Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 20, 2025 @ 5:01pm

“Dah Cuba Cara Baik, Tapi Tak Jalan” – Hubungan Pengarah & Penerbit ‘Misteri Fraser 1910’ Masih Tegang

Penerbit filem Misteri Fraser 1910, Elani Aidid akhirnya membuka mulut mengenai konflik bersama pengarah filem berkenaan, Shuhaimi Zulkefli yang kini berlarutan hingga ke mahkamah.

Elani berkata pihaknya sudah beberapa kali mencuba menyelesaikan isu tersebut secara baik untuk menarik semula kenyataan kontroversi yang dimuat naik di media sosial, namun tidak diendahkan.

“Kami dah beri masa tujuh hari untuk dia padam hantaran itu, tapi dia tak buat. Wakil Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) pun pernah hubungi tanya kalau boleh selesai di luar mahkamah.

“Saya kata boleh saja, asalkan mereka bincang dengan peguam kami dan beri cadangan. Tapi tiada maklum balas selepas itu,” katanya.

Elani berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan perdana Misteri Fraser 1910, pada Rabu.

Sementara itu, Elani mendakwa Shuhaimi meninggalkan kumpulan WhatsApp sebaik usai penggambaran tanpa menyelesaikan proses suntingan.

“Kerja dia hanya sampai hari terakhir penggambaran. Proses suntingan sepenuhnya dijalankan oleh kru lain termasuk kami sendiri.

“Kami cuba menghubunginya, tapi dia kata sibuk dengan penggambaran lain. Segala bayaran sudah diselesaikan seperti dijanjikan,” dakwanya.

Mengulas dakwaan kononnya nama Shuhaimi ‘dibuang’ dari poster filem, Elani tampil menjelaskan tindakan itu dibuat atas permintaan Shuhaimi sendiri.

“Dia sendiri persoalkan kenapa nama dia ada dalam poster. Tapi atas nasihat profesional, kami tetap letak nama dia macam biasa. Dalam filem pun kami letak nama dia di pembukaan dan penutup, dan kami akui sumbangannya sebagai pengarah untuk festival luar negara juga.

“Cuma untuk malam gala ini, dia memang tidak dijemput sebab hubungan masih tegang dan kami mahu elak sebarang insiden yang tidak diingini.

“Kami hanya mengundang mereka yang mempunyai hubungan baik dengan produksi. Kami mengelakkan menjemput individu tidak mempunyai hubungan baik,” jelasnya.

Terdahulu, pihak produksi Misteri Fraser 1910, iaitu Millionaire Films Production Sdn Bhd menuntut Shuhaimi membuat permohonan maaf berikutan kenyataan berunsur fitnah yang didakwa dimuat naik di media sosialnya.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan firma guaman Tetuan Ras & Co mewakili penerbit, Amai Kamarudin dan Elani Aidid, saman telah difailkan selepas Shuhaimi didakwa menuduh syarikat mereka gagal melunaskan bayaran kru sehingga kononnya menjadi punca tayangan filem terganggu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 30 Mar 2023
Featured Mon, 19 Dec 2022

[VIDEO] ‘Jauh Hati’ Ceritakan Episod Hitam Dalam Perkahwinan Shila Amzah – “Lirik Ditulis Sehari Sebelum Saya Keluar Rumah”

Lirik lagu yang sangat mendalam maksudnya 🥲 ‘Patut rasa banggalah, siapa lagi nak buat lagu pasal dia?’ – Shila Amzah

Hiburan Wed, 31 Jul 2019

Ramona ZamZam Rindu Siapa Tu?

Sabar okay Ramona! Waktunya pastinya tiba.

Hiburan Wed, 14 Feb 2018

‘CINTA PALSU’ MAZUIN HAMZAH?

Mendapat lebih dari 119k tontonan, DS Vida turut memuat naik beberapa keping  gambar lagi yang memperlihatkan wajah putera ketiga Mazuin, Pengiran Khaleed, 23 tahun.

Featured Tue, 2 Sep 2025

Mimi Lana ‘Belanja’ Video Dipeluk & Dici*m Syafiq Kyle, Netizen Komen: “Tolong Hormat Yang Single Ni”

Mimi Lana menyorot perhatian ramai selepas berkongsi video pendek menerusi hantaran di laman sosial miliknya.

Featured Wed, 26 Mar 2025

Gabung Elemen Moden & Tradisional, Andi Bernadee Tampil Dengan ‘Inikan Hari Raya’

Penyanyi berbakat Andi Bernadee kembali dengan karya baharu, menandakan penampilan sulungnya dengan lagu Hari Raya secara solo.

Hiburan Fri, 24 Nov 2017

Yuna, Adam Sinclair Bersanding 28 Januari Tahun Depan

Tak sabar melihat majlis persandingan Yuna dan Adam yang bakal diadakan gilang gemilang nanti

Featured Tue, 3 Mar 2026

Kongsi Petikan Fitnah Akhir Zaman, Netizen Tegur Firdaus Ghufran – “Macam Mana Nak Hadap Ujian Dajal Kalau Ujian Wanita Pun Failed”

Pelakon, Firdaus Ghufran menyorot perhatian apabila perkongsiannya mengenai fitnah akhir zaman baru-baru ini dipertikaikan warganet.

Featured Thu, 15 Aug 2024

“Bahagialah Di Syurga Firdausi”- Aufahanie Sifatkan Arwah Seorang Abang & Anak Yang Baik

Allahu, sebaknya bila kita kehilangan orang yang tersayang!

Kisah Viral Sat, 21 Jan 2023

Galau Bersama, Konsert Cakra Khan Terima Sorakan Padu Dari Peminat!

Konsert Cakra Khan – A Decade Live in Kuala Lumpur yang diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) berlangsung dengan meriah semalam. Konsert tersebut telah meraih sambutan dan sorakan padu daripada peminatnya di […]

error: Content is protected !!