Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 16, 2023 @ 4:01pm

“Peduli Pula Aku Kau Puas Hati Atau Tak Apa Aku Cakap!” – Isu Lenjan Kerja 20 Jam Sehari, Sharnaaz Ahmad Tampil Beri Kenyataan Balas

Susulan isu penggambaran sehingga 20 jam yang pernah dibangkitkan sebelum ini, pelakon Sharnaaz Ahmad tampil memberi kenyataan balas selepas ada pihak dilaporkan tidak berpuas hati dengan teguran yang diberikannya.

Memetik laporan Melodi, Sharnaaz tidak kisah sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati mengenai pendapatnya sebelum ini, malah dia bertegas bahawa isu bayaran bukan ‘tiket’ untuk mengerahkan tenaga para pelakon sesuka hati.

“Peduli pula aku kau puas hati atau tak puas hati apa aku cakap. Kepada director dan produser yang manipulate the story, salahkan artis atau kru datang lambat, itu pendapat mereka.  Mereka yang produce sendiri dan mereka yang direct sendiri.

“Benda tu tak salah tapi aku as director dan producer juga, jadi aku faham kerja ni. Aku seorang peakon dan bekerja bersama kru as a family, kau bayar artis bukan tiket untuk kau lenjan orang suka hati, semata-mata kau nak maksimumkan keuntungan kau kepada produksi,” katanya.

Malah, pelakon filem Juvana ini juga menegaskan, tahun 2023 bukanlah tahun di mana para pelakon dikerah dan dijadikan sebagai ‘hamba’ dek kerana mereka telah mendapat bayaran yang sepatutnya.

“Jangan cerita kat aku berapa kau  dapat, aku tahu. Aku tahu berapa stesen bayar dekat kau untuk satu episod. Aku tahu berapa banyak duration yang kau gunakan untuk satu episod dan  it is actually two to three days, kalau kau nak buat duit, kau kena minimumkan kepada dua hari atau satu  hari setengah.

“Bila kau maksimumkan keuntungan kau kepada production side, orang penat dan orang tak boleh perform. Artis datang lambat, kalau artis datang lambat, dia attitude problem, salahkan artis tu. Tak semua artis betul, ada artis yang diva, patut terajang je artis yang diva tu. Tapi kita kena fikir dalam konteks yang lagi besar,  kita ni pekerja bukan pada zaman slave.

“Sampai bila kita nak kena hidup dalam kerja selama 21 jam, kau kerja dari pukul 8 pagi habis pukul 1 pagi balik rumah tidur pukul berapa kemudian calltime pukul 8 pagi berapa jam nak tidur? Dan ada juga yang kata gaji kau setimpal? Ya, memang kami layak dapat gaji sebanyak itu, this is industry business, kau kena fikir anda bekerja dengan manusia bukan dengan lembu,” jelasnya.

Meskipun begitu, Sharnaaz memaklumkan, tindakannya ini bukanlah untuk menuding jari kepada mana-mana pihak, selain berharap tindakan sewajarnya akan diambil oleh pihak tertentu.

“Ini bukan soal menuding jari, sebab kita ada Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) dan kita ada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Fungsi dia adalah, untuk memantau dari semua sudut kebajikan dan sebagainya. 

“Saya tiada isu dengan FINAS tapi saya mahu FINAS mengambil tindakan untuk masalah ini.  2023 jangan bawa perangai 25 tahun dulu. Kita boleh faham 12 jam mungkin tak cukup.

“Aku marah, sebab dah masuk 16-17 tahun dalam industri, nothing change. Bila kita bercakap soal ni banyak yang akan terasa. Yang asalnya pelakon tiba-tiba ada duit sikit buka production tapi anda bakat as a director pun tak ada boleh lenjan artis-artis baru without even ada ‘kepala otak’. 

“Aku tak ada lah direct kepada sesiapa, tapi kalau ada yang tak puas hati tu, come and see me,” Ujarnya.

Terdahulu,  Sharnaaz berang dengan tindakan produksi yang mengamalkan jadual penggambaran tidak menentu sehingga pelakon dan kru kepenatan akibat bekerja lebih masa menerusi perkongsian di Instagram Stories (IGS) miliknya.

 

 

ARTIKEL BERKAITAN:Sharnaaz Ahmad Berang Produksi ‘Bantai’ Kerja 20 Jam Sehari – “Macam Mana Mereka Semua Ni Layak Dapat…”

ARTIKEL BERKAITAN:TikTokers Buat Prank B*doh, Ini Respons ‘Padu’ Sharnaaz Ahmad – “Aku Dah Tak Lama Dalam Industri, Tapi Kalau Begini Sumpah Sampah!”

ARTIKEL BERKAITAN:“Aiseh! Sat Lagi Hang Makan Penendang Aku!” – Isu Gelar Suami Dayus, Sharnaaz Ahmad Berang Kenyataan Diputar Belit

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 15 Dec 2022

Majlis Terima Kasih Cikgu Didik TV KPM 2022 Hadiah Penghargaan Buat Warga Pendidik

Guru adalah obor ilmu menjadi cahaya dalam membantu pelajar untuk berjaya di dalam pelajaran. Oleh itu, NTV7 rangkaian televisyen Media Prima Berhad (MPB) telah menganjurkan majlis Terima Kasih Cikgu Didik TV KPM 2022 Majlis ini […]

Hiburan Wed, 30 Apr 2025

“Bukan Ditahan, Cuma Dileraikan Polis” – Saiful Apek

Saiful Apek yang menafikan dirinya ditahan pihak berkuasa seperti yang digambarkan dalam foto tular, baru-baru ini.

Featured Tue, 13 Jan 2026

“Komen Terhadap Uqasha Sangat Biadab & Penuh Kebencian” – Aprena Manrose Tampil Pertahan Uqasha Senrose

Aprena mengakui dirinya terkesan membaca kecaman yang diterima sepupunya itu, apatah lagi ketika Uqasha sedang melalui fasa paling sukar dalam hidup.

Hiburan Tue, 23 Jan 2018

Fattzura Tidak Tercalon Peminat Bengang

Anugerah MeleTop Era (AME2018) bakal menemui peminat lagi pada April ini, namun ketiadaan pasangan Fattah Amin dan Fazura dalam kategori Couple MeleTop Top 20 menjadi tanda tanya. Ramai mengaitkan isu ini dengan Neelofa selaku pengacara program itu.  Namanzee Haris menafikan pasangan kegemaran […]

Featured Sun, 15 Jun 2025
error: Content is protected !!