Euforia Bola 2026
Drama By: Padin August 20, 2025 @ 5:01pm

Jazmy Juma & Tracie Sinidol Cipta Fenomena… Episod Akhir ‘Hilang Dalam Rindu’ Dijangka Capai Lebih 3.5 Juta Penonton!

Fenomena drama bersiri Hilang Dalam Rindu semakin menghampiri penamatnya. Malam ini, Rabu, 20 Ogos 2024 jam 10.00 malam di TV3, penonton bakal menyaksikan episod terakhir yang menutup kisah cinta penuh konflik antara Eijaz dan Aira.

Sejak ditayangkan, drama bersiri yang diterajui oleh Jazmy Juma dan Tracie Sinidol ini berjaya menarik perhatian ramai dan menjadi perbualan hangat di seluruh Malaysia.

Episod kemuncak dijangka meraih lebih 3.5 juta tontonan, sekali gus membuktikan sokongan kuat penonton yang setia menantikan kesudahan cerita. Malam ini bukan sekadar penutup sebuah drama, sebaliknya ia menjadi detik bersejarah yang mendekatkan penonton dengan barisan pelakon utama yang telah menemani mereka sepanjang perjalanan cerita.

Sepanjang lima minggu tayangan, Hilang Dalam Rindu mencetuskan fenomena luar biasa dengan jalan cerita yang sarat emosi merangkumi cinta, dendam dan pengorbanan. Ia bukan sahaja trending setiap minggu di media sosial, malah turut menerima pujian kerana setiap episod hadir dengan pengakhiran yang mengejutkan, membuatkan penonton terus setia menanti.

Menurut Jazmy Juma, perjalanan Eijaz dan Aira penuh dugaan, penuh air mata dan ketidak percayaan antara satu sama lain atas apa yang mereka lalui.

“Tapi di penghujungnya cinta mereka membuktikan bahawa pengorbanan tidak pernah sia-sia. Percayalah Tuhan tetap tahu dan takdirkan yang terbaik untuk kita walaupun kita lalui liku-liku hidup yang perih dan menyakitkan.

“Akhir sekali untuk keseluruhan naskah ini sebenarnya ingin mengetengahkan tentang ‘wang tak selamanya berjaya menutup setiap kesalahan yang telah dilakukan’. Sentiasa jujur kerana akan ada banyak lagi cara lain yang boleh menyelesaikan masalah. Saya harap penonton akan merasai dan terima setiap emosi itu bersama kami dalam episod akhir nanti,” katanya.

Kesudahan cinta Eijaz dan Aira akhirnya tiba di penghujung cerita. Jangan ketinggalan menonton episod akhir Hilang Dalam Rindu malam ini di TV3 atau strim secara eksklusif di Tonton melalui www.tonton.com.my serta aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 7 Oct 2019

Han Byul; Who Is He and Why He’s Potentially the Next Big Thing?

Charisma, check! Talent, check! Visual, check!

Featured Thu, 23 Jan 2025

Pilih Akim & The Majistret Menang Vokal Terbaik Di AJL39, Netizen Tak Percaya Kredibiliti Hael Hussaini, Amir Masdi?

Pilihan Vokal Terbaik ini sekaligus menjadi tanda tanya adakah cita rasa peminat dalam memilih penyanyi dan kualiti vokal sudah semakin berubah???

Hiburan Thu, 23 Apr 2026

Karakter Penuh Misteri, Sarimah Ibrahim, Alya Iman & Rosyam Nor Jadi Nadi ‘Pewaris Susuk’

Ketiga-tiga mereka tampil dengan pendekatan lakonan berbeza, namun disatukan menerusi karakter yang sarat misteri.

FESYEN Sat, 6 Jul 2019

dUCk Limited Edition Scarves Retail At RM 2,500, Sold Out Within Its Launch!

Woah! RM 2500 limited edition Swarovski scarves sold out in 4 colors after its just launch..

error: Content is protected !!