Euforia Bola 2026
Hiburan By: Afiq Kandi May 23, 2026 @ 12:28pm

Pernah Lalui Pengalaman Pahit Rugi Hampir RM90,000… Aaron Aziz Kini Tubuh Agensi Pelancongan Sendiri

Selepas pernah berdepan kerugian hampir RM90,000 membabitkan sebuah agensi pelancongan sebelum ini, pelakon popular Datuk Aaron Aziz kini memilih untuk bangkit dengan menubuhkan agensi pelancongan miliknya sendiri.

Aaron berkata, pengalaman pahit yang pernah dilalui itu menjadi antara faktor yang membuka matanya untuk menyediakan sendiri perkhidmatan umrah dan pelancongan mesra Muslim yang lebih diyakini serta selesa buat pelanggan.

Bagaimanapun, Aaron memilih untuk tidak lagi memanjangkan isu berkenaan dan menganggap apa yang berlaku sebelum ini sebagai satu pengajaran dalam hidup.

“Soal pengalaman pahit itu, saya dah reda dan saya juga dah maafkan mereka yang terlibat.

“Apa yang penting sekarang, saya mahu pastikan setiap jemaah yang menggunakan Karva Travel mendapat pengalaman yang baik, terutama bagi mereka yang pertama kali menunaikan umrah,” katanya.

Menurut Aaron yang turut bertindak sebagai Pengarah syarikat Karva Travel & Tours, pengalaman menunaikan umrah beberapa kali sebelum ini turut banyak membantunya memahami keperluan sebenar jemaah ketika berada di Tanah Suci.

Katanya, setiap pengalaman itu digunakan untuk memastikan pelanggan dapat menjalani ibadah dalam keadaan lebih teratur, selesa dan tenang.

“Bila kita dah beberapa kali pergi umrah, kita mula faham apa yang jemaah perlukan sepanjang berada di sana.

“Sebab itu saya cuba gunakan pengalaman yang ada untuk memudahkan urusan mereka sebaik mungkin,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Aaron menjelaskan pihaknya turut memberi perhatian khusus kepada golongan warga emas serta jemaah yang mempunyai masalah kesihatan supaya mereka mendapat bantuan dan layanan sewajarnya sepanjang perjalanan ibadah.

Mengulas mengenai peningkatan kos penerbangan dan harga semasa, Aaron berkata pihaknya akan tetap berusaha menyediakan pakej yang bersesuaian mengikut kemampuan pelanggan.

“Kami tak fokus kepada satu golongan sahaja. Setiap pakej akan cuba disesuaikan mengikut keperluan jemaah.

“Walaupun kos sekarang semakin meningkat, kami tetap mahu memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan,” ujarnya.

Selain pakej umrah, Karva Travel turut menawarkan pakej pelancongan mesra Muslim ke beberapa destinasi luar negara.

Malah, Aaron turut menyimpan hasrat untuk menawarkan pakej haji pada masa akan datang sekiranya syarikat tersebut terus berkembang dan mendapat kepercayaan ramai.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 Aug 2022
Hiburan Tue, 23 Jan 2018

LELAKI CANTIK DAH POTONG A***?

“Lelaki Cantik” ini kembali hangat apabila ramai yang mengecam beliau terutama sekali apabila Safiey memuat naik gambarnya bersama lelaki

Hiburan Mon, 19 Jan 2026

“Minta Maaf Orang Alor Setar, Saya Bukan Berlagak” – Ezzanie Jasny

Ezzanie menjelaskan keadaan tersebut berlaku atas sebab wajahnya masih bengkak

Hiburan Thu, 9 Jan 2025
Hiburan Tue, 12 Sep 2023
Featured Wed, 4 Oct 2023
Hiburan Tue, 12 May 2026

“Kalau Nak Tuntut Hutang, Boleh Hantar Mesej Peribadi Tak Perlu Burukkan Saya Kata Scammer” – Norish Karman

Norish menegaskan dia hanya seorang ibu tunggal yang berjuang untuk anak-anak, selain memastikan kebajikan mereka sentiasa terjaga. 

Hiburan Tue, 23 Oct 2018

Terungkailah Sudah Siapakah Gerangan Protege Bagi Mentor 7?

Bermula 28 Oktober ini, jangan lupa saksikan setiap Ahad jam 9 malam. Mentor 7 bakal bersiaran secara LIVE dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Tengok okay!

error: Content is protected !!