Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir October 11, 2022 @ 5:19pm

Azhan Rani Dedah Pernah Alami Nasib Sama Seperti Wafariena – “Siapa Nak Tanggungjawab?”

Susulan kecederaan yang dialami pelakon Wafariena Roslan kerana melakukan aksi lagak ngeri semasa pengambaran, pelakon Azhan Rani tampil berkongsi pengalaman sama ketika dahulu.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia mendoakan kesembuhan Wafariena dan meluahkan perasaan tentang kemalangan yang pernah dialaminya.

“Semoga cepat sembuh Wafariena. Benda nak jadi nak buat macam mana kan? Tapi bila jadi apa pula tindakan untuk elak perkara ni berulang dan siapa yang nak tanggungjawab?

“Bukan nak ungkit, sekadar kongsi. Kes aku accident dulu, aku dikerahkan mengejut datang ke set shooting tengah hari kononnya ada pelakon patut yang patut datang pada waktu tu tak dapat datang,” katanya.

Menurutnya, dia sepatutnya tiba di lokasi pengambaran pada pukul 4 petang namun kerana lokasi rumahnya agak jauh, Azhan Rani membawa motosikal untuk tiba lebih cepat.

Namun, malang tidak berbau, dia mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan ke lokasi pada waktu tengahari itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

Pada ketika itu, dia meminta pertolongan orang di lokasi kejadian untuk membantunya membuat panggilan video dengan pihak produksi dan dibantu sahabat baiknya, Beto Khusyairi.

“Lepas tu wakil production datang tengok aku kat wad kecemasan dan tolong call sahabat baik Beto Khusyairy untuk uruskan aku lepas tu.

“Yang lain dia bantu carikan towing motor aku ke rumah sahabat aku dan sahabat aku yang bayarkan towing tu. Itu sajalah dari produksi untuk aku,” jelasnya.

Tambahnya lagi, sepanjang lapan hari berada di hospital, tiada seorang daripada pihak produksi datang menjenguk keadaannya.

Pelakon ini juga turut bimbang dengan nasib krew belakang tabir sekiranya kemalangan yang tidak diingini berlaku ke atas mereka.

“Nasib aku mungkin baik sikit sebab aku ada insurance sendiri. Daripada masuk wad pembedahan sampai ulang-aling buat physio lebih RM50,000 juga kos dia. Tutup mata lah sebab ada insurance.

“Tapi itu aku. Terfikir pula kalau krew dan pekerja belakang tabir? Siapa yang akan bela nasib mereka? Sama-sama kita perbaiki,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 15 Jul 2019

Betul Ke Rihana Oksana Cerai Talak Tiga?

Media Moscow melaporkan perkahwinan Rihana bergolak pada 24 Januari lalu. Bagaimanapun bapa Rihana, Andrey Gorbatenko menafikan dakwaan tersebut.

Hiburan Thu, 24 Nov 2022

Eyka Farhana & Akhyar Rashid Balas Pantun Rindu Di TikTok

Sudah pasti ramai yang mengenali pelakon jelita Eyka Farhana yang sering mencuri tumpuan netizen dengan gelagat mesranya bersama Akhyar Rashid, yang juga merupakan seorang pemain bola sepak. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh […]

Hiburan Fri, 11 Oct 2019

Bukti Suami Romantik, Judika Sanggup Lakukan Hal Ini!

Beruntung Duma dapat suami romantik macam Judika!

Hiburan Mon, 18 Sep 2023

“Kami Kembali Rujuk Pada 31 Ogos Lalu” – Farid Kamil

Alhamdulillah! Jodoh masih kuat! Semoga berbahagia FK & DD

Trending Thu, 11 Oct 2018

Ditipu Teman Lelaki, Lihat Tindakan Gadis ‘Kental’ Ini!

Tak semua benda yang kita rancang tu akan jadi kenyataan. Betul, hati manusia ni berubah-ubah. And betul, tak semua lelaki ni trash. Tapi lelaki yang aku dapat ni trash. Thanks bruh…

Hiburan Sat, 5 Apr 2025
Featured Thu, 11 Aug 2022
error: Content is protected !!