Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 14, 2026 @ 3:57pm

Radja Akhirnya Bersuara, Terkejut Peminat Dakwa Kecewa Dengan Konsert RadjaWali – “Kami Tahu Kejadian Itu Selepas Pulang Ke Jakarta”

Kumpulan popular Indonesia, Radja akhirnya tampil bersuara berhubung isu kontroversi membabitkan konsert RadjaWali Live in Malaysia yang berlangsung pada 10 Januari lalu.

Menurut Ian Kasela selaku vokalis kumpulan Radja, mereka sendiri hanya mengetahui mengenai kontroversi bahawa peminat kurang berpuas hati dengan konsert berkenaan selepas pulang ke Jakarta.

Kata Ian, sepanjang persembahan berlangsung, mereka menyaksikan sendiri keterujaan peminat yang hadir sekali gus tidak menyedari wujudnya sebarang masalah pada ketika itu.

“Kami tahu kejadian itu (peminat tidak berpuas hati) setelah saya berada di Jakarta.

“Jadi kami pada ketika itu hanya merasakan tidak ada satu pun peminat yang berasa kecewa dengan persembahan Radja. Kerana kami menyaksikan sendiri peminat-peminat yang hadir ke konsert itu berpuas hati,” katanya kepada XTRA.

Mengaku sedikit sebanyak terkesan dengan isu tersebut, Ian menegaskan, Radja hanya fokus memberikan persembahan terbaik kepada peminat meskipun mereka diberikan tanggungjawab untuk membuka pentas pada malam berkenaan.

“Pada pandangan saya, saya memang terkejut sehinggakan overthingking. Tapi pada ketika kami diberikan peluang untuk membuat persembahan pertama, kami hanya memberikan yang terbaik. Selebihnya kami memang tidak tahu,” jelasnya.

Dalam masa sama, Ian memaklumkan hubungan antara Radja dan Wali Band juga berada dalam keadaan baik tanpa sebarang perselisihan seperti didakwa segelintir pihak.

Akuinya, kehadiran Radja ke Malaysia hanyalah untuk menghiburkan peminat yang sentiasa memberikan sokongan terhadap perjalanan seni mereka selama ini.

“Kalau Radja kecewa memang tidak ada alasan kerana pada konsert itu semua peminat happy.

“Dan Radja dengan Wali Band juga tidak mempunyai sebarang masalah. Kami tetap optimis dan bersemangat untuk kembali lagi ke Kuala Lumpur,” ujarnya.

Sebelum ini, Konsert RadjaWali Live in Malaysia yang berlangsung di sebuah lokasi acara di Petaling Jaya kecoh apabila peminat meluahkan rasa kesal dan marah sebaik persembahan Wali Band pada segmen kedua terpaksa dihentikan secara tiba-tiba, apatah lagi Wali Band sepatutnya mempunyai beberapa lagu dendangan lain termasuk karya hit mereka seperti, Yank dan Tobat Maksiat.

Selain itu, konsert yang dijadualkan membuka tirai pada jam 8 malam itu tidak mematuhi masa apabila bermula lewat 50 minit sekali gus mengundang kemarahan kira-kira 5,000 peminat yang hadir.

Penganjur Konsert RadjaWali Live in Malaysia juga mendakwa, pemilik premis tersebut enggan memberi kelonggaran membolehkan konsert dilanjutkan biarpun rundingan sudah dibuat bersama wakil Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 25 Nov 2021

Bakal Terbang Ke US, Nur Sajat Dakwa Akan Muncul Dalam The Ellen Show Januari Depan

Usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat mendakwa dirinya bakal muncul dalam program bual bicara terkemuka Hollywood, The Ellen Show pada Januari depan. @sajat.issa Bulan 2 Sajat terbang ke singapore ♬ original sound […]

Hiburan Mon, 15 Jul 2019

Erma Fatima Syukur ‘Buah Hati’ Terselamat

Erma Fatima bersyukur Allah menyelamatkan Zareef Yusof yang berusia sembilan tahun, daripada kecederaan.

Hiburan Wed, 7 Jan 2026

Fedtri Yahya Kesal Lirik Lagu Berunsur L*cah – “Perlu Ada Batasan Kerana Ia Mengaibkan”

Fedtri Yahya kecewa lirik lagu berunsur lucah dalam dangdut

Hiburan Thu, 30 May 2019

Curang Dengan Isteri, Cef Fikree Akhirnya Bercerai

Padam ‘the ugly post’…semoga Zuriehan terus tabah hadapi dugaan ini. Doa yang baik-baik!

Hiburan Wed, 4 Apr 2018

Erwin Dawson Sudah Bertunang!

Erwin berpegang kuat kepada janji dan niat yang telah dilafazkan untuk mengahwini Julia cuma belum ada tarikh tetap.

Hiburan Sat, 4 Nov 2023
Hiburan Tue, 19 Mar 2019

Izzue Islam Dan Isteri Terlibat Dalam Kemalangan?

Alhamdulillah, yang penting semuanya selamat!

error: Content is protected !!