidayah dilantik mewakili komposisi berpengetahuan dan berpengalaman.

Selebriti Fri, 3 Nov 2023

“Arwah Suami Sangat Bertuah Kerana Masih Dapat Doa Ibu Setiap Hari” – Farah Ahmad

Doa saya setiap hari adalah untuk kekalkan kerinduan supaya saya sentiasa berdoa untuknya – Farah Ahmad

Hiburan Fri, 9 Aug 2019
error: Content is protected !!