Euforia Bola 2026
Trending By: Nurul Hana April 11, 2023 @ 11:15pm

“Mak Ayah Harapkan Anak..” – Gara-Gara Ramai Ponteng Kelas, Lecturer Ini Terjah Bilik ‘Student’

Ramai pelajar yang terpaksa berhempas pulas demi menempatkan diri ke menara gading, namun masih ada pelajar yang mensia-siakan peluang tersebut.

Baru-baru ini, tular di media sosial tindakan seorang pensyarah kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam telah membuat sesi ‘ziarah’ bilik pelajar yang tidak hadir ke kelasnya.

Menerusi perkongsian video TikTok pensyarah Hisyam Che Mat, dia telah ‘menerjah’ ke kolej dan rumah sewa untuk bertemu sendiri dengan para pelajar.

Kehadiran spontan pensyarah tersebut mengejutkan anak muridnya menimbulkan pelbagai reaksi, ada di antaranya telah ditangkap sedang tidur lena dan ada pula yang langsung tidak membuka pintu.

@hisyam_chematSakit ka ponteng kelas tu.

♬ Santai – Faizal Tahir


“Ziarah Ramadan ke rumah pelajar. Hari ni saya nak pergi ke Bandar Baru Klang, Palm Garden. Ada satu rumah ni pelajar tinggal di sana, jadi kita melawat rumah pelajar kita.

“Buat kerja gila sikit datang ke bilik pelajar perempuan. Tak datang kelas, katanya hujan tapai ada juga boleh datang. Jarang saya buat, last saya buat tahun 2003, dah 20 tahun tak buat. Harini kelas saya ramai tak datang, katanya.

@hisyam_chemat Replying to @nuna ♬ original sound – Hisyam

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan pelajar yang tidak hadir ke kelas.

“Manalah adab sampai lecturer kena datang. Sedih bila dengar ayat mak ayah harap anak-anak datang kelas.

“Dah senang tapi ingatlah ramai lagi yang nak belajar tapi tak berkemampuan. Alasan nak tidur, orang lain bukan main susah nak masuk universiti,” ujar netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 26 Mar 2025

“Saya Akan Terus Belajar Dari Dugaan Ini” – Lantikan Aaron Aziz Sebagai Pengarah Pemasaran Agensi Umrah Ditamatkan

keputusan itu dibuat hasil perbincangan secara terbuka dan profesional antara pihak syarikat dan aktor itu.

Featured Tue, 13 Apr 2021

Khai Bahar Mahu Peminat Mengingati Kematian Menerusi Damba Ketenangan

Penyanyi, Khai Bahar kini tampil berbeza dengan album terbaru berjudul Damba Keterangan menerusi trak Perpisahan. Damba ketenangan turut memuatkan lima alunan zikir lain seperti seperti Hasbi Rabbi Wa Nabiy, Astagfirullah, Hasbunallah, La Ilaha Illallah dan […]

Hiburan Fri, 5 Dec 2025

Single ‘Bila Kau Datang Menangis’ Didakwa Tiru Lagu ‘Beetlebum’ Kumpulan Blur, DUKES Beri Penjelasan

Betul ke lagu Bila Kau Datang Menangis nyanyian DUKES tiru lagu kumpulan Blur yang berjudul Beetlebum?

Hiburan Tue, 18 Jul 2023
Featured Mon, 23 Dec 2024
Hiburan Fri, 8 Dec 2023

Bimbang Trend Teknologi AI, Fatin Afeefa Jadi Takut Kongsi Wajah Anak-Anak

Zaman sekarang ni sangat membimbangkan ya, macam-macam boleh jadi 😭😭

error: Content is protected !!