Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 23, 2025 @ 12:20pm

Pilih Akim & The Majistret Menang Vokal Terbaik Di AJL39, Netizen Tak Percaya Kredibiliti Hael Hussaini, Amir Masdi?

Debaran menuju ke pentas paling berprestij, Anugerah Juara Lagu Ke-39 (AJL39), semakin terasa dengan hanya tinggal kurang tiga minggu sahaja lagi.

Menyaksikan persaingan sengit antara penyanyi popular tanah air, kemunculan pemenang Vokal Terbaik sebanyak empat kali di pentas AJL iaitu Hafiz Suip pastinya akan memberikan saingan sengit kepada penyandang kategori Vokal Terbaik, yang dimenangi oleh Aina Abdul pada edisi tahun lalu.

Justeru, untuk memeriahkan lagi suasana menjelang AJL39, TV3 melalui media sosialnya telah menyediakan platform bagi wargamaya mengundi calon vokal terbaik pilihan mereka.

Dengan tujuan sekadar untuk hiburan, peminat akhirnya memilih calon vokal terbaik media sosial pilihan mereka iaitu, Akim & The Majistrate meninggalkan pencabar terdekat seperti Amir Masdi, Hael Hussaini dan Masdo & Aisyah Aziz.

Pilihan pemenang Vokal Terbaik dalam kalangan peminat ini sekaligus menjadi tanda tanya adakah cita rasa peminat dalam memilih penyanyi dan kualiti vokal sudah semakin berubah atau peminat sudah tidak mempercayai kredibiliti vokal penyanyi lain.

Namun, yang pastinya barisan artis ternama tanah air yang bakal berentap di pentas AJL39 ini akan menjanjikan persembahan hebat apatah lagi anugerah ini ditujukan buat komposer dan penulis lirik lagu-lagu mereka.

Terdahulu, antara artis yang tersenarai  ‘berentap’ di media sosial termasuklah ‘Akim & The Majistrate vs Masdo & Aisyah Aziz’, serta ‘Amir Masdi vs Hael Husaini’.

Jangan lupa untuk mengikuti laman rasmi Instagram @tv3malaysia bagi mendapatkan berita dan informasi terkini mengenai pentas AJL39.

Untuk edisi kali ini, penonton bukan sahaja berpeluang menonton AJL39 di kaca televisyen, tetapi juga berkesempatan menyaksikan sendiri kehangatan malam anugerah ini secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Tiket konsert AJL39 boleh didapati melalui pembelian di www.wowtix.com.my.

Dihoskan oleh Naz Rahman dan Sissy Imann, AJL39 akan disiarkan secara langsung di TV3 pada 16 Februari ini, jam 9 malam, dan juga boleh distrim dalam kualiti HD di www.tonton.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 4 Nov 2022

Berang Bahagian Belakang Kereta Hancur Dihimpit Lori, Penyanyi Baharu Qistina Khaled Cari Bukti CCTV

Bahagian belakang kereta milik penyanyi dan pelakon baharu, Qistina Khaled hancur dihimpit lori ketika diletakkan di sebuah kawasan tempat letak kereta. @rusamusic Kesian @Qistina Khaled 😭 #rusamusic #rusamvm #qistinakhaled #keretakenalanggar ♬ Dramatic Music – RinkevichMusic […]

Trending Fri, 28 May 2021

Jom Beraya Dengan Salman Khan! Saksikan Radhe di tonton CINEMA

Jangan bersedih sebab tidak dapat pulang ke kampung sempena Aidilfitri kali ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau bosan duduk di rumah. Superstar Bollywood, Salman Khan mahu mengajak semua peminatnya untuk beraya bersama di tonton […]

Sihat Thu, 9 May 2024
Featured Thu, 27 Oct 2022

Walau Dah Berpisah, Ziana Zain Titip Pesan Pada Anak-Anak Untuk Jaga Kebajikan Bapa – “Mama Tak Akan Marah..”

Sayunya dengar luahan hati penyanyi hebat Ziana Zain untuk anak anak 🥺🥺🥺

Hiburan Thu, 11 Oct 2018

「失控拔掉注射导管」2周2度住院!赛琳娜进精神病院

小天后赛琳娜(Selena Gomez)这阵子搬离洛杉矶,鲜少出席公开活动!没想到现在传出这2个礼拜内住院2次,最后一次更在医院情绪崩溃。

Hiburan Wed, 4 Jul 2018

JBL Concert Run「5主题元素关卡」胡鸿钧加入阵容

JBL Concert Run即将于2018年9月15日(星期六)晚上7时,于Sunway Lagoon Surf Beach开跑;胡鸿钧加入阵容演唱会阵容。

error: Content is protected !!