Euforia Bola 2026
Events By: Halimey Zamal November 4, 2022 @ 8:18pm

Berang Bahagian Belakang Kereta Hancur Dihimpit Lori, Penyanyi Baharu Qistina Khaled Cari Bukti CCTV

Bahagian belakang kereta milik penyanyi dan pelakon baharu, Qistina Khaled hancur dihimpit lori ketika diletakkan di sebuah kawasan tempat letak kereta.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di akaun TikTok @rusamusic, Qistina terkejut melihat keadaan kenderaan terbabit dan berang kerana pelakunya tidak meninggalkan sebarang nombor untuk dihubungi.

“Ya Allah, apa ni? Kereta aku! Mana boleh buat orang macam ni! Letaklah nombor tak payahlah lari je macam tu, langgar kereta orang,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi Reedzwann juga datang untuk menenangkan keadaan.

Qistina masih tidak berpuas hati cuba mendapatkan bukti melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Melalui hantaran berasingan, bukti CCTV menunjukkan sebuah treler yang sedang mengundur mengheret sebuah lori.

Ia menyebabkan lori kecip itu menghimpit kereta milik Qistina.

Selain itu, Qistina yang sebak megucapkan terima kasih kepada netizen kerana memberikan semangat dan memberitahu dia sudah membuat laporan polis berkenaan kejadian itu.

“Thank you semua yang bagi kata-kata positif dekat Qis.

“Nak buat macam mana kan benda dah jadi and kepada yang cakap bukan-bukan yang tak percaya benda ni Qis tak tahu nak cakap apa sebab ni pengalaman pertama, jadi Qis macam serabut sikit dan kepada yang bagi kata-kata semangat pada Qis.

“Thank you so much dan Qis pun dah buat report,” katanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan rasa simpati dan mendoakan agar urusan Qistina dipermudahkan.

“Subhanallah Qis teruknya. Tu kan kereta kesayangan, then macam mana dapat detact tak? Ya Allah kau permudahkanlah urusan Qistina Ya Allah,” tulis salah seorang wargamaya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 9 Aug 2018

#daiTV3 : Selamat Jalan Dai’ Wafi

Bukan tidak bagus, bukan tidak punya gaya, mungkin rezeki masih belum berpihak pada mereka. 

Hiburan Mon, 17 Dec 2018

#Mentor 7: Tiada Penyingkiran Minggu Ketujuh, Lima Protege Ke Separuh Akhir

Lima protege mempamerkan persembahan hebat malam tadi. Siapa agaknya yang layak ke pentas final? Jangan lupa saksikan konsert Mentor 7 separuh akhir pada 23 Disember pada jam 9 malam di TV3. Tak sabarnya!

Events Tue, 25 Mar 2025

Blood Brothers Gegar Absolut Bazaar, Peminat Teruja Bertemu Barisan Pelakon Popular

Sharnaaz terharu melihat sokongan luar biasa peminat terhadap filem ini,

Hiburan Thu, 5 Jun 2025

[VIDEO] Tya Arifin Kecewa Beg Berisi Susu Badan Tertinggal Di London, Syarikat Penerbangan Dikritik

Tya Arifin kesal syarikat penerbangan tertinggal beg berisi susu badan

Hiburan Thu, 21 Dec 2023
Hiburan Wed, 10 Sep 2025

“Saya Yakin Amira Othman Akan Jadi Mak Tiri Yang Sangat Baik” – Pengurus Fattah Amin

Pengurus Fattah Amin berharap ikatan perkahwinan Fattah dan Amira berkekalan hingga ke syurga

Trending Mon, 4 Jun 2018

手指上长出一整排臼齿「惊悚指甲彩绘」胆大才能驾驭

对于女人来说,有干净、漂亮的美甲,已经成为每天造型重要一环,想要来点新鲜的,可以挑战惊悚系指甲彩绘,在手指上打造出逼真的臼齿、鼻子,毛到让人头皮发麻,胆子够大才能驾驭。

error: Content is protected !!