Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 22, 2023 @ 10:53pm

Nama Dipetik Isu Shila Amzah Mimpi Pelakon Wanita Ganggu Ubai, Ini Respons Sophia Albarakbah – “Hebat Netizen Kita…”

Pelakon, Sophia Albarakbah tampil memberi respons terhadap dakwaan segelintir netizen yang mengaitkan namanya dalam isu penyanyi, Shila Amzah mengenai pelakon wanita yang menganggu suaminya, personaliti media sosial, Ubaidillah.

Shila sebelum ini mendedahkan perkara berkenaan di platform X mengatakan gangguan yang hanya berlaku dalam mimpi itu seakan nyata dalam kehidupannya.

Meskipun tidak menyebut nama pelakon wanita tersebut, netizen bagaimanapun mengaitkan nama Sophia terhadap mimpi pelantun lagu Jauh Hati itu.

Artikel Berkaitan: “Semalam Nampak Dia Kat Stadium…” – Emosi Shila Amzah Terganggu, Mimpi Pelakon Wanita Ganggu Ubai… Tepis Dakwaan ‘Insecure’

Terkini, kemunculan Sophia di program realiti Famili Fuo musim ketiga (FD3) yang berlangsung di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam, Ahad telah meraih tumpuan ramai.

Sophia ketika ditemui berkata dia tidak perlu memberi kenyataan serta menegaskan kontroversi tersebut tidak ada kena mengena dengannya.

“Netizen tahu ya dia (Shila) mimpi siapa (ketawa). Hebat netizen kita.

“Saya rasa saya tidak perlu komen tentang isu kini kerana tidak ada kena mengena dengan saya,” katanya.

Tujuan Hadir Ke FD3

Sementara itu, Sophia berkata tujuannya datang ke program FD3 ini adalah untuk menonton persembahan hiburan.

“Ini pertama kali saya datang ke FD3 dan saya mahu melihat semua persembahan terlebih dahulu.

“Selepas melihat kesemuanya baru saya tahu nak sokong peserta yang mana nanti.

“Saya memang minat acara hiburan, tetapi saya tidak boleh menyanyi.

“Kalau menyanyi pun hanya untuk diri sendiri. Saya tidak akan menyanyi untuk orang… maaf,” ujarnya.

Terdahulu, nama Sophia hangat menjadi buah mulut ramai di media sosial selepas muncul dalam program nyanyian realiti sehingga kehadirannya mencetuskan kontroversi didakwa untuk menonton penyanyi, Aliff Aziz.

FD3 sedang bersiaran setiap Ahad, pada pukul 9 malam di TV3 dan Tonton.

Selain Shila, ia turut menampilkan lima pasangan duo lain iaitu Adira Suhaimi dan Ema Suhaimi, Ryan dan Adam Bakery, Syarif dan Syaiful, Haqiem Rusli dan Sriff Bahran serta Fuad Rahman dan Tom.

Artikel Berkaitan: Nafi Hadir Acara Untuk Tonton Aliff Aziz, Bella Astillah Pula Dakwa Sophia Albarakbah Menipu? – “Lepas Aliff Habis Nyanyi Je Terus Gerak Balik”

Artikel Berkaitan: “Kena Pindah Pergi Mars La Kot Family Saya Eh…” – Aisha Retno Bersuara Isu Sophia Albarakbah, Respons Bella Astilah Pula Curi Perhatian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 4 Aug 2018

Erma Fatima Impi Mak Cun Ke Layar Lebar

Saya juga memasang impian untuk membawa drama Mak Cun ke filem atau animasi pula selepas ini. Doakan, semuanya masih dalam perancangan. Insha Allah, kalau ada rezeki boleh kita tengok Mak Cun di panggung wayang pula!

Featured Fri, 25 Feb 2022
Featured Tue, 27 May 2025

Isu Dimarahi Guru, Sajat Tampil Pertahan Anak Saudara – “Jangan Tengking Macam Tu! Dia Dari Keluarga Tak Sempurna”

Warganet tidak bersetuju dengan tindakan guru berkenaan yang disifatkan sebagai pilih kasih.

Hiburan Fri, 22 Aug 2025
Hiburan Sun, 12 Nov 2023

Sudah Lali Dilabel Suara Kepit, Vokal Kurang Jantan… Amsyar Leee Mahu Ruang – “Biarkan Saya Berkarya”

Tak kisahlah netizen nak cakap apa pun, yang penting Amsyar nombor satu di hati min❤️❤️🔥🔥

Featured Sun, 27 Mar 2022

“Hubungan Kami Baik, Perbincangan Dah Ada Untuk Mendirikan Rumah Tangga” – Syafiq Kyle

Alhamdulillah, katanya mereka bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat ini.. 😍❤️

Featured Wed, 12 Nov 2025

Kamal Adli Curi Perhatian, Kongsi Momen Bersama Uqasha Senrose & Anak 

Uqasha & Kamal kelihatan tenang dan bahagia ketika meluangkan masa bersama anak mereka.

error: Content is protected !!