Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 19, 2026 @ 6:22pm

Fenomena Koplo Makin Menular, KOPLOVE Live In Kuala Lumpur 2026 Bakal Satukan Peminat Malaysia Dan Indonesia

Gelombang muzik koplo yang semakin rancak di Indonesia kini mula mencuri perhatian peminat muzik di Malaysia. Rentaknya yang rancak serta gabungan elemen dangdut moden menjadikan genre itu semakin diterima, khususnya dalam kalangan generasi muda.

Menyedari perkembangan tersebut, Zona Joget bakal menganjurkan KOPLOVE Live In Kuala Lumpur 2026 pada 1 Ogos depan, jam 8 malam di VOX Live Kuala Lumpur, Platinum Park.

Konsert berkenaan bakal menampilkan dua nama besar dari Indonesia iaitu START KOPLO dan Lilo, selain turut disertai beberapa DJ tempatan yang akan memeriahkan pentas.

Menurut Pengarah Urusan Ace Talents, Azuein Alonto, Kuala Lumpur dilihat sebagai lokasi terbaik untuk memperkenalkan budaya koplo kepada khalayak lebih luas memandangkan penerimaan masyarakat tempatan terhadap muzik dari Indonesia semakin memberangsangkan.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita dapat lihat muzik Indonesia diterima dengan sangat baik di Malaysia. Daripada pop dan indie sehinggalah kepada dangdut serta koplo yang semakin mendapat perhatian di media sosial.

“Bagi kami, koplo bukan sekadar muzik, tetapi satu pengalaman yang menghimpunkan orang ramai menerusi nyanyian, tarian dan suasana yang penuh interaksi. Sebab itu kami percaya KOPLOVE mempunyai potensi untuk berkembang di sini,” katanya.

Tambah Azuein, selain komuniti Indonesia yang besar di Malaysia, minat dalam kalangan penonton tempatan terhadap pengalaman hiburan yang lebih interaktif juga semakin meningkat.

Mengulas pemilihan START KOPLO dan Lilo sebagai bintang utama konsert, Azuein berkata kedua-dua nama itu membawa identiti tersendiri dalam budaya koplo moden.

“START KOPLO dikenali dengan kreativiti mereka dalam mengolah lagu-lagu popular dengan sentuhan koplo yang dekat dengan generasi muda. Mereka juga mempunyai komuniti peminat yang kuat dan sentiasa berjaya mencipta suasana meriah setiap kali membuat persembahan.

“Lilo pula mempunyai tenaga yang luar biasa di atas pentas dan bijak membaca emosi penonton. Gabungan kedua-duanya akan memberikan pengalaman yang lebih lengkap kepada penonton,” katanya.

Menurutnya, KOPLOVE bukan sekadar sebuah acara hiburan, sebaliknya menjadi platform untuk membina komuniti pencinta muzik koplo di Malaysia.

“Kami mahu mewujudkan ruang untuk orang ramai berkumpul dan meraikan muzik yang mereka minati tanpa mengira latar belakang.

“Sebab itu kami sering menggunakan slogan ‘Be Part of The Movement’ kerana kami percaya KOPLOVE bukan hanya tentang artis di atas pentas, tetapi semua yang hadir dan menjadi sebahagian daripada pengalaman tersebut,” katanya.

Azuein berharap penganjuran edisi pertama KOPLOVE mampu menjadi titik permulaan kepada perkembangan budaya koplo yang lebih besar di negara ini serta membuka lebih banyak peluang kolaborasi antara Malaysia dan Indonesia pada masa akan datang.

Bagi penganjuran kali pertama ini, pihak penganjur menyasarkan kehadiran sekitar 1,000 penonton di VOX Live Kuala Lumpur.

“Koplo sebenarnya merentasi generasi. Ramai yang membesar dengan lagu dangdut dan muzik Indonesia yang mempunyai elemen hampir sama.

“Akhirnya, KOPLOVE adalah tentang kebersamaan dan pengalaman yang dikongsi bersama. Kami mengalu-alukan kehadiran rakyat Malaysia, komuniti Indonesia, pelajar, golongan profesional dan sesiapa sahaja yang cintakan muzik serta suasana positif,” katanya.

Tiket KOPLOVE Live In Kuala Lumpur 2026 dijual pada harga RM99 bagi kategori Early Bird, RM148 untuk tiket biasa dan RM169 bagi pembelian di pintu masuk pada hari acara menerusi laman web Ticket2U.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 12 Nov 2022

Iron Baju Umrah Ibu, Aksi Anak Wan Maimunah Undang Sebak Warganet

Pelakon terkenal Malaysia , Wan Maimunah yang akan mengerjakan ibadah umrah tidak lama lagi telah meraih perhatian warganet di media sosial. @aidahshermerican Semoga dipermudahkan urusan Ibu Dunia Akhirat… Salam rindu kami buat Rasulullah SAW. #wanmaimunah […]

Hiburan Wed, 6 Nov 2019

桐瑶为你还原一代陨落巨星—邓丽君的经典音乐

这个12月就让我们一起在云顶云星剧场共婵娟,让邓丽君首首经典歌曲代表你的心!

#tilljannah Wed, 7 Dec 2022

Sweet! Netizen Puji Cara Eboy Arbaain Jawab Soalan Asyallie Ahmad -“Suka Tengok Cara Suami Dia Bercakap…”

Baru-baru ini pempengaruh, Asyallie Ahmad atau lebih dikenali sebagai Asya memuat naik sebuah perkongsian di laman TikToknya sehingga berjaya meraih perhatian ramai. Menerusi hantaran tersebut, Asya sedang meluahkan perasaannya kepada suaminya iaitu Eboy Arbaain yang […]

Featured Fri, 8 Nov 2024

Terima Mas Kahwin RM100, Ina Naim Akhirnya Sah Bergelar Isteri

Ina dan pasangannya yang dikenali sebagai Mohd Khairul Rizal sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz sahaja.

Hiburan Thu, 30 Oct 2025

Ganjaran Hebat Menanti Pelanggan Menerusi Tonton Rewards!

Jangan lepaskan peluang menikmati ganjaran berganda setiap bulan!

Hiburan Sun, 26 Nov 2017

“Hanya Tinggal Seluar Dalam” Syamel Kongsi Kisah ‘Tragis’

Penyanyi lagu hidup dalam mati ini pernah mewakili Malaysia dalam festival muzik ABU TV song Festival 2017 pada 1 November lalu di Chengdu, China telah meninggalkan banyak kenangan pahit dan manis buat dirinya. Menurut Syamel, […]

Hiburan Sun, 27 May 2018
Hiburan Fri, 6 Sep 2019

Sufian Geram Disangka Masih Belum ‘Move On’

Terhibur pulak terbaca ada peminat Sufian Suhaimi yang menegurnya kerana keadaannya yang seperti tidak terurus dan masih menagih simpati bekas tunangnya, Elfira Loy walaupun Elfira sudah pun berkahwin dan akan bersalin anak pertama bersama suaminya, […]

error: Content is protected !!