Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 31, 2022 @ 2:00pm

“Saya Bertudung Ketika Pandemik Bermula..” – Enggan Terus Berpura-Pura, Ika Mustafa Tanggalkan Hijab

Penyanyi Ika Mustafa mengambil keputusan untuk membuka tudung selepas dua tahun berhijab.

Turut bertugas sebagai pramugari, Ika atau nama sebenarnya, Nursyafiqah Mustafa, 24, mengakui sukar untuk istiqamah dan tidak mahu orang keliru dengan penampilan dirinya yang tidak berhijab sewaktu bekerja.

“Saya dah bekerja sebagai anak kapal selama empat tahun. Sewaktu pandemik, jadual tugas di awan biru sangat berkurangan dan saya memberi fokus terhadap kerjaya nyanyian.

“Ketika itu, saya terbuka hati untuk berhijab. Namun, saya akui sukar untuk saya menetapkan hati dan akhirnya saya membuka tudung sekitar Februari lalu.

“Sekarang pun industri penerbangan kembali rancak, saya kembali sibuk dengan tugasan sebagai pramugari. Saya tak mahu ada orang keliru nampak saya di dalam kapal nanti. Macam ada dua personaliti pula,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Puja Jadi Harapan Baharu Ika Mustafa

Ika ditemui di showcase Mimpi anjuran Werkit Records dan Rocketfuel Entertainment di PJ PAC, 1 Utama pada Selasa.

Pelantun lagu Puja dan Damaikanlah ini menafikan proses berhijab adalah sekadar satu percubaan.

“Saya memang tergerak nak berubah, cuma hati ini tak tetap pendirian. Saya akui sukar untuk istiqamah. Berhijab bukan percubaan tetapi memang apa yang saya nak lakukan dahulu.

“Orang yang rapat dengan saya mungkin tahu dan menerima apa yang saya buat kerana mereka mengenali saya. Saya memang nak berhijab, tapi ia tidak kekal,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, gadis ini giat mempromosikan single terbaharu berjudul Tak Punya Hati.

“Alhamdulillah, lagu ini dilancarkan beberapa minggu lalu. Karya ini juga dipilih menjadi lagu tema drama bersiri Ku Punya Hati lakonan Nabil Aqil dan Sharifah Rose.

“Tak Punya Hati mendapat sentuhan Audi Mok dan Shazee Ishak. Saya berharap lagu ini mendapat respons baik peminat muzik tempatan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 14 May 2026

Radja Akhirnya Bersuara, Terkejut Peminat Dakwa Kecewa Dengan Konsert RadjaWali – “Kami Tahu Kejadian Itu Selepas Pulang Ke Jakarta”

Radja akhirnya tampil bersuara berhubung isu kontroversi membabitkan konsert RadjaWali Live in Malaysia yang berlangsung pada 10 Januari lalu.

Trending Tue, 17 Oct 2023

Alamak, Wajah Dah Ada Tanda Penuaan? Cepat Check 3 Perkara Ni!

Kulit wajah yang cantik adalah aset bagi wanita. Apabila usia meningkat, kulit wajah akan mula nampak perubahan. Penuaan boleh berlaku awal kalau korang tak jaga kesihatan kulit korang dengan betul. Ramai yang nakkan kulit wajah […]

Hiburan Fri, 29 Dec 2023

Bakal Melahirkan Bayi Kedua, Dayah Bakar Mohon Doa Urusan Dipermudahkan

Semoga dipermudahkan urusan bersalin Dayah Bakar

Hiburan Sat, 22 Sep 2018

Liza Rayu Netizen Henti Sebar Gambar Bapa Mertua

Dalam pada itu, bekas penyampai radio Kool FM, Liza Khairuddin yang juga merupakan menantu kepada Saleem meluahkan rasa kecewa apabila gambar bapa mertuanya menjadi viral.

Hiburan Fri, 9 Feb 2018

INI UJIAN ALLAH, KITA SEMUA INSAN LEMAH – SOFI JIKAN

Pelakon filem KL Gangster 2 ini ditahan reman selama tiga hari untuk membuat siasatan selepas didapati positif dadah jenis ganja. Walau bagaimanapun, tempoh reman tidak akan disambung terhadap pelakon berusia 48 ini.

Trending Mon, 4 May 2020
error: Content is protected !!