Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi February 16, 2023 @ 8:45pm

Menangis Terima Lagu Dari Shila Amzah, Suki Low Harap ‘Bahagia Yang Sebentar’ Rawat Hati Terluka

Penyanyi Suki Low Sook Yee kini muncul dengan single terbaharu berjudul Bahagia Yang Sebentar hasil ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi popular, Shila Amzah.

Menurut Suki, dia menerima tawaran tersebut seusai bertanding di pentas Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) dan mengakui sangat berpuas hati dengan karya ini.

“Sebenarnya, saya terima demo lagu ini daripada Shila sehari selepas GV8 berakhir. Selepas mendengarnya, saya memang suka dengan lagu ini dan mahu jadikannya single baharu selepas GV8.

“Tapi, pada masa itu juga, saya terima pelawaan untuk terbabit dalam projek lagu Nelangsa, OST filem The Assistant arahan Adrian Teh dan juga beberapa projek yang lain seperti berlakon dan penyanyi suara latar untuk filem Pinocchio oleh Disney serta penerbitan lagu Hari Kebangsaan Hari Malaysia 2022, Keluarga Malaysia Teguh Bersama untuk dinyanyikan oleh saya bersama Amir Masdi, Amos Paul dan Nikki Palikat.

“Selain itu, saya juga sibuk dengan kerja dan jadual lain. Disebabkan itu, saya mengambil lebih masa untuk selami lagu Bahagia Yang Sebentar dan merancang cara untuk menyampaikan lagu ini. Saya terbitkan lagu ini sendiri dan sangat berpuas hati dengan hasil karya kali ini,” ujarnya.

Suki berkata, dia terharu dan menitiskan air mata ketika mendapat lagu daripada Shila. Malah berharap pelantun lagu Tiada Dirimu itu berpuas hati dengan karya tersebut.

“Saya rasa sangat terharu, menitis air mata pun ada bila Shila kongsikan demo. Ia adalah sebuah lagu yang penuh dengan jiwa. Saya berbesar hati atas kepercayaan Shila untuk memberi lagu ini kepada saya.

“Dia seorang yang sangat meyokong karier saya. Begitu juga saya terhadap Shila. Saya harap Shila puas hati dengan hasil karya akhir lagu ini.

“Saya merakam lagu ini pada awal Januari lalu. Proses produksi lagu ini bermula pada November tahun lalu. Proses rakaman vokal mengambil masa tujuh jam,” katanya.

Tambah Suki, biarpun sudah lama tidak merakamkan single baharu, tidak timbul perasaan kekok sebaliknya berasa teruja untuk memberikan yang terbaik pada setiap karya yang dihasilkan.

“Lagu ini mengisahkan kehilangan dan fasa kedukaan bila kehilangan seseorang. Menyangkal, marah, tawar menawar, depresi dan akhirnya penerimaan. Lagu ini pula bergenre lagu Pop Balada. Ia sebuah lagu cinta yang penuh emosi.

“Studio rakaman umpama ‘second home’ bagi saya. Saya suka luangkan masa dalam studio, kerana ia tempat selamat bagi saya mengekspresi segala emosi dan kreativiti, samaada sebagai penyanyi atau tenaga kerja produksi.

“Saya berharap lagu ini dapat diterima ramai serta dapat menemani pendengar yang melalui fasa kehilangan dan menyembuhkan hati duka. Bagi saya, muzik boleh menyembuh dan memberi semangat dan saya berharap lagu Bahagia Yang Sebentar dapat mencapai tujuan itu,” jelasnya.

Bahagia Yang Sebentar mula dilancarkan Nova Music 3 Februari lalu dan boleh mula distrim di semua pelantar muzik digital serta video muzik rasmi boleh mula ditonton di saluran YouTube ‘Nova Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 2 Jan 2020

Selepas Tiga Tahun, Justin Bieber Akhirnya…

Bieber yang bakatnya dicungkil menerusi platform Youtube pada tahun 2007 mencetuskan fenomena luar biasa di seluruh dunia.

Hiburan Wed, 1 Jul 2026

Foto Dengan Wanita Di Bali Cetus Spekulasi, Meerqeen Minta Netizen Henti Buat Andaian – “Ramai Orang Dekat Situ, Dia Bukan GF Saya”

Meerqeen turut berharap orang ramai menghentikan tuduhan tidak berasas dan tidak terus membuat andaian terhadap dirinya hanya berdasarkan sekeping gambar yang tular

LIFESTYLE Thu, 19 Jul 2018

SAH, Kasut Sekolah Hitam Bermula Tahun Depan!

Baiklah, mulai tahun depan, murid-murid akan memakai kasut hitam, bukan kasut putih lagi. No more kapur kasut lepas ni okay, adik-adik!

Hiburan Sun, 12 Jan 2025

CSOIAM: “Apa Jadi Dengan Awak Ni?” – Yusry & Ziana Beri Kritikan Tajam Kepada Rezza Shah, Menyesal Beri Imuniti?

Juri tetap CSOIAM, Ziana Zain & Yusry Abdul Halim memberikan komen pedas kepada Rezza Shah.

Trending Sat, 29 May 2021

Yura Yunita Perkenalkan Tenang di Malaysia

Penyanyi popular Indonesia, Yura Yunita telah melancarkan lagu terbaharunya yang berjudul Tenang di Indonesia pada April lalu. Berkongsi lagu dan perasaan yang sama, Yura berbesar hati melebarkan halwa telinga ini ke pendengaran peminat di Malaysia. […]

Hiburan Thu, 16 May 2019

Sakit Buah Pinggang Bukan Penghalang Ebby Yus Berpuasa

Nanti bila dah sihat sepenuhnya, Ebby mahu kembali kembali ke lokasi penggambaran di luar pula. Semoga terus kuat ya!

Hiburan Mon, 6 Nov 2023

Publisiti Murahan… Itu Bukan Cara Saya – Siti Saleha

Artis mana yang suka buat publisiti murahan???

Hiburan Tue, 9 Jan 2024
error: Content is protected !!