Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 7, 2024 @ 8:40pm

Akui Khilaf Sendiri, Kesal Babitkan Rakan Sekerja Dalam Kes ‘Curang’… Ini Ucapan Aliff Aziz Kepada Ruhainies

Pelakon sensasi, Aliff Aziz tampil memohon maaf kepada aktres, Ruhainies atas kontroversi membabitkan mereka yang ditangkap khalwat pada 9 Mac lalu.

Hubungan rakan sekerja antara mereka menjadi lebih rumit selepas Aliff meluahkan masalah rumah tangga bersama aktres, Bella Astillah pada Ruhainies.

“Untuk Ruhainies, saya minta maaf. We started as good colleague to a point where saya open up.

“Thank you so much for all of the advices. Terima kasih juga untuk segala perkara yang awak sudah lakukan.

“Saya sangat minta maaf kepada awak dan keluarga.

“Saya minta maaf sebab membabitkan awak dalam masalah yang sepatutnya saya selesaikan sendiri.. saya harap keluarga awak boleh maafkan saya,” katanya.

Aliff Aziz

Aliff berkata demikian dalam temu bual bersama podcast, The Common Folks baru-baru ini.

Terdahulu, Aliff dan Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominum mewah pada 9 Mac lalu.

Susulan itu, Bella memfailkan penceraian secara ekspres terhadap Aliff di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.

Bagaimanapun, Aliff enggan menceraikan Bella pada sebutan kedua kes itu pada 4 April lalu atas alasan masih menyayangi isterinya.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila wanita mendakwa dirinya kekasih gelap Aliff, Sarah Yasmine mendedahkan perbualan mesej antara Aliff dan individu bernama ‘NRF’.

Sebelum ini, Ruhainies ketika ditemui mengakui sudah tidak berhubung dengan Aliff.

Artikel Berkaitan:  “Hanya Dia Yang Buat Saya Sempurna” – Sekian Lama Tak Berhubung Dengan Isteri, Ini Luahan Hati Aliff Aziz Pada Bella Astillah

Artikel Berkaitan: “Tiada Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz” – Ruhainies Harap Semua Pihak ‘Move On’

Artikel Berkaitan: “Perkara Dah Selesai Kenapa Ungkit Lagi? Be Gentleman!” – Muaz Zabir Bengang, Ajak Aliff Aziz Bersemuka

Artikel Berkaitan: “Ini ke Tanda Orang Nak Bercerai?” – Bersungguh Bella Astillah Hargai Aliff Aziz… Tulis Surat Cinta, Beli Kasut Sedondon & Bunga Sempena Birthday

Artikel Berkaitan: Bongkar Bukti Perbualan, Didi Astillah Dakwa Penjelasan Aliff Aziz Di Podcast Dirancang Bersama Ruhainies Untuk Jatuhkan Bella Astillah – “Dia Berubah Sejak Mereka Shooting”

Artikel Berkaitan:  Sarah Yasmine Gelar Aliff Aziz & Ruhainies Hipokrit! Kesal Ibu Dihina Gara-Gara Backup Anak – “Mak Awak Dikecam Sebab Percayakan Anak Lelaki Dia”

Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine ‘Spill The Tea’, Dedah Bukti Perbualan WhatsApp Aliff Aziz & Ruhainies Kutuk Produk Kecantikan – “B*bi Untuk B*bi”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 27 Apr 2024

Meerqeen Akui Pernah Jumpa Sarah Yasmine – “She’s A Fan”, Bukan Kawan”

Pelakon Meerqeen tampil mengakui dia pernah bertemu dengan kekasih gelap penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine. Terdahulu, nama pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu pernah terkait dengan kekasih gelap penyanyi yang berasal di Singapura […]

Trending Sat, 16 Nov 2024

Angkat Bakat Digital Di Peringkat Antarabangsa, Anugerah All Star Influencers 2024 Iktiraf Pempengaruh Terbaik 8 Negara Asia Termasuk Malaysia

Anugerah All Star Influencers 2024 iktiraf pempengaruh terbaik dari lapan negara di Asia termasuk Malaysia.

Hiburan Tue, 7 Nov 2023
Hiburan Fri, 6 Sep 2024
Hiburan Fri, 21 Jun 2019

“Menempah Bidan” Royal Ceremony Of Agung’s Daughter, Tunku Puteri Iman Afzan

Tengku Puteri Iman Afzan and Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah got married last year..

Hiburan Thu, 5 Jun 2025
Featured Wed, 15 Sep 2021

Kerajaan Mampu Laksanakan Tambahan Skim i-Citra RM 10,000, i-Survive RM 5,000 One Off Kepada B40 M40′

Umum maklum, kerajaan telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Citra yang berjumlah RM 5,000 one off kepada rakyat. Namun, cadangan agar kerajaan dapat menambah baik skim i-Survive membabitkan pemberian pinjaman automatik sehingga RM 5,000 kepada rakyat telah […]

error: Content is protected !!