Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 13, 2022 @ 1:30pm

TikTokers Buat Prank B*doh, Ini Respons ‘Padu’ Sharnaaz Ahmad – “Aku Dah Tak Lama Dalam Industri, Tapi Kalau Begini Sumpah Sampah!”

Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok menunjukkan seorang individu lelaki melakukan aksi ‘prank’ terhadap seorang wanita dengan cara membaling kek ke muka bertujuan untuk melihat tahap kesabaran seseorang namun video tersebut mendapat pelbagai respons negatif dalam kalangan masyarakat.

Malah, ada yang menganggap kandungan video tersebut bersifat provokasi dan menjatuhkan maruah.

Menyedari perkara itu tular di media sosial dan mendapat pelbagai respons negatif, mentor kepada TikTokers berkenaan yang juga pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi menjelaskan, ia  hanyalah lakonan semata-mata dan individu yang terlibat dalam video berkenaan telahpun dibayar.

 

Ekoran perkongsian tersebut, rata-rata warganet dan rakan selebriti  termasuklah pelakon, Sharnaaz Ahmad tampil memberikan pandangan dan menganggap apa yang dikongsikan TikTokers tersebut sebagai ‘sampah’.

“Mai prank aku, nak alamat tak? Kalau tak, ramai nak prank awak ni,” tulisnya.

Dalam pada itu, Sharnaaz menerusi perkongsian di Instagram Stories (IGS) berkata, dia kesal apabila melihat industri seni tanah air melahirkan ‘sampah’ sebegini malah, berharap adalah lebih baik sekiranya negara kita dapat melahirkan anak muda yang berbakat dan hebat dalam lakonan ataupun nyanyian.

“Allahuakbar Pak Nil, saya sangat menghormati Pak Nil dalam industri. Tapi kalau nak lahirkan kaki viral ni di Malaysia elok lahirkan lagi anak-anak seni berbakat dalam lakonan dan seni tanah air. Bukan viral sampah ni.

“Saya dah 37 tahun, dah tak lama dah dalam industri tapi kalau begini industri kita? Sumpah sampah yang dilahirkan untuk mewakili seni tanah air,” tulisnya.

Sementara itu, Sharnaaz mengakui zaman sekarang kualiti lakonan sudah tidak lagi dititikberatkan malah, sebagai pelakon dia rindu melihat bakat baru yang hebat dilahirkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 9 Jun 2021

Malaysia Berjaya Capai Sasaran Beri 150,000 Vaksin Sehari

Kadar vaksinasi harian sebanyak 150,000 sudah berjaya dicapai semalam dan angka itu dijangka terus meningkat berikutan 16 juta dos vaksin Covid-19 yang bakal tiba dalam tempoh dua bulan. Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin […]

Featured Tue, 17 Mar 2020
Trending Mon, 29 Jun 2020

[Terkini] Orang Ramai Kini Boleh Hadir Ke Majlis Perkahwinan, Tidak Melebihi 250 Orang

Buat mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat..

Trending Fri, 25 Sep 2020
Hiburan Thu, 31 Oct 2019

Penyanyi Popular Ini Sebenarnya Protege Black?

Jangan lupa saksikan Mentor Milenia 2019 Ahad ni tau?

Hiburan Thu, 23 Jan 2020

八度空间全新「亲子合唱节目」1月29日展开网上招募

全马唯一的亲子合唱节目,将于1月29日展开网上招募!

error: Content is protected !!